Minyak RM30


Hai alls...

Hari ni aku nak share satu cite untuk korang bacekan lah ye..


Seorang gadis yang baru sahaja mendapat lesen kereta membawa keretanya untuk keluar berjalan-jalan. Di pertengahan jalan, meter minyaknya berkelip menandakan minyak keretanya semakin berkurangan. Lalu dia pun terus menghala ke stesen minyak untuk mengisi minyak buat kali pertama dalam hidupnya.

Gadis : "Bang, minyak RM30, pam no.2 !"
Kaunter : Ok !

Lalu gadis itu tadi berlalu pergi ke keretanya. Melihat ke arah pam minyak yang menunjukkan nilai RM3, lalu gadis itu mengomel sendirian dan tapa berlengah dia menuju ke kaunter semula.

Gadis : "Bang, saya nak isi minyak RM30!"

Kerana kaunter terlalu sibuk, dia tidak diendahkan. Dengan rasa bengang, gadis itu bersuara semula dengan nada yang tinggi.

Gadis : "Abang, saya nak isi minyak RM30, kenapa abang tekan RM3? Dah la tak nak layan saya cakap ! Abang ni rasanya tak patut duduk di kaunter hadapan macam ni !"
Kaunter :  "Boleh tak adik angkat nozel minyak tu dahulu, kemudian baru datang jumpa abang!"

Gadis itu pun menurut kata abang kaunter dengan perasaan yang masih bengang. Selepas mengangkat nozel, mucung nozel di hala ke lubang minyak kereta lalu minyak pun keluar mengikut nilai yang telah dibayar gadis itu iaitu RM30. Dengan rasa yang tersangat la malu, gadis tersebut pun berlalu pergi.


p/s : bertanya dahulu sebelum menghambur kata kasar..


6 comments:

  1. hihihi..funny..mesti tak tertahan malu kan..cnfirm tak pegi isi minyak kat situ dh.. :)

    ReplyDelete
  2. @Mimie Najib hehehe..malu tak terkate..mmg tkkn pegi sane lgi kalo nk beli minyak..=D

    ReplyDelete
  3. malunya..rasa nak sumbat muka dalam tong..hehe..sangat-sangat malu.

    ReplyDelete
  4. @Nurul Aini hahaha..=D tak dapat bygkan kalo muke sumbat dalam tong..hahahaha..=D

    ReplyDelete
  5. hahah tu mesti org sebelum tu isik rm3,,

    malukkk nyer,,pasni kompom isi tempat lain walaupon jauh,hihihi

    ReplyDelete
  6. @NORSHAHFEZA HAMSAN hehehe...nampak sngt gadis tu tak tau ape2..=D

    ReplyDelete

Hai korang..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi komen entri ni..

Lepas ni saya akan terjah blog anda pulak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013