tiada lagi kamu (no more you)


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Lepas je blogwalking baru nak buat entry. Rasa-rasanya ni dah dikira aktiviti harian kot. Mane taknya, bukak blog..pastu balas komen..pastu blogwalking...pastu buat entry. Tu pun kalo ade idea sangkut baru taip-taip. Idea sememangnya ada, tapi bila je nak mula taip-taip habis idea lari bertempiaran. Leceh betol. -_-'

Dalam entry aku beberapa hari lepas, entry aku ade menceritakan sedikit tentang ex or bekas jerawat pakwe.  Belum bace lagi? Tengok SINI, SINI dan SINI. Kurang jelas kan..dan sebab tu la aku nak ceritakan sedikit sebanyak dalam entry hari ni. (takde sape nak ambik tahu pun, tapi aku nak cerita kan jugak..)

Aku mengenali ex aku dulu hanyalah sebagai seorang kawan. Dan tak lama pastu dari berkawan terus bertukar menjadi bercinta..--> kononnya laaa..Sepanjang perhubungan kitorang tu aku tau yang ex aku tu seorang duda anak 1. Waktu tu aku takde nak kisah sangat la pasal tu sume. Al maklum la..tengah hangat bercinta katakan. Ibarat falsafah cinta yang aku cipta sendiri "Bau taik pun boley jadi harum". Eh. Ade ke taik bau harum? Ish..

Hubungan kitorang rasa-rasanya hanya bertahan setengah tahun saja. Kira tempoh yang boleh dikatakan agak lama lah jugak. Tapi dalam tempoh tu tak cukup untuk aku mengenali sepenuhnya hati budi ex aku tu. Kitorang terpaksa berpisah atas sebab-sebab yang sangat kurang jelas bagi aku. Mula-mula tu memang aku tak terima perpisahan kitorang, sebabnya aku fikir takde sebab kitorang nak berpisah. Terlalu sukar untuk aku terima kenyataan untuk berpisah tanpa sebab yang munasabah. Agak lama jugak aku bermurung kerana hal ni, tapi aku paksakan jugak hati untuk terima dengan redha perpisahan kitorang tu.

Kini ex aku tu seringkali menghubungi aku. Dalam masa tu jugak aku selalu terfikir..untuk apa dia menghubungi aku sedangkan dia jugak yang meninggalkan aku suatu ketika dahulu. Walaupun tak terucap dek kata untuk apa dia menghubungi  aku, aku dapat mengagak apa kah sebabnya. Dan disebabkan sebab itu, tak mungkin untuk aku kembali kepada dia kerana aku dah ada teman pengganti dia. Dan bagi aku tiada lagi dia untuk hidup aku.

pic ulang tayang

p/s : ajal, jodoh di tangan Tuhan.



disebabkan sikap sambil lewa


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Hari ni seperti biasa update blog & blog walking. Apa yang terlintas dalam fikiran cepat-cepat dijadikan bahan cerita dalam blog. Lagipun rasa-rasanya apa yang nak diceritakan mungkin boleh memberi iktibar & pengajaran. Dan takde niat pun nak kutuk sape-sape. Tapi kalo ade yang terase tu, aku dahulukan dengan ampun maaf dipinta lah ye.

Pagi-pagi dah dengar ayah mengomel. Sambil aku sebok nak turun kerja, sambil tu jugak telinga aku mencuri dengar. Dengar punya dengar, rupanya ayah mengomel pasal dia sakit sendi tulang di kedua-dua bahu dia. Patut lah ayah selalu je mengadu sakit bahu sebelum ni. Ingatkan cume letih disebabkan dia bekerja. Hal ni diketahui pun lepas ayah pergi jumpa doktor pakar di emergency. Menurut kata doktor yang ayah jumpa, setelah bahu ayah discan untuk xray, didapati sendi tulang ayah seolah-olah lari dari kedudukan asalnya. Maksudnya seolah-olah tercabut. Aku tak reti sangat macam mana nak explain memandang aku tak terer subjek sains. Harap korang faham lah ye..

Rasa-rasanya ayah dah lama dah sakit bahu. Kalo tak silap, selalu lah jugak dia ulang alik pergi klinik pesakit luar sebab nak merawat sakit bahu dia. Memang kitorang ingatkan ayah sakit bahu biasa disebabkan urat bersimpul. Maklum la, ayah kerja berat-berat sebelum ni. Setiap kali ayah pergi klinik tersebut, mesti diberi ubat.

Apa yang aku nak sampaikan kat sini, doktor yang merawat ayah di klinik tersebut seolah-olah bekerja dengan sikap sambil lewa je. Kenape aku cakap macam tu? Sebabnya, diorang dah tau ayah sakit bahu tak sembuh-sembuh, buat ape diorang bagi ubat. Makan ubat tak jugak sembuh-sembuh, kena la kaji @ selidik apa yang menyebabkan ayah sakit bahu. Kalo setakat bagi ubat memanjang je, macam mane nak sembuh. Lagipun kerja doktor ni dah memang tanggungjawap diorang untuk merawat pesakit, jadi kena la jalankan tanggungjawap tersebut dengan sewajarnya kan.



Dan bagi pendapat aku la, patut lah banyak kes kecuaian yang melibatkan kerja-kerja macam ni semasa bertugas. Disebabkan sikap sambil lewa. Kalo tak bersikap sedemikian rupa, agak-agak ade tak kecuaian berlaku? Takde kan..


p/s : bersikap sambil lewa memudahkan kita untuk cuai. *peringatan untuk diri sendiri 



Welcome back..


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Hari ni aku kembali....kembali setelah 3 hari setengah bercuti. Pasal tu aku tak update blog untuk beberapa hari tersebut. (macam la ade orang cari je kan..) Orang bercuti balik kampung, tak pun travelling..tapi aku pulak bercuti dok umah je. Takpe la..asal dapat berehat pun kira dah ok.

Sepanjang percutian aku tu, aku terfikir la jugak..alangkah seronoknya kalo dapat meluangkan masa dengan aktiviti travelling. Fikir punya fikir, secara automatiknya aku ter'plan nak kumpul duit untuk tahun depan..pastu kalo ade rezeki, nak bawak mak & ayah travelling sama-sama. Uih..mesti best.^_^

p/s : Harap-harap apa yang diimpikan tu menjadi kenyataan..^__^ *tiba-tiba pulak rasa teruja ni..-_-'
       Entry pendek je la untuk hari ni memandangkan MODE aku masih dalam bercuti lagi..hihi..>_<



Klik 1


Antara ciri-ciri Kawan Baik


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Hari ni entry aku berkisar tentang Kawan Baik. Korang mesti ade kawan baik kan? Baik tak kawan korang tu? Adakah kawan baik korang tu jenis yang masih bersama korang masa korang susah?

