Kalau tak ikhlas baik tak payah


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Dari tadi mata asyik terkebil-kebil ngadap blog. Sambil fikirkan idea + fikirkan macam mane nak susun ayat. Sebenarnya dah lame dah idea ni aku fikirkan, tapi disebabkan terlalu banyak perkara yang perlu aku settle dalam masa yang sama, nak olah cerite pun macam tersekat-sekat je.

Oke, straight to the point..korang pernah tak jumpa orang yang berlagak baik & tolong-tolong kita tapi sebenarnya tak ikhlas? Ala..lebih kurang hipokrit tu.. Mesti korang pernah kan..Aku pun pernah gak terkena dengan orang macam ni.

Ceritanya begini, dulu waktu aku mula-mula kerja ade la sorang 'kawan' aku ni, suggest kat aku suh aku ambik lesen moto. Sebab dia kate senang aku nak jalan-jalan kalo ade lesen ni. Nak turun keja pun tak yah penat-penat jalan jauh sebab ade lesen boley bawak moto. Fikir punya fikir, aku ikut la ape yang dia suggestkan tu. Dia cakap dia tolong recomendkan aku kat cikgu lesen yang pernah ajar dia dulu. Pastu dia nak hantar dan ambik aku sepanjang aku ambik lesen. Tapi dalam masa yang sama aku pun tolong dia isikan minyak moto. Ala-ala membalas kebaikan dia lah.

Tak pasal-pasal hari tu dia kecoh-kecoh ngan kawan dia. Cakap yang aku ni tak pandai balas jasa dia. Dia cakap sepatutnya aku belanja dia minum sebab dia dah tolong aku. Jadi aku beli la air 10 tin bagi kat dia,. Aku tak kesah kalo dia nak mintak aku belanja minum. Tapi yang buat aku sakit hati, dia cakap aku ni tak pandai balas jasa dia. Sedangkan aku memang isi minyak moto dia setiap kali dia hantar dan ambik aku sepanjang aku ambik lesen. Em..yang tu tak dikira balas jasa baik eh..ishh..



p/s : kalau tak ikhlas, tak payah tolong kan..

15 comments:

  1. Payahnya keikhlasan tu tak tertulis atas dahi..kan cik que!

    ReplyDelete
  2. kalau dh tau xleh nk iklas baik xya tolong dr awal kn,,hai cmnila kawan,

    ReplyDelete
  3. sabar, mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu. :)

    semoga perkara sebegitu tidak berlaku lagi ye. :)

    ReplyDelete
  4. erk..amboi 'kawan' tu..bukan kemain dia ye dok canang gitu..tu namanya tak ikhlas tuu..sabar ye dik..mmng ada mnusia fesyen tu dlm dunia ni,,

    ReplyDelete
  5. @NORSHAHFEZA HAMSAN btul tu..kalo tolong tp tak ikhlas bt sakitkan hati je..huhu..

    ReplyDelete
  6. @Azriff Aziz btul tu..mgkin ade hikmah disebalik sume tu..^_^

    ReplyDelete
  7. @Mimie Najib a'a kak..kwn mcm2 jenis ada..yg ni la salah 1 jenisnya..huhu..

    ReplyDelete
  8. tolong tak ikhlas sungguh...

    ReplyDelete
  9. tolong tak ikhlas sungguh...

    ReplyDelete
  10. btul..xikhlas bek duk je diam..lg sakit klu bt gini..mmmm

    ReplyDelete
  11. @miz ruha tu la kak..langsung tak ikhlas..huhu..

    ReplyDelete
  12. @ayut btul tu..bagus takyah tolong kalo tak ikhlas..

    ReplyDelete
  13. Hish yelahkan...nak menolong biar le ikhlas... dah ok le tu minyak motor dh isi... biasalah cik que,manusia mmg cam cu

    ReplyDelete
  14. @hainom OKje btul tu..bak kata pepatah "diberi betis nakkan paha.."macam tu la orang yang tak pandai nak bersyukur..

    ReplyDelete

Hai korang..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi komen entri ni..

Lepas ni saya akan terjah blog anda pulak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013