Alkisah kuali..


Fuyoo...lama pulak rasanya dah menghilang...

Hi alls..


Laptop aku sekarang ni memang sangat awesome..sampaikan aku bengang semacam je bila tiap kali nak guna..kalo boleh, 'teringin' nak hempuk kat dinding..namun apakan daya, aku bukanlah manusia yang takbur..Silap hari bulan ada orang tertengok aksi kita hempuk-hempuk laptop cakap kita gila pulak..huihh..

Aku taip ni saja je nak cerita-cerita barang yang takdak paedah ni..nak buang boring katanya..

Tadi, lepas jenjalan ngan buah hati kita, kitorang singgah la kat kedai makan..Lepas habis order, seperti biasa kitorang borak-borak la, sementara menunggu makanan order yang tak kunjung tiba.

Dalam masa kitorang borak-borak, bunyi orang memasak tu menarik perhatian aku..Macam orang main lempar kuali pun ade..hahahaha..

Apalagi, 'terborak' la kitorang pasal tu..

Me : Awak, bersungguh betul orang masak makanan yang kita order tu ek..hihi..

Buah hati kita : Hmm..agaknya diorang tu saje-saje ketuk kuali..

Me :Eh, ade pulak macam tu..

Buah hati kita : Yela, masak bunyi ketang ketung ketang ketung..
 
Me : Hihi,.saya rasa la kan, kalo saya masak macam tu kat rumah, confem mak saya ngamok.

Buah hati kita : Nape pulak?

Me : Yela, tak pasal-pasal berlubang pulak kuali saya kerjakan..mane dia tak ngamok..hahahaha.. =D
 
Buah hati kita : =D


# Dulu, masa aku kecik pernah cuba masak nak ikut style orang kat kedai masak..nasib kuali tak berlubang..hahahaha... =D


 google images


# wordless wednesday


Hi alls!

Terasa lama pulak menyepi kali ni..hehee..

Sebagai pembuka kata untuk menyemakkan blog, hari nak tayang gambar je lah..




Tips : Ubat gigi dan garam hilangkan bintik hitam


Hai alls..

Tak tau pulak aku ubat gigi ngan garam boleh hilangkan bintik-bintik hitam. Tips ni aku terjumpa kat Yahoo news waktu aku nak check email aku tadi. Nampak macam menarik. Dengan tanpa segan silu malu-malu, aku pun copy paste kat sini. Hehe!

Check it out ;

Siapa suka apabila bintik hitam muncul kembali? Hendak hilangkannya cukup susah. Mungkin anda sudah buntu dengan pelbagai cara dan produk.

Tahukah anda campuran ubat gigi dan garam dapat membantu menghilangkan bintik hitam? Cuba tips di bawah dan lihat sendiri hasilnya.

1) Campurkan ubat gigi berpudina bersama sedikit garam dan sukatannya harus sama rata.

2) Apabila ramuan sudah sebati, sapukannya di serata muka dan juga di tempat – tempat yang mempunyai bintik hitam. Elakkan menyapu terlalu rapat pada mata kerana kesan pudina membuatkan mata anda pedih. Selesai meratakan ramuan, biarkan selama 5 minit.

3) Kemudian, urut wajah ada menggunakan dua jari dalam gerakan membulat kemudian bilas dengan air suam.

4) Akhir sekali, ambil air batu dan balutkan bersama tuala dan sapukan ke seluruh wajah terutama di hidung, ini bertujuan untuk menutup liang-liang roma yang terbuka.

Lakukannya seminggu sekali dan lihat perubahannya. Di samping itu, kulit anda akan berasa lebih lembut dan segar.



#Aku pun nak cuba jugak ah kalo camni..korang pun cuba la jugak, mana tau kot-kot tips ni berkesan.. ^__^


Sakitnya hati


Hai..salam 1 Malaysia..

Hari ni jenjalan ngan mak. Saja jenjalan jugak memandangkan tak selalu sangat bawak mak jenjalan time aku cuti camni. Jenjalan tu sambil beli bahan nak buat kek. Erk...orang lain sebok buat kek raya, kitorang pun menyebok jugak..hehe..takpe nye tu..tumpang abang aku beraya katakan..hikhik..

Ade 1 cerita yang sememangnya aku nak kongsi-kongsi kan kat sini, waktu kitorang sampai je kat 1 mall, ade la sorang minah ni..Minah jaga kaunter barang. Aku tak tau la, minah ni tengah kerja ataupun tidur kat kaunter tu. Dengan secara sengajanya aku hentak sedikit meja kaunter tu..pastu minah tu terkejut beruk..pastu muka pun "hitam-hitam" je bila tengok aku. Bagi nombor, pastu simpan barang. Simpan barang pun muka masam-masam. Ntah pa pa la minah macam ni.

