Kerana twilight



Hai alls..salam 1 Malaysia..

Hari Isnin aku off seperti biasa. Maklum la hari isnin memang hari dikhaskan cuti untuk aku. Jadi cuma waktu tu je untuk aku luangkan masa aku untuk jalan-jalan.

Oke, dipendekkan cerite kat sini..semalam sebelum aku balik, aku singgah la kejap kat kedai jual disc. Sebab nak beli cerite twilight la kononnya. Lagipun mane la tau kan, diorang dah keluarkan dalam disc. Cari punya carik tak jugak jumpa. Last-last aku tanye la amoi kat kedai tu.

Aku : "Ada disc cerite twilight ka?"
Amoi : "Tunggu kejap aa.."


Pastu amoi tu pun bagi la kat aku disc yang aku maksudkan tu. Lepas je aku belek-belek kejap, aku gi la kaunter sebab nak bayar disc tu. Tapi sebelum aku bayar aku mintak la tolong cashier kat kaunter tu try disc tu dalam pemain DVD.

Aku : "Boley kasi test dulu ka?"
Cashier : "Tak payah cuba maa..sebab ini cerite baru punya lo"


Bile cashier tu dah cakap macam tu, jadi aku bayar la harga disc tu. Isk..punya la aku excited sebab nak tengok kali kedua cerite tu. Bukan ape, hari tu tengok kat panggung wayang rase tak puas hati je. Macam nak tengok bebanyak kali je. Hehehe..=P Sebab tu aku beli dalam disc. Nak buat koleksi katakan..

Sampai je aku kat rumah, terus pasang pemain DVD. Tak sabo dah nak tengok ni. Tak lame pastu, tengok gambar dalam cerite senget. Pastu ade bunyi suara latar pulak tu. Iskk..spoil dah feeling aku nak menengok cerite tu untuk kali kedua. Tapi, aku teruskan jugak nak menengok cerite tu memandangkan aku memang minat giler cerite tu walaupun cerite tu cetak rompak. Isk..-_-'

Patut la cashier tu takmo bagi aku test dulu disc tu tadi. Rupanya, ade udang di sebalik batu. Hampeh betoi. Salah aku jugak sebab dah tau cerite tu baru je beberapa hari ditayang kat panggung wayang, mane mungkin begitu cepat diorang edarkan dalam bentuk disc. Tapi aku tetap gak berdegil.


p/s : Beli original & jangan beli cetak rompak

Mohon korang klik SINI





9 comments:

  1. hehehe...senget pn jadila janji dpt tgkkn

    ReplyDelete
  2. hehehe...senget pn jadila janji dpt tgkkn

    ReplyDelete
  3. @Siti Saleha hehehe..=D lepas ni nak beli lagi lah...hihihi..=D

    ReplyDelete
  4. pegi la kat kedai tu balik..even cetak rompak pun, kita bayar kan..

    ReplyDelete
  5. selalu juga kena mcm ni..
    tak best kan siap ada suara2 lg dlm CD tu..hehe....

    ReplyDelete
  6. @Mimie Najib takpe kak..biar je diorang kenyang makan dt haram tu..nanti kalo g kedai tu balik, kecoh pulak nanti..huhuu..

    ReplyDelete
  7. @aTieYusof Family btul3..takde feeling nak tengok sb dengar sora2 tu..huhu..

    ReplyDelete
  8. dasar nk untong jek,,
    baik tgk kt pggung lagi kn cik que,,

    ReplyDelete
  9. @NORSHAHFEZA HAMSAN a'a..btul tu..nasib gak disc tu diorg tak jual mahal..kalo tak, mmg rugi la cik Que..

    ReplyDelete

Hai korang..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi komen entri ni..

Lepas ni saya akan terjah blog anda pulak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013