Jawapan selamat SMS

hai semua.....

Aku nak bagi ckit pendapat pasal sms yang sering digunakan bila terdesak..hehee..
Antaranya ;

#kalau yang SMS tu adalah emak atau ayah 

ALASAN :
"Maaf la mak ayah...henpon dalam beg tadi. Ni baru teringat nak call tapi emak dan ayah dah SMS dulu."

PADAHAL....tidur membuta sampai pukul 12 tengahari pasal tu lambat balas SMS mak dan ayah.

#kalau yang SMS tu kapel

ALASAN :
"Bateri henpon habis la cyg, charger pulak tertinggal dalam opis. Ni baru lepas pegi ambik, lepas charge terus SMS cyg."

PADAHAL....keluar pegi tengok wayang dengan kapel lain, takut kantoi sebab tu henpon dioffkan.

#kalau yang SMS tu kawan sejenis

ALASAN :
"Sori la, kredit aku takde nak balas, ni lepas topup baru boleh balas. Aku kabar baik, ko pulak macamana?"

PADAHAL....time tu bukan takde kredit tapi asyik berbalas SMS dengan teman. So SMS member sejantina tak nak layan tapi bila dah boring baru sibuk cari member.

#kalau yang SMS tu ketua pasukan

ALASAN :
"Sori geng, petang tadi masa aku on the way nak pergi training ada orang kena langgar, betul-betul depan aku. Aku tolong hantar ke hospital, henpon tertinggal kat rumah. Tu pasal tak SMS nak bagi tau. Sori ye.."

PADAHAL....takde sape-sape pun kena langgar, saja malas nak pegi training. Lepak kat rumah tengok dvd yang baru beli pagi tadi.

#kalau yang SMS tu abang kandung

ALASAN :
"Tadi tu dalam bilik kuliah, henpon silent mode, mana dengar nak angkat. Kalau dengar pun tak boleh angkat nanti kena rampas SMS lagi la...pasal tu la tak balas. Ni balas pun pasal break 10 minit sebelum tukar lecturer lain."

PADAHAL....tak angkat dan tak balas SMS pasal tengah dating dengan kapel. Kalau abang tau la tak pegi kuliah mau kena terajang.



amacam?pernah buat tak? hehee..^_^

No comments:

Post a Comment

Hai korang..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi komen entri ni..

Lepas ni saya akan terjah blog anda pulak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013