Makna di sebalik Hadiah Si Jejaka


Hai alls....

Hari ni up entry banyak-banyak..memandangkan line dah laju.. Hehee..

Tadi, sedang aku belek-belek majalah remaja lame, aku ade terbace sesuatu. Dan aku rase ni kira penting la untuk pengetahuan korang.

Hadiah merupakan salah satu pemberian yang boley menggembirakan hati seseorang. Lebih-lebih lagi jika hadiah tersebut dihadiahkan daripada oleh individu yang korang sayangi. Surprise je kan kalo tiba-tiba Si Dia bagi kite hadiah. Macam mana kalo Si Dia bagi hadiah yang pelik-pelik. Macam aku dulu bukan main lagi surprise..memang gembira tak terkate la. Alih-alih bile je bukak hadiah tu, tengok kumbang spesis besar keluar. Isk.. *Lupakan la cite ni..bad memories in sweet memories.^_^

Jom kite cek senarai di bawah :

1. Pakaian

Secara umumnya, lelaki tidak begitu mengambil berat tentang soal pakaian. Pakai saja apa yang ada, kata mereka. Tetapi jika Si Dia  menghadiahkan kamu pakaian, itu tandanya si dia mahu kamu sentiasa mengingatinya selalu. Sebagaimana pakaian yang "melekat" pada tubuh, seerat itu lah Si Dia mahu kamu ingat padanya.


2. Coklat


Kajian telah membuktikan bahawa coklat mempunyai phenylthylamines iaitu sejenis bahan yang mampu merangsang penghasilan hormon endofin hingga membuatkan sesiapa sahaja yang makan coklat akan berasa gembira. Jadi maknanya, jika Si Dia memberi hadiah coklat, Si Dia mahu kamu gembira di dalam hubungan yang telah terjalin.


3. Bunga-bungaan

 Tidak semestinya Si Dia memberi bunga adalah seorang yang romantis. Mengikut kajian yang dilakukan Dr. Daniel Amin (pakar psikiatri), bunga mampu mengstimulasikan seseorang agar menimbulkan perasaan positif terhadap individu yang memberikan bunga itu


4. Kasut


Gadis perlu tahu bahawa lelaki sebenarnya cukup "berminat" jika teman wanitanya itu memakai kasut yang bertumit tinggi. Mungkin kerana ia punya aura seksi di mata lelaki. Oleh yang demikian, sekiranya si dia menghadiahkan kamu kasut tinggi, ia memberi tafsiran bahawa Si Dia sebenarnya mahukan suasana yang romantik dengan kamu.


5. CD lagu

 Jika Si Dia menghadiahkan cakera padat ianya bermaksud Si Dia mahu kamu menhargai hubungan cinta yang disemai. Dan lebih penting, Si Dia juga mahu kamu menyayanginya dengan sepenuh hati.


6. Barangan kemas

Sekiranya Si Dia memberikan barangan kemas kepada kamu, Si Dia sebenarnya mahukan hubungan yang serius dengan kamu. Bukan hanya untuk "stok bercinta" semata-mata. Sebaliknya, Si Dia sudah pun bersedia untuk menjadikan kamu sebagai suri dalam hidupnya.

Oke la, ni je yang dapat aku syerkan lah ye..em..maksud pemberian kumbang besar ape ek..? -_-'






10 comments:

  1. wahhh ,ada cerita di sebalik hadiah eh hehehe..

    ReplyDelete
  2. hehe..geli hati pun ada bila baca maknanya..hehe..

    ReplyDelete
  3. @Nurul Aini ha...nape geli hati tu..hehehe..=D

    ReplyDelete
  4. hehehe coklat n baju je penah,,bunga lom lagi sbb xsuke=p

    ReplyDelete
  5. Paling best bila my hubby yg masa tu masih lg my BF hadiahkan Barang Kemas masa my besday..

    ReplyDelete
  6. dlm banyak2 tu..bunga je tak dapat lagi..anyone nak kasi bunga?!

    ReplyDelete
  7. @NORSHAHFEZA HAMSAN bunga best ape...kalo si dia bagi bunga nanti boley la gi tanam..hehehe..=D

    ReplyDelete
  8. @Si Matatajam best nye...^__^ beruntung la kak M...^_^

    # cik Que wish semoga Kak M & hubby tersayang bahagia sampai bila-bila...^______^

    ReplyDelete
  9. @Ain Dzaya ok ain, awk bagi alamat rumah awk kt saye...nanti saye postkan bunga dengan pasu-pasu sekali...=D

    ReplyDelete

Hai korang..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi komen entri ni..

Lepas ni saya akan terjah blog anda pulak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013