Disini aku nak selit sikit cerita pasal aku ni. Sebenarnya aku tak pasti sangat aku ni ade ke tak kawan baik. Tapi serasa aku takde kot. Kalo ade pun cume mak aku tu je kawan baik aku. Yang tu sememangnya kawan baik selamanya la. Tapi kalo kawan baik kawan tu aku rasa macam takde je. Musti korang fikirkan aku sombong kan? Mane ade..aku bukan jenis orang camtu la. Aku jenis yang suke berkawan ngan sape-sape. Tak kira la laki ke ompuan ke, asal diorang baik ngan aku. Nak tau ape sebab aku takde kawan baik? Tunggu next entry wokeyh..Dah berjela pulak aku nak cerita dalam entry ni. >_<

Oke, back to topic. Aku nak senaraikan beberapa ciri-ciri kawan baik memandangkan tadi aku ade terbace dalam 1 buku. So, apa salahnya aku share-share kan kat sini.

Berikut antara ciri-ciri kawan baik :

  • Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. 
  • Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
  • Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk membuat kebaikkan.
  • Kawan yang baik adalah orang yang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
  • Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
  • Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan akhirat di dalam doanya.
  • Kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
  • Kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.


p/s : Jarang kita berjumpa dengan kawan baik yang bersama kita di waktu kita susah. Tol tak?

Leka punya pasal


Hai alls...salam 1 Malaysia..

Oke, ini cerita semalam..tapi aku nak ceritakan hari ni jugak. Belum basi lagi ye..hikhik..Alkisahnya semalam aku tengah sebok walking sana sini. Sambil aku walking-walking sambil tu jugak aku taip entry GA untuk aku postkan hari ni. Ye la, semalam kan entry aku wordless wednesday, jadi takkan aku nak post 2 3 entri sedangkan dah buat entry wordless wednesday kan..

Sebenarnya ceritanya macam ni, semalam aku walking-walking blog. Memandangkan line dah ok sekarang ditambahkan lagi dengan ada nya wifi, so aku walking-walking sana sini. Aku rasa,aku memang sangat leka dengan aktiviti walking-walking aku tu. Sampaikan makan pun boley lupa..nak pergi tandas pun boley lupa jugak..isk..(teruk kan) -_-'

Sambil aku ber'walking-walking tiba-tiba aku terima 1 panggilan telefon. Oleh kerana aku ni memang jenis menggelabah tak tentu pasal, jadi sambut panggilan tu pun kelam kabut semacam je. Habis je bercakap, aku terus catit kan dalam memo tentang butir-butir pesanan dari si pemanggil tu. Dan dalam masa yang sama aku fikirkan apa yang aku tersasul cakap. Sepatutnya aku ucap selamat petang sebab mase tu dah pukul 3 lebih camtu, tapi boley pulak aku tersasul cakap selamat pagi. Hahaha..Si pemanggil pun boley ucapkan benda yang sama jugak. Hahaha..kelakar betul..


kelakar memang kelakar, tapi dalam masa yang sama sangat memalukan..Jatuh reputasi aku..hihi..=.='

p/s : Lain kali jangan terlalu leka..

Anda mengalami kulit bermasalah? Disini la jawapannya. 


[OFFICIAL] Year End Giveaway By Cik Bunny


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Memandangkan tuan empunya blog telah pun invite aku untuk join GA dia ni, so aku menjoinkan diri lah bagi memeriahkan lagi pesta GA ni. Dan kalo tak silap aku ni la GA 1st yang aku join untuk bulan ni. Mane tau kan, dapat hadiah. Hikhik !

Klik SINI untuk join

Tarikh tutup: 3 Januari 2013 (11:59pm) (mungkin diubah pada bila bila masa

So apa tunggu lagi korang tu, meh la pakat join sama. ^_^


Penyebar hari kiamat ditumpas


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Minggu lepas ada satu berita menyatakan bahawa dunia akan mengalami kiamat pada 21 Disember 2012. Aku memang tak percaya la dengan berita-berita camni, apatah lagi diorang pandai-pandai buat ramalan diorang sendiri.

Sekarang penyebar hari kiamat tersebut telah pun ditumpas pihak berkuasa.

BEIJING: China menahan berpuluh-puluh orang sesetengahnya anggota kumpulan kultus dalam operasi besar-besaran bagi mematahkan khabar angin mengenai kedatangan kiamat, lapor media, semalam.
Pihak berkuasa di lima kawasan berasingan menahan 52 orang kerana menyebarkan khabar angin kononnya kiamat berlaku pada 21 Disember ini.

Agensi berita Xinhua melaporkan, dakwaan itu dibuat kerana kepercayaan mereka kepada kalendar suku Maya.

Jangkaan “kiamat” mendapat laporan meluas di China, antara lain disebabkan kejayaan filem Hollywood, 2012, yang dihasilkan berdasarkan ramalan suku Maya. Antara yang ditahan termasuk 34 orang di wilayah Fujian dan dua di Wuhan ketika mereka menyebarkan risalah mengenai “kiamat” di tempat awam.

Polis Chongqing berkata, khabar angin mengenai “kiamat” itu tersebar menyebabkan masalah kepada orang ramai dan mengganggu keamanan. Sebuah kumpulan Kristian yang dikenali sebagai Almighty God dan dilabel media tempatan sebagai kultus sesat turut menjadi sasaran.


Laporan menyebut, puluhan orang ditahan minggu lalu. Seramai 37 anggota kumpulan itu ditahan di Qinghai.

Mereka meramalkan, “tiga hari kegelapan” bermula pada 21 Disember ini. -AFP

Sumber : Ini


Antara Dua


Hai alls..salam 1 Malaysia..

2 3 hari ni banyak sangat perkara yang aku sentiasa fikirkan. Ikutkan hati memang takmo fikir sangat, tapi apakan daya otak aku ni tetap berdegil nak fikirkan jugak.

Beberapa hari kebelakangan ni, ex aku selalu contact aku. Aku tak tau la kenape ex aku tu nak contact aku, sedangkan kitorang dah lame dah tak bercouple. Disebabkan kitorang dah tak bercouple, aku dah anggap yang kitorang ni cuma berkawan je walaupun aku masih ada perasaan sayang terhadap ex aku tu. Tambahan pulak, sekarang aku dah ade orang lain. Jadi aku takmo la sakitkan perasaan DIA disebabkan perasaan sayang aku terhadap ex aku tu.


:: Aku lebih memilih DIA walaupun dalam masa yang sama aku masih sayangkan ex aku tu.

p/s : Entri luahan hati ketika kebingungan


Mengulit kenangan



Hai readers !

