Rahsia Kurus dari Seluruh negara


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Tadi aku mase aku belek-belek majalah lame, aku ade terbace beberapa tip rahsia kurus yang diamalkan oleh kebanyakkan negara luar dan mungkin korang yang nak kuruskan badan tu boley ikut mencuba juga tips-tips ni. Mane la tau kan kot-kot tips-tips ni berkesan ke..^^,


INGGERIS
Elakkan membeli dalam saiz besar & banyak walaupun murah 
Kebanyakkan jurujual di sana suka menawarkan saiz menu yang besar dengan harga yang sama. Bagi warga INGGERIS terutamanya golongan wanita mereka lebih suka mengambil dalam jumlah yang kecil kerana mereka menganggap seksi adalah identiti ukuran badan yang profesional.


BRAZIL
Nasi dengan kekacang
Menurut penelitian dalam jurnal Obesity Research mengatakan nasi yang dicampur bersama kekacang mampu mengurangkan risiko berat badan sehingga 14%. Dengan mencampurkan kekacang bersama nasi akan membuatkan makanan anda berserat tinggi dan rendah lemak, seterusnya dapat menstabilkan kadar gula dalam darah.


THAILAND
Kelebihan rempah
Thailand terkenal sebagai makanan yang pedas di seluruh negara. Cili padi yang banyak digunakan dalam masakan mereka memainkan peranan kepada proses metabolisme badan. Walau bagaimanapun, menurut James Hill, Presiden American Society for Nutrition mengatakan makanan pedas perlulah dikunyah secara perlahan-lahan. Ini untuk memastikan sistem pencernaan dapat memberi isyarat yang jelas ketika anda merasa kenyang.


INDONESIA
Berpuasa
Puasa daapt membantu anda melakukan detoksifikasi. Bukan sahaja mengawal makanan ketika berbuka, tetapi badan juga dapat menikmati makanan yang sesuai dan diperlukan. Dengan berpuasa dapat membuatkan gula dalam darah lebih stabil sehingga metabolisme badan mencapai tahap normal.


JERMAN
Jangan lupa sarapan
Sebanyak 75% orang JERMAN tidak pernah melewatkan bersarapan. Mereka mengambil makanan sihat, baik ketika di luar rumah mahupun di rumah. Biasanya mereka menikmati bijiran atau roti gandum bersama buah-buahan segar. Dalam program diet, sarapan adalah makanan pembuka yang boleh merampingkan pinggang. Dengan sarapan, anda juga tidak akan makan secara berlebihan ketika makan tengahari.


JEPUN
Jangan lupa tidur siang
Menurut James Maas dari Cornell University mengatakan penduduk Jepun sanggup menggunakan masa sekurang-kurangnya 20-30 minit setiap hari untuk tidur waktu siang. Manakala penulis buku Power Sleep pula menjelaskan tidur yang berkualiti akan membuatkan berat badan berada pada tahap ideal. Ini kerana, apabila seseorang itu kurang tidur, hormon meningkat. Salah satu manfaat yang sudah terbukti kesannya, mengikut kajian peneliti adalah tidur mampu membuatkan perut anda menjadi rata.


BELANDA
Berbasikal membakar lemak
Basikal adalah pengakutan utama di BELANDA. Dengan mengayuh sejauh 871km/tahun, aktiviti ini dianggap tidak menyusahkan kerana mereka menggunakan basikalke mana sahaja mereka pergi. Berbasikal juga merupakan salah satu latihan kardio yang mampu membakar lemak dengan lebih cepat dan menyihatkan jantung.


INDIA
Sentiasa makan di rumah
Kebanyakkan masyarakat INDIA menggunakan 5% wang untuk makan di luar. Tujuannya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Biasanya dengan makan di rumah, ia dapat menjamin makanan yang masuk ke dalam badan adalah makanan sihat. Penelitian membuktikan jumlah obesiti menigkat kerana dipengaruhi oleh pengambilan makanan di luar rumah seperti di restoran makanan segera.


Tak salah kalo nak mencuba tips-tips ni. Mane la tau kan kalo tips-tips ni dapat membantu korang yang ingin menguruskan badan. Sekaligus dapat membantu korang mengurangkan berat badan. Aku cume berkongsi maklumat ape yang aku rase boley memberi manfaat untuk kite sume. Bak kata pepatah, "Sharing is caring".



16 comments:

  1. waa..bagus perkongsian ilmu nih..tp dik, akk ni sememangnya kurus dari dulu..naik sekejap, pastu turun balik..bak kata orng, 'makan hati + bnyk pikir'..ermmm..mcm2..

    ReplyDelete
  2. nice sharing cik que,,

    kalau malaysia xhade ke? =p

    ReplyDelete
  3. @nur anis cer cube tips-tips ni..mane tau boley kurus..=)

    ReplyDelete
  4. @Mimie Najib emm..kalo tak silap sye kak, kalo camtu normal kot..hihihi..=)

    ReplyDelete
  5. @NORSHAHFEZA HAMSAN malaysia tu tau pulak..sb takde dlm senarai yang cik Que tengok..hihi..=P

    ReplyDelete
  6. Betullah tu... kalau puasa, exercise mesti boleh kurus ...cuma malas je kan!!!

    ReplyDelete
  7. @hainom OKje hihi..betul tu okje..kalo rajin, mmg berhasil la ape yang diusahakan..^_^

    ReplyDelete
  8. ala..malaysia punye tips takde? :p hahaha..Msia kaya mkanan tu xde tips dh nk bg kurus :D

    ReplyDelete
  9. @ayut hahaha..=D tips-tips nak menggemukkan mungkin ade kot..hehehe..=P

    ReplyDelete

Hai korang..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi komen entri ni..

Lepas ni saya akan terjah blog anda pulak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013