Cerite tentang BR1M


Hai alls..

Hari ni tergerak pulak hati nak buat entry,.memandangkan idea datang secara mengejut. Lagipun aku dah fikir 24 kali dah pasal isi entry ni, samada nak buat entry @ tak. Yela, kita tak tahu kan ape yang ingin kita sampaikan dengan niat yang baik kadangkala ade menguris hati sesetengah orang. Kadang-kadang ape yang kita sampaikan tu seringkali disalahertikan sesetengah pihak. Tu yang aku heran tu..hehe..

Oke, back to the point. Last week, aku isi borang BR1M 2.0 tu. Lagipun aku saje je nak isi, memandang aku terbace syarat kat borang tu dan aku rase aku ni mencukupi syarat. Aku tak tahu la, samada aku lulus ke tak nak rembat duit tu..hahaha..=D

Sambil aku isi borang tu ade la sorang kawan ni mintak aku tolong isikan untuk dia. Tak banyak cakap, aku pun tolong dia. Dia mintak tolong aku isikan borang yang sama iaitu untuk BRIM (RM250) punya. Dengar cite kawan ni ade isi borang BR1M (RM500) tu dulu, tapi tak lulus. Sebabnye, dia punya laki pun dah isi jugak. Aku tak tau nak cakap ape,.tapi yang pasti ayat yang terlintas dalam fikiran aku adalah 'bengap'. Kan ke syarat BR1M (RM500) mesti diisi sorang dalam isi rumah. Dalam istilah lain ketua keluarga lah yang isi kan. Nape nak isi 2 3 orang dalam serumah kan. Aku terfikir lagi, dia suh aku isi borang sama ngan borang yang aku isi BR1M (RM250).. heran aku kejap. Yela kan, dia dah berlaki tapi nak isi borang yang dikhaskan untuk orang bujang. Aku tau dia faham ape syarat kat borang tu, tapi aku rasa dia buat tak tahu je. Tak pun buat tak faham.

Aku bukan ape lah ye, bukan iri hati, busuk hati @ dengki. Aku cume rase tindakan kawan tu macam tak betul je. Yela, BR1M (Rm500) tu sememangnya diisikan sorang dalam isi rumah, tapi dia isi jugak padahal laki dia pun isi jugak. Pastu BR1M (RM250) dikhaskan untuk bujang @ yang belum ade laki/bini, tapi dia nak isi jugak. Haih..susah la nak cakap orang camni. Nak tegur, kite pulak yang dimusuh dia. (Pasal tu la aku terpaksa tolong dia isikan, sebab malas nak bermusuh gara-gara hal camni)

# aku memang pantang kalo orang menipu..dahla menipu..tamak pulak tu..ape kate orang dulu-dulu, orang tamak selalunya rugi ek..emm..


2 comments:

  1. susah mok padah org kedak tok.. huhu

    ReplyDelete
  2. @aisya ny la ya..mowk negor alu diembk ny kelaie kita kelak..

    ReplyDelete

Hai korang..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi komen entri ni..

Lepas ni saya akan terjah blog anda pulak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013