Lirik lagu ni memang sangat bermakna kat aku, so aku up kan dalam entry aku...^_^

Masih berbunga cintaku ini
Harum dalam kenangan
Biarpun telah engkau calarkan
Kuntum-kuntum rindu

Masih berdarah lukaku ini
Pedih menikam jiwa
Simpulan cinta terlucut kini
Mengapalah derita

Bukan ku mengungkit kisah lama
Sekadar mengulit kenangan
Kasih & sayang yang kita semai
ketandusan...

Mengapa terjadi perpisahan
Dikala aku memerlukan
Secebis rindu menghias kamar kegelapan
Rela aku begini & terus begini
Merawati kedukaan
Semoga suatu hari ada sinar sang suria menerangi

Tiada guna ku tangisi ratapi perpisahan
Yang berlalu biarkanlah
Kerna aku percaya sebalik kedukaan pasti ada bahagia..




Mode :: recall back memories..



Hari yang menggumbirakan


Hai alls...salam 1 Malaysia..

Hai korang, lame tak jumpa eh. Hehe..

Huh. Sudah lama rasanya tak update blog. *Eh..baru beberapa hari je kan.. -_-' tapi aku rasa macam dah lama sangat.

Wiheee..happy giler aku hari ni. Hari ni, aku baru dapat tau pasal tempat aku kerja ade wifi..so aku nak online takde problem bagai dah. Hahaha..(Sebenarnya orang lain dah lame tau..aku la insan malang yang terakhir tau..=,=' Sedey kan..isk..)

Sebenarnya tadi aku nak bukak blog gune celcom broadband aku tu. Nak online memang la dapat, tapi masalahnya loading..loading...loading..-_-' Tiba-tiba dalam masa yang sama aku cube untuk connect wifi gune lappy aku tu. Cube punya cube pastu terus dapat connect. Bila tengok dapat connect aku terus disconnect line broadband aku tu,.Apelagi, aku terus bukak blog pastu buat entry tanpa perasaan jengkel lagi dah. Hikhik..gumbiranya..>_<

 pic from google

p/s : Mulai hari ni aku dah takde susah hati tak dapat online lagi dah..^__^


Entry pendek..

Hai alls..salam 1 Malaysia..

2 3 hari ni aku senyap je..senyap bukan bererti malas nak update entry lah ye..bukan jugak disebabkan takde idea aku tak update entry..

Line broadband aku tu dah tak bagi kerjasama kat aku dah..nak update entry pun terkial-kial sebab lambat loading..ape lagi nak walking-walking..

Kepada komen yang aku tak reply tu,mintak maaf banyak-banyak ampun dipinta lah ye..tunggu line dah steady nanti aku replykan..aku reply tandanya aku takmo korang cakap aku sumbung..-_-

Kepada follower yang baru menfollow aku tu,jangan risau..line laju nanti aku follow korang balik..by the way,tQ sebab sudi follow aku ye..:)

Oke la..tu je aku nak cite..jangan risau ye..line laju nanti aku naikkan trafik korang..hihi..macam aku sorang je yang dapat naikkan trafik..hikhik..

p/s : sebenarnya aku testing update entry gune handphone aku ni..saje nak test..test kejakunan..hekhekhek..

Mohon klik-klik iklan aku tu ye..tu pun kalo sudi,,huhuhu..

Broadband bagi mesej warning?


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Semalam sambil aku tengah walking-walking aku terima 1 mesej dari broadband. Memandangkan aku pengguna setia broadband ni, jadi diorang bagi la mesej warning. Ntah kenape pulok diorang bagi warning tak tentu pasal ngan aku. Isk..kalo nak bergadoh face to face la kan..takyah bagi mesej warning bagai..

Ni la mesej yang aku cakapkan tu..

Sebenarnya aku tak bayar lagi bil broadband untuk bulan November. Pasal tu diorang bagi mesej warning kat aku. Hihihi..Mula-mula tu memang aku nak bayar. Tapi aku terfikir 1 idea. Idea nak tengok ape diorang buat kalo aku tak bayar. (Macam bengap je kan) -..-'
 

p/s : Bila aku tak bayar broadband, laju semacam je line. Takde slow-slow bagai dah. Apakah..?




3 perkara yang sangat dielakkan ketika bawak moto


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Memandangkan aku baru je lagi menceburi diri dalam bidang cari duit ni, memiliki moto pun kira oke dah bagi aku. Lagipun dengan moto aku boley pergi mana-mana je. Nak turun keja pun tak payah jalan kaki jauh-jauh lagi dah. Kiranya bersyukur sahaja dengan apa yang ada.

Aku bukan nak cerita pasal aku merempit la ye. Hihi..Sebenarnya aku cuma nak cerita 3 perkara yang sangat aku elakkan ketika aku bawa moto ni. Yela kan, moto ni bahaye..tak macam kereta. Silap sikit bawak boley melayang nyawa.

Berikut 3 perkara yang sangat aku elakkan ketika bawak moto ;

1. Ular melintas

Korang mesti geli ngan ular kan. Aku lagi la geli. Dulu aku pernah eksident disebabkan ular. Ular senduk pulak tu. Mase tu aku nak turun kerja. Dah siap makeup, pakai baju kurung santek-santek, tup-tup tengah jalan eksident. Nasib skirt baju kurung aku tu tak koyak. Kalo koyak pun takde hal sangat pun daripada dipatuk ular senduk tu. Yang paling buat aku rase macam seram-seram sejuk, nasib baik aku tak terjatuh atas ular senduk tu. Cube korang bayangkan camne kalo aku terjatuh atas ular senduk yang dah menukarkan kepale dia ala-ala senduk tu. Harap-harap bawak moto pasni tak jumpe menatang ular ni. -_-'


2. Dikejar anjing

Kena kejar ngan anjing ni pulak paling buat aku rase geram sangat. Yela, kalo dah kena kejar ngan menatang ni memang kita pulas minyak laju-laju. Tambahan pulak dengan muke gabra semacam, tak toleh sane sini, confem masuk parit pastu. Dulu aku pernah dikejar anjing. 10 ekor mengepong aku seorang. Mase tu eksident jugak aku. Isk..nasib aku tak masuk parit. Eksident pun sebab aku belok secara mengejut dan dalam masa yang sama sebab aku nak elak berlanggar ngan moto lain. Sebab tu sekarang kalo aku lalu je depan tempat yang ade anjing aku memang dah bekal batu besar. Senang aku nak baling kepale anjing tu. Hihi..


3. Anjing @ kucing melintas jalan secara tiba-tiba

Setakat ni aku tak pernah lagi terlanggar & ter'eksident gara-gara menatang ni melintas jalan. Mintak-mintak dijauhkan lah. Aku selalu tengok menatang ni mati tepi jalan disebabkan dilanggar. Kadang-kadang tu aku tengok ade bangkai menatang ni dibiar dipenyek kereta lalu lalang. Isk..teruk betul kan. Kalo aku ade terjumpa bangkai menatang ni tengah jalan, memang aku alihkan kat tepi jalan. Bukan ape, tak sanggup tengok diorang hancur berkecai akibat dipenyek kereta lalu lalang.

pic from google

p/s : Sebenarnya banyak lagi perkara yang sangat aku elakkan ketika bawak moto ni. Tapi aku cume cerite 3 je.