Lepas kitorang simpan barang, kitorang pun masuk la bahagian supermarket..Nak beli barang katakan..jadi tak sah kalo tak jeling-jeling barang lain..hehe..Abis je 1 supermarket tu kitorang belek-belek..barang pun dah dibayar kitorang pun pergi la kat kaunter simpan barang tu balik sebab nak ambik barang yang disimpan tadi. Waktu kitorang kat kaunter tu, minah tadi jugak buat perkara yang sama macam kitorang mula-mula sampai. Aku ketuk sikit meja tu, pastu minah tu cepat-cepat bangun dengan muka nya yang semakin "hitam-hitam" tu. Ade ke patut dia baling nombor yang aku bagi tu! Ish..dah melampau pulak minah ni. Rasa nak maki-maki je aku tengok perangai minah tu. Sebijik ah macam beruk datang bulan..Nak marahkan orang suka hati mak bapak dia..Tapi aku sabarkan hati jugak waktu tu. Kalaulah barang yang kitorang simpan tadi dia buat macam tu, memang hilang kerja minah tu aku kerjakan. Huh..

Aku tak kisah la kalo dia nak tidur @ curi tulang..tapi kalo dah sampai barang dia baling tu yang buat aku naik angin 1 badan. Sempat jugak aku sindir dia sebelum berlalu dari kaunter tu.. "Kalo rasa takmo kerja, jangan kerja..."



# "hitam-hitam" tu gelaran orang cina kat orang yang tengah marah..hehe..



Sometimes...


Hai alls..

Hari ni punya cerita tak banyak sangat..

Cuma nak bermuhasabah diri melalui gambar.. ^_^


Have a nice day~



Pilihan dalam tangan


Hai alls...

Salam 1 Malaysia & salam blogger..

Sekarang ni banyak benda yang aku fikirkan. Salah satunya, aku teringin untuk mengubah hala tuju hidup. Mengubah keadaan sekarang kepada keadaan yang lebih baik. Dan dalam masa yang sama membalas jasa mak bapak aku. Bukan aku nak cakap yang aku ni tak reti nak bersyukur, cuma aku rasa mungkin apa yang aku ingin lakukan sedikit sebanyak mungkin boleh menyenangkan kehidupan aku di kemudian hari.

Hampir 4 tahun aku meninggalkan zaman persekolahan aku, banyak kawan-kawan sebaya aku dah berkeluarga, baru habis menamatkan pengajian di U dan lepas ni dapat kerja yang bagus. Dalam tempoh itu, aku bekerja..bekerja..bekerja..Dan sekarang ni, timbul pulak rasa ingin belajar. Huh, orang lain dah habis belajar, aku pulak baru terfikir nak sambung belajar.

Sekarang ni aku masih dalam kekeliruan & kebingungan nak sambung belajar. Nak sambung ke tak..kadang-kadang aku terfikir kalo aku belajar, lepas graduate nanti mungkin aku tak dapat kerja seperti kelulusan yang aku dapat. Lagipun sekarang kan nak dapat kerja tak macam dulu.

Pilihan dalam tangan sekarang ni. Nak belajar lagi atau terus bekerja...


Tolong klik ---> SINI & SINI  ^_^



orang tua main pondok-pondok


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Amacam tajuk? Ada bangang sikit tak..hahaha..

Bukak je blog terus berangan kejap...eh, rupanya blog aku tak ubah macam rumah yang dah tak berpenghuni je. Ye la, lama sangat terabai..kadang-kadang ada jugak terfikir nak deleted blog, tapi rasa tak sampai hati pulak. Sebabnya, aku takmo nak berpatah balik lepas aku dah berbuat sesuatu. Nak biar macam tu je pun rasanya macam tak sanggup. Kesimpulannya, aku akan teruskan jugak..

Yang tu mukadimah je, sebenarnya nak citer pasal apa yang aku fikirkan dari tadi. Ok, straight to the point. Petang tadi (lepas orang buka pose) aku lepak-lepak la kejap ngan pakwe aku kat mall. Sambil duduk-duduk kat bangku, sambil tu makan aiskrim. Sambil tu jugak dok peratikan orang lalu lalang depan kami dua. Sambil tu jugak borak-borak kosong. Tak jauh dari tempat kami dua duduk tu ada la 1 pondok pak guard dengan pak guard sekali. Emm..pondok. Nak cakap pondok tapi tak pulak serupa macam pondok. Aku rasa reban ayam lagi ok dari pondok tu. Bila aku fikir-fikir, macam mana pak guard nak duduk dalam tempat macam tu. Lagipun tempat tu memang tempat kerja dia. Misalnya kalo hujan turun, sudah semestinya pak guard tu tak dapat berteduh kat sana. Apatah kalo hari panas. Kesian pulak aku tengok pak guard tu.

Terlalu mengejar keuntungan, kebajikan pekerja diorang boleh main cincai-cincai je. Kata orang, kalo nak bisnes maju, kena la ambik berat kebajikan pekerja.

 

 

 ~Selamat Berpuasa~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013