Mimpi @ petunjuk?


Hai sume..

Aku nak syer sikit cite berkenaan mimpi. Kate orang mimpi tu mainan tido. Tapi kate aku...?

Aku tak tau la samada mimpi yang aku selalu mimpikan tu hanya sekadar mimpi biasa @ petunjuk untuk aku. Dan setiap kali aku bermimpi, pada keesokan hari confem ade something wrong berlaku. Kadang-kadang tu aku seringkali bermimpi mimpi yang sama.Selalunya sesedarnya aku dari tido aku akan cuba recall back mimpi aku tu. Sebab aku nak dapatkan gambaran jelas mimpi aku tu. Pernah dulu aku mimpi tapi aku tak dapat ingat balik ape yang aku mimpikan tu. Yang pasti ape yang aku rase mimpi aku tu memang menakutkan aku. -_-

Kalo tak silap aku, setahun yang lepas aku ade bermimpikan tentang aku berlawan dengan mayat hidup a.k.a Zombie. Dan dalam mimpi tu aku memang takde peluang untuk mengalahkan diorang. Aku cube kalahkan diorang dengan membuat bacaan seperti yang aku pelajari melalui kitab injil. Tapi aku tak dapat kalahkan diorang. Oleh kerana aku terlalu cemas, dalam tak sedar aku mengucap 2 kalimah syahadah sepertimana dipelajari aku suatu ketika dahulu. Dan sekelip mata sume zombie menghilang. Dsini aku bukan nak sentuh pasal isu keagamaan. Aku cume nak cite tentang mimpi aku yang seolah-olah memberi petunjuk untuk aku.

Setahun yang lepas jugak aku terkena buatan orang. Aku pergi berubat. Dari berubat dengan dukun / bomoh sampai la berubat dengan haji. Dan aku sembuh seperti sediakala. Semasa aku dalam pantang berubat, aku bermimpi perkara yang boley dikatakan hampir sama berturut-turut pada sebelah malamnya. Aku takmo la buat tafsiran sendiri..tapi aku dapat rasakan yang mimpi aku tu seolah-seolah beri petunjuk untuk aku.

Sebenarnya banyak lagi mimpi yang aku mimpikan tu, tapi aku just syer yang aku rase macam best je untuk dijadikan entry.. Hehe..


8 comments:

  1. Mimpi memang main tidur tapi ada sesetengah mimpi boleh jadi kenyataan dan membawa ke arah kebaikan..Kadang-kadang Tuhan nak beri petunjuk pun melalui mimpi..

    p/s : Zombie..saya terbayang game zombie pulak..hehe..maaf.

    ReplyDelete
  2. @Nurul Aini ^_^ saye pun terfikir macam tu jugak..

    takpe..hehe..

    ReplyDelete
  3. CIk Que boleh jadi bomoh ni...hee..

    ReplyDelete
  4. Bg M mimpi hanya mainan tidoq ja..kecuali mimpi ahli2 sufi dan Nabi...

    ReplyDelete
  5. tu la kadang2 ciksu anggap mcm petunjuk.suami kata mainan tido je tu.
    bulan nov hari tu ciksu mimpi UPT ciksu positif ngandung..huhu

    mlm kelmarin ciksu mimpi usap perut org mengandung..

    ReplyDelete
  6. @QasehnyaRania mgkin tu petunjuk kot..kita mane tau kan..sb kdg2 mainan tidor ni ade bagi kita petunjuk..

    ReplyDelete

Hai korang..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi komen entri ni..

Lepas ni saya akan terjah blog anda pulak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013