 

CPUV bertambah


Hai alls...salam 1 Malaysia..

Yay..aku punye CPUV dah bertambah dah..rase happy la sangat. Walaupun jumlah BE aku tu tak setanding BE yang dimiliki blogger otai. Tapi takpe la, aku bersyukur sangat sebab pihak NUFFNANG bagi iklan untuk aku..

tengok..dah bertambah kan CPUV aku tu

Dulu, aku tak tahu apa-apa pun pasal NUFFNANG ni. Blur je aku mase tu. Tapi tengok orang happy sakan je dapat BE, aku pun terfikir la nak godek ape yang diorang happykan sangat dengan BE tu. Bila lepas godek sana godek sini, baru aku faham.

p/s : Terima kasih kepada NUFFNANG

* korang klik-klik la jugak kat iklan aku tu ye..nanti aku klikkan balik iklan korang. ^_^

#wordless wednesday


Hai alls..salam 1 Malaysia..


pic from google

p/s : just for my ex..


Ulser & tergigit bibir


Hai alls...salam 1 Malaysia..

Korang mesti pernah kena ulser kan. Mesti korang tau kan macam mana sakitnya akibat penangan ulser ni. Sekarang ni aku tengah dilanda ulser la ni. Dah 2 hari dah kena ulser ni.

Selalunya kalo aku terkena ulser ni disebabkan aku kurang minum air. Tapi kali ni bukan disebabkan tu. Kali ni aku ulser disebabkan aku tergigit bibir (belah dalam) semasa makan. Sakit giler tau tak. Sampai berair mata aku tahan sakit. Isk..nasib tak parah. Kalo tak mau kebulur aku sebab tak makan minum.

pic from google

Kalo dah terkena ulser ni, selalunya aku minum air soda + eno. Dengan cara ni, ulser dapat hilang dengan cepat. Lagipun aku dah banyak kali cuba, dah hasilnya sangat berkesan. Sebab tu aku berani cakap ulser cepat hilang kalo dah minum air soda + eno. Kalo korang nak cuba, korang bace SINI ye. Selamat Mencuba.

p/s : Orang kate kalo tergigit bibir semasa makan bermakna ade orang tengah mengumpat kita la ye..



Alkisah berebut remote tv


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Sepasang suami isteri sedang berebut remote tv.
suami die suke tngk bola...manakala isteri die suka tengok
masak2...Gaduh punya gaduh sampai Channel tv asik bertukar-tukar...kejap bola kejap cite masak-masak... bunyi tv tu
jadi tak menentu mcm ni..

" satu kilo daging ayam DI TENDANG RONALDO MASUK GOL...
5 ulas bawang putih BERDIRI OFSIDE....daging di rebus oleh REFREE sampai em

puk....masukkan jintan manis dan YELLOW CARD ke dalam periuk..BOLA DIBAWA LALU di rebus
separuh masak....GOAL KEEPER ditusuk jadi sate...
PENJAGA GARISAN MENGANGKAT BENDERA tanda sate dah
masak.... "

jiran sebelah: Ape ke bende yg diorang tonton tu...pelik bebenor bunyinya.

p/s : cerita santai..^_^
 
 

1st December


Hai alls...salam 1 Malaysia..

Oho..hari ni hari pertama untuk bulan Disember dan entry ni entry pertama untuk hari ni. Sekejap je mase berlalu kan. Tak terase sume berlalu dengan cepat. Tak terase jugak umur semakin meningkat.



p/s : Happy blogging ye..and happy Disember to all of u..^^,


Kalau tak ikhlas baik tak payah


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Dari tadi mata asyik terkebil-kebil ngadap blog. Sambil fikirkan idea + fikirkan macam mane nak susun ayat. Sebenarnya dah lame dah idea ni aku fikirkan, tapi disebabkan terlalu banyak perkara yang perlu aku settle dalam masa yang sama, nak olah cerite pun macam tersekat-sekat je.

Oke, straight to the point..korang pernah tak jumpa orang yang berlagak baik & tolong-tolong kita tapi sebenarnya tak ikhlas? Ala..lebih kurang hipokrit tu.. Mesti korang pernah kan..Aku pun pernah gak terkena dengan orang macam ni.

Ceritanya begini, dulu waktu aku mula-mula kerja ade la sorang 'kawan' aku ni, suggest kat aku suh aku ambik lesen moto. Sebab dia kate senang aku nak jalan-jalan kalo ade lesen ni. Nak turun keja pun tak yah penat-penat jalan jauh sebab ade lesen boley bawak moto. Fikir punya fikir, aku ikut la ape yang dia suggestkan tu. Dia cakap dia tolong recomendkan aku kat cikgu lesen yang pernah ajar dia dulu. Pastu dia nak hantar dan ambik aku sepanjang aku ambik lesen. Tapi dalam masa yang sama aku pun tolong dia isikan minyak moto. Ala-ala membalas kebaikan dia lah.

Tak pasal-pasal hari tu dia kecoh-kecoh ngan kawan dia. Cakap yang aku ni tak pandai balas jasa dia. Dia cakap sepatutnya aku belanja dia minum sebab dia dah tolong aku. Jadi aku beli la air 10 tin bagi kat dia,. Aku tak kesah kalo dia nak mintak aku belanja minum. Tapi yang buat aku sakit hati, dia cakap aku ni tak pandai balas jasa dia. Sedangkan aku memang isi minyak moto dia setiap kali dia hantar dan ambik aku sepanjang aku ambik lesen. Em..yang tu tak dikira balas jasa baik eh..ishh..



p/s : kalau tak ikhlas, tak payah tolong kan..

Info buah dabai


Hai alls...salam 1 Malaysia..

Tadi (semalam) sambil aku blog walking aku dok fikirkan idea untuk aku jadikan sebagai entry aku. Sambil aku tengok pesbuk sambil tu jugak aku blog walking dan sambil tu jugak idea datang bila aku tertengok gambar buah dabai dalam folder gambar pesbuk akak aku. Dan aku rasa mungkin info ni dapat memberi pendedahan sedikit sebanyak tentang buah dabai kepada sesiapa yang belum mengetahui apa itu buah dabai.

Buah dabai ni salah satu buah-buahan eksotik di sarawak dan ianya berbuah secara bermusim sahaja. Buah dabai ni jugak jarang ditemui di bahagian Kuching. Kalo ada pun ia dibawa masuk dari Sibu, Sarikei & Bintangor.

