Info buah dabai


Hai alls...salam 1 Malaysia..

Tadi (semalam) sambil aku blog walking aku dok fikirkan idea untuk aku jadikan sebagai entry aku. Sambil aku tengok pesbuk sambil tu jugak aku blog walking dan sambil tu jugak idea datang bila aku tertengok gambar buah dabai dalam folder gambar pesbuk akak aku. Dan aku rasa mungkin info ni dapat memberi pendedahan sedikit sebanyak tentang buah dabai kepada sesiapa yang belum mengetahui apa itu buah dabai.

Buah dabai ni salah satu buah-buahan eksotik di sarawak dan ianya berbuah secara bermusim sahaja. Buah dabai ni jugak jarang ditemui di bahagian Kuching. Kalo ada pun ia dibawa masuk dari Sibu, Sarikei & Bintangor.

Cara penyediaannya sebelum dimakan takde la susah mane. Sebabnya ia cuma perlu dicelur @ direndam dalam air sederhana panas untuk melembutkan isinya. Lepas tu, toskan airnya dan campurkan dengan garam dan lepas tu boleh lah dimakan. Selain itu jugak, buah dabai ni bukan setakat dimakan dengan campuran garam je, buah dabai ni jugak boleh dimakan dengan campuran kicap dan gula. Dan rasanya lebih kurang lemak-lemak gitu la.

Ni buah dabai yang akak aku makan hari tu..gemuk-gemuk je rupe dia..^_^

Selain itu, buah dabai ni boleh dijadikan sebagai jeruk & tempoyak. Untuk menjadikannya sebagai jeruk & tempoyak, buah dabai ni perlu lah diperap di dalam container. Dan berapa lama ia diperap tu, aku tak pasti sangat la. Sebab jarang tengok mak aku buat tempoyak buah dabai.

Oh ya, kalo korang nak tau, biji buah dabai pun boleh dimakan jugak. Maksud aku di sini, dalam biji buah dabai tu ade isi lagi tau. Jadi selalunya apabila lepas makan buah dabai ni, bijinya tak dibuang. Bijinya akan dikumpul, dicuci dan dijemur sehingga ia benar-benar kering. Biji buah dabai ni tersangatlah keras. Kalo nak gigit guna gigi, confem gigi patah seribu..hihi..selalunya untuk memecahkan biji buah dabai ni tukul @ anak lesung batu akan digunakan. Ketuk sampai pecah, pastu isinya boleh dimakan macam tu je.

gambar ni ambik dari google

p/s : kalo korang jalan Sarawak sini, cube la sekali makan buah dabai ni..^_^


25 comments:

  1. @Norhaizan hakim hehe..buah ni cume ade kt sini je kak zan..^_^

    ReplyDelete
  2. bok pas makan marek... nyaman! ^_^

    ReplyDelete
  3. baru tau..rupanya ada buah dabai..boleh pula buat tempoyak tu..mcm durian..;)

    ReplyDelete
  4. nice sharing. pes time dgr pasal buah ni.

    ReplyDelete
  5. @Miss Ruby hihi..sama la..kmk pn baruk abis mkn buah dabai juak..hihi

    ReplyDelete
  6. @Shazreena Shukri kalo kene ngan gaya, tempoyak dabai jadi sedap..kata org la..tp tak pernah makan lagi ni..tempoyak durian pun tak pernah makan jugak ni..hihi..:D

    ReplyDelete
  7. @محمد رازيق hihi..jln sini, jgn lupe beli buah dabai..hihi..^_^

    ReplyDelete
  8. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Ingatlah selalu bahwa tekad Anda untuk sukses lebih penting daripada yang lainnya.

    ReplyDelete
  9. baru pertama kali tgok buah ni :D

    ReplyDelete
  10. mmg tak pnh jmpe...bru tahu..dabai...

    ReplyDelete
  11. memang tak pernah makan buah dabai ni!

    ReplyDelete
  12. dkt sabah pun ada.. tp kna panggil kembayau :)

    ReplyDelete
  13. @D i n hehe..takpe, sekarang dh tau kn..=D

    ReplyDelete
  14. @ayut buah ni belum terkenal lagi..hihi..=D

    ReplyDelete
  15. @hainom OKje takpe okje, mane tau nanti cik Que postkan gune post laju bgi ngn okje..^_^

    ReplyDelete
  16. @SakinaAlia oho..ade jugak rupenye kat sane ek..emm..kembayau = dabai..^_^

    ReplyDelete
  17. dik..akk tgk kisah buah dabai ni dalam tV1..berita petang semalam semperna MAHA tu..hehe

    ReplyDelete
  18. Bila la agaknya M bleh pi Sarawak dan makan buah ni.hu hu hu..

    ReplyDelete
  19. @Mimie Najib hehe..skrng musim buah dabai, jadi buah dabai pun dah masok tv jugak kak..hihi..=D

    ReplyDelete
  20. @Si Matatajam takpe kak M..bila ada masa cuti nanti, kak M pi la sarawak..^___^

    ReplyDelete
  21. dengar cerita buah dabai ni mahal..? ye ke..?
    1st time tengok... dah biasa dengar..

    ReplyDelete
  22. @miz ruha buah dabai mmg mahal harganya bila tiba musim buah2an,.

    ReplyDelete

Hai korang..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi komen entri ni..

Lepas ni saya akan terjah blog anda pulak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013