Cerita dongeng "BigFoot"


Hai sume reader-reader..

Aku nak bagi satu cerita dongeng khas untuk korang bace..


Pada zaman dahulu ada sekumpulan beruang tinggal di hutan. Salah seekor daripadanya sering berjalan-jalan untuk mencari makanan. Setiap hari dia sering melihat manusia berjalan-jalan di dalam hutan. Dalam masa yang sama dia sering memerhati manusia tersebut secara diam-diam. Kadangkala selepas manusia tersebut balik, beruang itu akan menghampiri ke tempat manusia itu berdiri. Beruang itu akan memerhati tapak yang ditinggalkan oleh manusia tersebut.

Dalam masa yang sama beruang itu berfikir, mengapa tapak yang ditinggalkan oleh manusia tersebut begitu cantik. Ukurannya pun sama rata. Malah meninggalkan corak yang pelbagai di atas tanah, sedangkan manusia itu sama sahaja. Manusia tetap manusia. Beruang pula hanya ada satu corak tapak kaki sahaja.

Beruang tersebut mengadakan mesyuarat dengan kaum-kaum kerabatnya dan membincangkan hal yang difikirnya itu. Salah seekor beruang di situ memberitahu yang manusia menggunakan sejenis alat pada kaki mereka yang dipanggil kasut. Kasut itulah yang menghasilkan corak-corak yang cantik dan menarik. Selain itu, beruang itu menyatakan bahawa kasut tersebut juga boleh melindungi kaki manusia daripada duri dan objek-objek yang berbahaya yang boleh menyebabkan kaki terluka. Di akhir mesyuarat tersebut, semua beruang telah mencapai kata sepakat untuk menghasilkan kasut seperti yang digunakan oleh manusia. Mereka membuat kasut seperti yang digunakan manusia. Apabila kasut itu siap, salah seekor beruang itu mahu memakai kasut tersebut sebagai percubaan. Akan tetapi timbul satu masalah.

Masalahnya beruang ada 4 kaki, sedangkan manusia hanya memakai 2 pasang kasut sahaja. Beruang-beruang itu kembali bermesyuarat. Salah seekor beruang mengatakan berdasarkan kajiannya manusia berjalan dengan menggunakan 2 kaki sahaja. Jadi beruang itu mengatakan lagi kasut itu perlu dipakaikan kepada 2 kaki belakang sahaja bagi memperoleh faedah yang maksimum daripada kasut tersebut. Lagipun beruang boleh berdiri dan berjalan seperti manusia. Setelah habis bermesyuarat, kesemua beruang bersurai dan besorak gembira. Mereka pun memakai kasut yang telah diagihkan sepasang setiap orang..
Pada suatu hari, seorang manusia yang juga memburu telah masuk ke dalam hutan. Setelah penat berjalan manusia tersebut berehat di tepi pokok. Sambil berehat, mata manusia tersebut memerhatikan sekitarnya. Lalu, ternampak tapak kaki yang aneh. Tapak kaki itu terlalu besar. Tidak pernah dia melihat tapak kaki seperti itu. Dia menjejaki tapak kaki itu bagi mengetahui binatang apakah yang mempunyai tapak sedemikian. Dalam masa yang sama, seekor beruang perasan akan kehadiran manusia dengan senapang sedang memerhatikan tapak kaki sambil menjejaki tapak kaki tersebut. Beruang itu mahu berlari seperti biasa akan tetapi teringat kata-kata sepakat dalam mesyuarat tempoh hari. Mereka perlu membuat seperti manusia bagi mendapatkan faedah yang maksimum. Jadi beruang tersebut pun berlari debgan dua kai seperti manusia. Manusia itu terdengar bunyi-bunyi pokok yang bergeser dengan sesuatu, maka manusia tersebut pun turut mengejar. Setelah semakin menghampiri ke tempat itu, manusia tersebut melihat 1 susuk tubuh lembaga tinggi sedang berlari. Dan manusia itu sudah mendapat jawapan kepada persoalannya tadi bahawa tapak kaki yang ditemuinya itu adalah kepunyaan lembaga tersebut..Manusia itu pun balik dan memberitahu dunia yang dia telah menjumpai 1 spesis baru iaitu “BigFoot”.

Padahal ia adalah beruang yang berkasut..hahahahahaaaa…



P/s: Cume cerita untuk santai-santai je..hehe..:D

8 comments:

  1. hehehe ... kan dah jadik penipu gara2 tapak kaki beruang.

    ReplyDelete
  2. huhuhu beruang bermusyuarat huhuhu.
    beruang pakai kasut, converse ke? nike? tak nyatakan kat situ. hehehe
    bigfoot oh bigfoot. hehehe

    ReplyDelete
  3. namapun dongeng..hahahaha...

    ReplyDelete
  4. @Azriff Aziz beruang tu gune kasut brand adidas..hahahaha...=D

    ReplyDelete
  5. haha..
    ade jgk ea bruang ni..
    ^o^

    ReplyDelete
  6. hahaha..rasa nak pukul jer kau sebab buat cerita dongeng ni..:D

    ReplyDelete

Hai korang..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi komen entri ni..

Lepas ni saya akan terjah blog anda pulak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013