Cara penyediaannya sebelum dimakan takde la susah mane. Sebabnya ia cuma perlu dicelur @ direndam dalam air sederhana panas untuk melembutkan isinya. Lepas tu, toskan airnya dan campurkan dengan garam dan lepas tu boleh lah dimakan. Selain itu jugak, buah dabai ni bukan setakat dimakan dengan campuran garam je, buah dabai ni jugak boleh dimakan dengan campuran kicap dan gula. Dan rasanya lebih kurang lemak-lemak gitu la.

Ni buah dabai yang akak aku makan hari tu..gemuk-gemuk je rupe dia..^_^

Selain itu, buah dabai ni boleh dijadikan sebagai jeruk & tempoyak. Untuk menjadikannya sebagai jeruk & tempoyak, buah dabai ni perlu lah diperap di dalam container. Dan berapa lama ia diperap tu, aku tak pasti sangat la. Sebab jarang tengok mak aku buat tempoyak buah dabai.

Oh ya, kalo korang nak tau, biji buah dabai pun boleh dimakan jugak. Maksud aku di sini, dalam biji buah dabai tu ade isi lagi tau. Jadi selalunya apabila lepas makan buah dabai ni, bijinya tak dibuang. Bijinya akan dikumpul, dicuci dan dijemur sehingga ia benar-benar kering. Biji buah dabai ni tersangatlah keras. Kalo nak gigit guna gigi, confem gigi patah seribu..hihi..selalunya untuk memecahkan biji buah dabai ni tukul @ anak lesung batu akan digunakan. Ketuk sampai pecah, pastu isinya boleh dimakan macam tu je.

gambar ni ambik dari google

p/s : kalo korang jalan Sarawak sini, cube la sekali makan buah dabai ni..^_^


Blogwalking sampai lebam !

Hai alls..salam 1 Malaysia..
Blogwalking ni selain daripada boleh kenal-kenal dan merapatkan hubungan sesama blogger, boleh juga meningkatkan trafik blog kita. Jadi jom sertai segmen Blogwalking Sampai Lebam bersama ahsfantasy24! Mana-mana peserta yang bertuah akan ditempatkan di Bloglist ahsfantasy24 secara automatik. Peserta digalakkan singgah, follow dan meninggalkan komen di blog peserta yang lain. Moga bermanfaat kepada semua.
  1. Peserta digalakkan copy dan paste entry ini ke dalam blog masing-masing dengan menggunakan tajuk "Blogwalking Sampai Lebam!" dan letak link ke entry ini.
  2. Tak diwajibkan follow blog penganjur. Kalau suka, follow, kalau tak suka tak perlu follow.
  3. Senarai peserta akan sentiasa dikemaskini di sini dari masa ke masa.
  4. Jadi sekarang jom sama-sama kita blogwalking!

Rahsia Kurus dari Seluruh negara


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Tadi aku mase aku belek-belek majalah lame, aku ade terbace beberapa tip rahsia kurus yang diamalkan oleh kebanyakkan negara luar dan mungkin korang yang nak kuruskan badan tu boley ikut mencuba juga tips-tips ni. Mane la tau kan kot-kot tips-tips ni berkesan ke..^^,


INGGERIS
Elakkan membeli dalam saiz besar & banyak walaupun murah 
Kebanyakkan jurujual di sana suka menawarkan saiz menu yang besar dengan harga yang sama. Bagi warga INGGERIS terutamanya golongan wanita mereka lebih suka mengambil dalam jumlah yang kecil kerana mereka menganggap seksi adalah identiti ukuran badan yang profesional.


BRAZIL
Nasi dengan kekacang
Menurut penelitian dalam jurnal Obesity Research mengatakan nasi yang dicampur bersama kekacang mampu mengurangkan risiko berat badan sehingga 14%. Dengan mencampurkan kekacang bersama nasi akan membuatkan makanan anda berserat tinggi dan rendah lemak, seterusnya dapat menstabilkan kadar gula dalam darah.


THAILAND
Kelebihan rempah
Thailand terkenal sebagai makanan yang pedas di seluruh negara. Cili padi yang banyak digunakan dalam masakan mereka memainkan peranan kepada proses metabolisme badan. Walau bagaimanapun, menurut James Hill, Presiden American Society for Nutrition mengatakan makanan pedas perlulah dikunyah secara perlahan-lahan. Ini untuk memastikan sistem pencernaan dapat memberi isyarat yang jelas ketika anda merasa kenyang.


INDONESIA
Berpuasa
Puasa daapt membantu anda melakukan detoksifikasi. Bukan sahaja mengawal makanan ketika berbuka, tetapi badan juga dapat menikmati makanan yang sesuai dan diperlukan. Dengan berpuasa dapat membuatkan gula dalam darah lebih stabil sehingga metabolisme badan mencapai tahap normal.


JERMAN
Jangan lupa sarapan
Sebanyak 75% orang JERMAN tidak pernah melewatkan bersarapan. Mereka mengambil makanan sihat, baik ketika di luar rumah mahupun di rumah. Biasanya mereka menikmati bijiran atau roti gandum bersama buah-buahan segar. Dalam program diet, sarapan adalah makanan pembuka yang boleh merampingkan pinggang. Dengan sarapan, anda juga tidak akan makan secara berlebihan ketika makan tengahari.


JEPUN
Jangan lupa tidur siang
Menurut James Maas dari Cornell University mengatakan penduduk Jepun sanggup menggunakan masa sekurang-kurangnya 20-30 minit setiap hari untuk tidur waktu siang. Manakala penulis buku Power Sleep pula menjelaskan tidur yang berkualiti akan membuatkan berat badan berada pada tahap ideal. Ini kerana, apabila seseorang itu kurang tidur, hormon meningkat. Salah satu manfaat yang sudah terbukti kesannya, mengikut kajian peneliti adalah tidur mampu membuatkan perut anda menjadi rata.


BELANDA
Berbasikal membakar lemak
Basikal adalah pengakutan utama di BELANDA. Dengan mengayuh sejauh 871km/tahun, aktiviti ini dianggap tidak menyusahkan kerana mereka menggunakan basikalke mana sahaja mereka pergi. Berbasikal juga merupakan salah satu latihan kardio yang mampu membakar lemak dengan lebih cepat dan menyihatkan jantung.


INDIA
Sentiasa makan di rumah
Kebanyakkan masyarakat INDIA menggunakan 5% wang untuk makan di luar. Tujuannya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Biasanya dengan makan di rumah, ia dapat menjamin makanan yang masuk ke dalam badan adalah makanan sihat. Penelitian membuktikan jumlah obesiti menigkat kerana dipengaruhi oleh pengambilan makanan di luar rumah seperti di restoran makanan segera.


Tak salah kalo nak mencuba tips-tips ni. Mane la tau kan kalo tips-tips ni dapat membantu korang yang ingin menguruskan badan. Sekaligus dapat membantu korang mengurangkan berat badan. Aku cume berkongsi maklumat ape yang aku rase boley memberi manfaat untuk kite sume. Bak kata pepatah, "Sharing is caring".



#wordless wednesday


Hai alls..salam 1 Malaysia

Just be ur self..





Apabila buka blog


Hai alls...salam 1 Malaysia..

Fuh..memang busy giler la aku harini..Mane taknye, awal-awal pagi dah start bukak blog, Pastu pulak aku blogwalking sane sini sambil tu jugak join segmen & giveaway. Lagipun boley jugak tambah kenalan baru.

Serius, sepanjang aku blogwalking blog kenalan-kenalan baru bermacam bagai bentuk rupe blog diorang. Memang aku kagum la tengok blog-blog diorang tu. Tersangat la kreatif.

Sekarang ni aku bersemangat semacam je nak join itu & ini bile teringatkan CPUV aku tu. Terima kasih banyak-banyak sekali lagi kat NUFNANG sebab sudi bagi BE..hikhik..korang yang ade lalu lalang kat blog aku tu tolong klikkan lah iklan HB & iklan NUFNANG aku tu yew..mane la tau dengan rezeki HB tu aku boley buat giveaway GEMPAK. Sape takmo kan kalo dapat hadiah-hadiah gempak..^__^

p/s : Usaha sememangnya tangga kejayaan

Klik SINI






Segmen Follow @ Add by HudaHud Season 2


Hai alls...salam 1 Malaysia..

Orang menjemput aku join je..^_^

So, sekarang aku jemput korang yang tengah bace tu join jugak segmen ni ye..

Klik banner bawah untuk join

Due date : 23 Nov - 7 Dec 2012 (9 malam).




Nabila Medan's Giveaway


Hai alls...salam 1 Malaysia...

Memandangkan aku telah ditag Kak miz ruHa dalam 1 giveaway by Nabila Medan, so aku pun menjoinkan diri untuk memeriahkan lagi giveaway ni.


Klik banner untuk join

Syarat Penyertaan Nabila Medan's Giveaway

Blogger yang duduk di Malaysia sahaja. 
1.Follow blog nabila ini
2.Buat satu entri berkenaan giveaway ini beserta
- Banner giveaway dan linkkan ke sini
- Tag 2 orang rakan blogger anda dan pastikan mereka tahu
3.Follow dan like semua sponsor *amaran tegas!*
4.Tinggalkan link entri not your link blog di kotak komen
5.Sebarang perubahan akan diberitahu kelak


Kerana twilight



Hai alls..salam 1 Malaysia..

Hari Isnin aku off seperti biasa. Maklum la hari isnin memang hari dikhaskan cuti untuk aku. Jadi cuma waktu tu je untuk aku luangkan masa aku untuk jalan-jalan.

Oke, dipendekkan cerite kat sini..semalam sebelum aku balik, aku singgah la kejap kat kedai jual disc. Sebab nak beli cerite twilight la kononnya. Lagipun mane la tau kan, diorang dah keluarkan dalam disc. Cari punya carik tak jugak jumpa. Last-last aku tanye la amoi kat kedai tu.

Aku : "Ada disc cerite twilight ka?"
Amoi : "Tunggu kejap aa.."


Pastu amoi tu pun bagi la kat aku disc yang aku maksudkan tu. Lepas je aku belek-belek kejap, aku gi la kaunter sebab nak bayar disc tu. Tapi sebelum aku bayar aku mintak la tolong cashier kat kaunter tu try disc tu dalam pemain DVD.

Aku : "Boley kasi test dulu ka?"
Cashier : "Tak payah cuba maa..sebab ini cerite baru punya lo"


Bile cashier tu dah cakap macam tu, jadi aku bayar la harga disc tu. Isk..punya la aku excited sebab nak tengok kali kedua cerite tu. Bukan ape, hari tu tengok kat panggung wayang rase tak puas hati je. Macam nak tengok bebanyak kali je. Hehehe..=P Sebab tu aku beli dalam disc. Nak buat koleksi katakan..

Sampai je aku kat rumah, terus pasang pemain DVD. Tak sabo dah nak tengok ni. Tak lame pastu, tengok gambar dalam cerite senget. Pastu ade bunyi suara latar pulak tu. Iskk..spoil dah feeling aku nak menengok cerite tu untuk kali kedua. Tapi, aku teruskan jugak nak menengok cerite tu memandangkan aku memang minat giler cerite tu walaupun cerite tu cetak rompak. Isk..-_-'

Patut la cashier tu takmo bagi aku test dulu disc tu tadi. Rupanya, ade udang di sebalik batu. Hampeh betoi. Salah aku jugak sebab dah tau cerite tu baru je beberapa hari ditayang kat panggung wayang, mane mungkin begitu cepat diorang edarkan dalam bentuk disc. Tapi aku tetap gak berdegil.


p/s : Beli original & jangan beli cetak rompak

Mohon korang klik SINI





Promote Heartbeat


Hai alls...salam 1 Malaysia..

Pagi-pagi fikirkan idea nak buat entry. Yelakan, kalo takde idea masakan ade entry nya kan. Hikhik..sambil aku berfikir sambil tu jugak aku belajar bende yang aku tak faham-faham buat. Dah berminggu dah aku cuba belajar sendiri sambil rujuk-rujuk tutorial yang sedia ade, tapi baru hari ni faham. Leceh betul kan. Iskk..

Oke, lets straight to the point..sebenarnya aku nak promote Heartbeat aku kat korang. Dan aku mintak jasa baik korang klik Heartbeat aku tu. Boley kan..Hehehe..tapi, kalo korang dah klik tu, bagitau la kat aku k..senang aku klik untuk korang balik nanti..^__^



p/s : Jangan tipu tau..







Segmen Kenal-Kenal Bersama Aisyah Humaira'


Hai alls...salam 1 Malaysia...

Sebenarnya nak stop join segmen ni, tapi bila tertengok segmen ni rase macam nak join je..hehehe..


Klik SINI untuk join

Syarat ;

- Letak link entry di kotak komen entry Niera yang ini
- Letak serba ringkas mengenai diri anda dalam entry anda supaya boleh kenal.
- Kalau rajin boleh follow blog / Like Fanpage kat sidebar blog Niera tu (tak de paksaan)
- Kalau rajin lagi boleh tag blogger lain

 TARIKH TUTUP : AHAD ( 24/11/12 ) JAM 10 MALAM !

Serba Ringkas tentang Cik Que

Nama Sebenar : Conald Enilia Abu

Panggilan : Lia @ Enilia

Asal usul nama blog : Cik Que

Kenapa nama blog berbeza : Que adalah nama singkatan yang menjadi gelaran daripada kawan-kawan aku suatu ketika dulu.

Umur : 22 tahun (2012) [20.April.1990]

Status : Belum jadi bini orang




CPUV pertama


Hai alls...salam 1 Malaysia

Sedar tak sedar 2 3 hari ni rupanya aku asyik dok menjoinkan diri dalam segmen + GA. Dan dalam masa yang sama, untuk pertama kalinya CPUV aku dah bagi respon dah kat aku. Macam tak percaye je. Hehehe..Apa-apa pun TERIMA KASIH banyak-banyak kat NUFNANG sebab bagi aku peluang merase CPUV ni.



# Sekarang ni aku runsing memikirkan sesuatu. Nanti la aku cite.

p/s : Mohon korang klik SINI




Bloggership Giveaway by Fatini Irdina


Hai alls...salam 1 Malaysia...

Semalam ada orang menjemput aku untuk join dalam GA ni. Alang-alang ada orang menjemput, so tak jadi masalah untuk aku joinkan diri. ^__^

Korang pun join la  jugak ek..

Jangan lupa tempek banner ni dalam entry.

Klik SINI untuk join.

segmen : jom tambahkan follower di twitter dan blog :)


Hai alls...salam 1 Malaysia...

Tadi ade orang menjemput aku join segmen dia..dan lagi sekali aku menjoinkan diri dalam segmen-segmen ni. Korang pun join la jugak ye..^^y


Nak join? Korang klik SINI oke.

p/s : Empunya Blog ni 1st time buat segmen, so sama-ama kita bagi support untuk dia oke..^__^




Muvie Terbaekkkk


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Malam tadi aku gi wayang ngan akak aku, sebab nak menengok cite Twilight. Memang kitorang dah janji nak menengok cite tu kalo dah keluar. Kalo tak silap, 2 bulan lepas kitorang asyik cite pasal cite twilight ni. Sebab mase tu aku bace novel New Moon (sambungan untuk The Twilight). Sebelum tu, aku memang takde minat la ngan cite-cite ni. Tapi lepas je aku bace novel tu baru aku ade minat pulak. Pelik kan.





Memang syok giler la aku menengok cite ni malam tadi.

# korang yang belum tengok tu, tengok-tengokkan la ye..=)


Jom BW sambil Follow sampai Lebam


Hai alls...salam 1 Malaysia...

Memandangkan idea macam nak tak nak je menyinggah dalam pale otak aku, so aku nak join segmen ni. Kalo korang nak join, join la sekali ye..^_____^


Nak join sila klik banner kat bawah ni k

Isu kahwin


Hai alls..salam 1 Malaysia...

Sumber google

Kahwin Hantaran Murah
 - Ish ! Murahnya hantaran dia, ni mesti bakal menantu dia sengkek ni !

Kahwin Hantaran Mahal
- Ish ! Mahalnya? Nak jual anak ke apa?! Mesti bak menunjuk hantaran anak dia mahal.

Kahwin Umur Muda
- Ish ! Muda-muda dah kahwin, ni mesti ade buat bende tak baik ni. Ntah-ntah dah ada isi kot !

Kahwin Di Lewat Usia
- Ish ! Dah tua baru nak kahwin, tu la muda-muda tak nak kahwin. Orang dah beranak pinak dia baru nak kahwin. Kesian, tak laku kot !

Kahwin Majlis Kecil
- Ish ! Ni majlis kahwin ke apa? Kedekutnye, makanan pun ntah pape, bukan selalu, buat la besar sikit !

Kahwin Majlis Besar
- Ish ! Besarnya majlis. Kalah anak DATUK. Nak berlagak lah tu, macam la anak dia je nak kahwin kat dunia ni !


p/s : Bersangka baik lah.   

#copypaste FB 
 
 
 

GIVEAWAY 12-12-12 by Mohd Noor Syawal


Hai alls...salam 1 Malaysia....

Aku join giveaway ni..korang pun join la jugak. Hadiah pun lumayan-lumayan sume tau..

Kalo nak join, klik banner kat bawah ni oke ;


Pendapat aku tentang blog ni ;

Banyak-banyak blog, blog INI yang aku rasa unik. Sebabnya warna berwarna kuning. Mempunyai susunan yang begitu kemas.

Tag

Aku tag sume yang bace entry aku ni (ade ke yang bace entry aku ni ek...)


*pastikan nama ade link



Dahulu mee sedap, sekarang pun mee sedap


Hai alls...salam 1 Malaysia...


Korang mesti ade kan makan mee sedap.. Mee sedap la menu faveret aku. Especially mase aku tengah lapo menggila. Kalo dah lapo tu, aku memang melantak 2 bungkus mee sedap. Baru aku kenyang. Mesti korang fikirkan yang aku ni gelojoh kan? Yup, aku ngaku aku seorang yang gelojoh.. tapi mase aku lapo je la. Hahaha..=D

Dulu mase aku masih dalam alam persekolahan, memang mee sedap lah jadi makanan rutin harian aku. Yela, mase tu dok asrama. Memang aku bawak makanan extra la,.nak cakap makanan kat dewan tu tak cukup takde la..tapi kalo tak bawak makanan extra macam tak lengkap je hidup kat asrama. Hihihi..

Kadang-kadang tu ade jugak member-member aku buat bisnes mee sedap ni kat asrama. Memang banyak untung la buat bisnes ni. Mane taknye, sebungkus diorang jual RM1. Kalo yang 1 pek tu, mesti la RM5 kan. Pastu sekotak ade 8 pek sume. Kalo habis jual sekotak RM40 dalam tangan. Kira untung ade la dalam RM20 lebih camtu la. Sebab beli sekotak mase tu tak sampai RM20. Tu pun beli cash & beli banyak-banyak.

Bercerita pasal mee sedap ni, kucing mak aku pun seorang peminat mee sedap jugak tau..amacam? Nak challenge ngan kucing mak aku tak? hehehe..Aku akan masak 3 bungkus mee sedap kalo kucing mak aku ade kat rumah sebab sebungkus aku bagi kucing mak aku tu melantak habis-habisan. Mesti korang tak percaye kan kucing mak aku tu dapat habiskan sebungkus mee sedap? Betul..aku tak tipunye. Memang kucing mak aku tu dapat habiskan sebungkus mee sedap kalo dia betul-betul lapo. Hehehe..


kadang-kadang mee sedap ni kalo dimakan macam tu je pun sedap gak...hihihi...




1st Giveaway by kumbang jingga


Hai alls..salam 1 Malaysia...

Tadi masa aku walking-walking blog korang, aku tertengok la giveaway dari Kumbang jingga ni. Macam menarik je nama kumbang jingga tu. So, tanpa membuang masa aku pun join la giveaway ni..


Klik SINI kalo nak join.

Kalo nak join tu cepat-cepat joinkan diri ye..date line 25 November 2012 ni nanti..



Nasi lemak ke ni?


Hai alls...salam 1 Malaysia...


Sebenarnya kelmarin dah aku publish entry ni. Tapi memandangkan entry kelmarin aku bertajuk Wordless Wednesday, tak jadi pulak aku publishkan..

Al kisah kelmarin :

Sebelum aku pergi tempat kerja, aku singgah lah kejap kat gerai tepi jalan sebab nak beli makanan untuk aku sarapan nanti. Singgah je, aku tertengok la nasi lemak. Umm..kira faveret aku jugak lah nasi lemak ni kalo pekenakan dengan air milo panas. Perggh...meleleh air liur...Aku pun terus beli 2 bungkus nasi lemak tu. Bukan main excited lagi aku sebab nak makan nasik lemak tu.

Sesampainya aku kat tempat kerja, aku standby sume la perkakas untuk aku gunakan makan nasik lemak tu. Buat air milo, pastu masukkan nasik lemak dalam pinggan. Dalam masa aku memasukkan nasik lemak tu dalam pinggan aku tak lah se'excited mula-mula beli pagi tadi. Sebabnya....................nasi je banyak. Sambal-sambal & telur seciput je. Iskk..bengang la aku kejap sebab tengok nasi lemak tu. Selera nak makan pun hilang camtu je. Tapi, aku paksa gak tekak aku telan nasi lemak yang "banyak" sambal-sambal tu sebab takmo membazir. Lupe pulak aku nak snap gambar nasik lemak tu sebab terlalu bengang..


#bisnes-bisnes jugak..untung-untung jugak..tapi kepuasan pelanggan pun fikirkanlah jugak.

p/s : Aku sebenarnya nak makan real nasi lemak.

Macam ni la nasi lemak yang aku idam-idamkan. Sama rata.
Sumber gambar : Google





Segmen Follow Sampai Pengsan


Hai alls...salam 1 Malaysia...

Klik Sini kalo nak join oke

Nama manja : Lia

Tarikh Lahir : 20 April 1990 ( jgn lupe bagi gift..hehehe..=P )

Asal : Sarawak

Follower sekarang 212



Cerite bantal busuk


Hai alls...salam 1 Malaysia...

Aku dok blog walking-walking tadi tibe-tibe pulak aku teringat ngan bantal busuk aku. Korang ade bantal busuk tak? Haa..mesti ade kan..tapi tak mo ngaku..hehehe..

Dulu aku ade seekor bantal busuk..Waktu tu umur aku dalam lingkungan 6 tahun macam tu la. Tapi apabila umur aku 10 tahun aku dok rumah makcik aku, sebab waktu tu mak ayah aku sebok kerje. Lagipun takde orang nak tengok-tengokkan aku. Sebab tu diorang tumpangkan aku kat rumah makcik aku tu. Semenjak aku dok rumah makcik aku, aku berjauhan dengan bantal busuk aku tu. Bantal busuk aku memang aku sengaja tinggalkan kat rumah. Sebab takut anak makcik aku tu ambik bantal busuk aku tu. Hehehe..

Dari hari ke hari sampai la aku abis sekolah menengah aku memang tak pernah tengok bantal busuk aku tu sebab mak aku simpan. Satu hari, aku pegi la cari bantal busuk aku tu. Tak jugak jumpa-jumpa. Last-last aku tanye la mak aku mane perginye bantal busuk aku tu..Mak aku cakap, bantal busuk aku tu dia dah bagi ngan anak buah aku yang paling bongsu. Iskk..Bukan main kecewa lagi aku sebab bantal busuk aku dah berpindah hak milik. Mane taknye, bantal busuk tuuuu..sape yang tak sayang kan. Banding ngan pakwe aku, aku lagi sayang bantal busuk aku tu...hahahahaha,,

Apapun aku tetap rindukan bantal busuk aku tu walaupun dah berpindah hak milik. Korang tau tak, bantal busuk aku tu spesel. Sebab dulu waktu aku mula-mula dapat bantal busuk aku lukis muka kat bantal busuk aku tu. Hihihihi..

 Sumber google


#mesti korang ade bantal busuk jugak kan...aku rase sekarang pun korang masih bawak bantal busuk tu kehulu hilir kan..ngaku cepat...hahahahaha...



Kenangan Add math


Hai alls....salam 1 Malaysia...

Sambil aku godek-godek gambar dalam folder aku tadi, aku terjumpa la satu gambar yg aku copypaste dari FB. Bile je aku tengok gambar ni, nak ketawe pun ade. Terase lucu bagai bila ingat balik kenangan yang dah berlalu tu.


Macam ni la 1st reaction kitorang dulu time mula-mula belajar subjek ni. Serius, sampai sekarang pun aku masih blur. 1 apa pun tak faham. Hahaha...sangat melucukan tengok gambar ni. Mane taknye, gambar ni seolah-olah menunjukkan reactions kitorang dulu. =D



Minyak RM30


Hai alls...

Hari ni aku nak share satu cite untuk korang bacekan lah ye..


Seorang gadis yang baru sahaja mendapat lesen kereta membawa keretanya untuk keluar berjalan-jalan. Di pertengahan jalan, meter minyaknya berkelip menandakan minyak keretanya semakin berkurangan. Lalu dia pun terus menghala ke stesen minyak untuk mengisi minyak buat kali pertama dalam hidupnya.

Gadis : "Bang, minyak RM30, pam no.2 !"
Kaunter : Ok !

Lalu gadis itu tadi berlalu pergi ke keretanya. Melihat ke arah pam minyak yang menunjukkan nilai RM3, lalu gadis itu mengomel sendirian dan tapa berlengah dia menuju ke kaunter semula.

Gadis : "Bang, saya nak isi minyak RM30!"

Kerana kaunter terlalu sibuk, dia tidak diendahkan. Dengan rasa bengang, gadis itu bersuara semula dengan nada yang tinggi.

Gadis : "Abang, saya nak isi minyak RM30, kenapa abang tekan RM3? Dah la tak nak layan saya cakap ! Abang ni rasanya tak patut duduk di kaunter hadapan macam ni !"
Kaunter :  "Boleh tak adik angkat nozel minyak tu dahulu, kemudian baru datang jumpa abang!"

Gadis itu pun menurut kata abang kaunter dengan perasaan yang masih bengang. Selepas mengangkat nozel, mucung nozel di hala ke lubang minyak kereta lalu minyak pun keluar mengikut nilai yang telah dibayar gadis itu iaitu RM30. Dengan rasa yang tersangat la malu, gadis tersebut pun berlalu pergi.


p/s : bertanya dahulu sebelum menghambur kata kasar..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013