3 perkara yang sangat dielakkan ketika bawak moto


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Memandangkan aku baru je lagi menceburi diri dalam bidang cari duit ni, memiliki moto pun kira oke dah bagi aku. Lagipun dengan moto aku boley pergi mana-mana je. Nak turun keja pun tak payah jalan kaki jauh-jauh lagi dah. Kiranya bersyukur sahaja dengan apa yang ada.

Aku bukan nak cerita pasal aku merempit la ye. Hihi..Sebenarnya aku cuma nak cerita 3 perkara yang sangat aku elakkan ketika aku bawa moto ni. Yela kan, moto ni bahaye..tak macam kereta. Silap sikit bawak boley melayang nyawa.

Berikut 3 perkara yang sangat aku elakkan ketika bawak moto ;

1. Ular melintas

Korang mesti geli ngan ular kan. Aku lagi la geli. Dulu aku pernah eksident disebabkan ular. Ular senduk pulak tu. Mase tu aku nak turun kerja. Dah siap makeup, pakai baju kurung santek-santek, tup-tup tengah jalan eksident. Nasib skirt baju kurung aku tu tak koyak. Kalo koyak pun takde hal sangat pun daripada dipatuk ular senduk tu. Yang paling buat aku rase macam seram-seram sejuk, nasib baik aku tak terjatuh atas ular senduk tu. Cube korang bayangkan camne kalo aku terjatuh atas ular senduk yang dah menukarkan kepale dia ala-ala senduk tu. Harap-harap bawak moto pasni tak jumpe menatang ular ni. -_-'


2. Dikejar anjing

Kena kejar ngan anjing ni pulak paling buat aku rase geram sangat. Yela, kalo dah kena kejar ngan menatang ni memang kita pulas minyak laju-laju. Tambahan pulak dengan muke gabra semacam, tak toleh sane sini, confem masuk parit pastu. Dulu aku pernah dikejar anjing. 10 ekor mengepong aku seorang. Mase tu eksident jugak aku. Isk..nasib aku tak masuk parit. Eksident pun sebab aku belok secara mengejut dan dalam masa yang sama sebab aku nak elak berlanggar ngan moto lain. Sebab tu sekarang kalo aku lalu je depan tempat yang ade anjing aku memang dah bekal batu besar. Senang aku nak baling kepale anjing tu. Hihi..


3. Anjing @ kucing melintas jalan secara tiba-tiba

Setakat ni aku tak pernah lagi terlanggar & ter'eksident gara-gara menatang ni melintas jalan. Mintak-mintak dijauhkan lah. Aku selalu tengok menatang ni mati tepi jalan disebabkan dilanggar. Kadang-kadang tu aku tengok ade bangkai menatang ni dibiar dipenyek kereta lalu lalang. Isk..teruk betul kan. Kalo aku ade terjumpa bangkai menatang ni tengah jalan, memang aku alihkan kat tepi jalan. Bukan ape, tak sanggup tengok diorang hancur berkecai akibat dipenyek kereta lalu lalang.

pic from google

p/s : Sebenarnya banyak lagi perkara yang sangat aku elakkan ketika bawak moto ni. Tapi aku cume cerite 3 je.

 

22 comments:

  1. hihihi..senyum Kak baca N3 Cik QUe ni.. hati2 tau bawa motor..
    Kang takut terjumpa en biawak melintas plak...haha... :)
    Take care!

    ReplyDelete
  2. saya pernah sekali, anak beruang melintas...scary!!! nasib dia tak kejar..kalau tak kompem habis pusing dah minyak..

    ReplyDelete
  3. @nur anis huh..anak beruang la..lagi dasyat dari cik Que la ni ye..hihihi..=D

    ReplyDelete
  4. Saya pernah terlanggar ular... Mengeletek ular tu... Sian dah sampai ajal dia kot.

    ReplyDelete
  5. Ular dah memang selalu sangat menjadi korban motor Nina..haha

    ReplyDelete
  6. @Siti Saleha ye la kan..kalo dah terlanggar, kesian pulak kita menengoknya..huhu..

    ReplyDelete
  7. @Nina wah, ini kira terbaek dah ni..hihihi..cik Que tak pernah lagi korbankan ular2 ni..huhu..

    ReplyDelete
  8. no 2 tu slalu je jd kat ayut..hahahaha..smpi crik jalan len :D

    ReplyDelete
  9. @ayut hihi..kalo takde jln len ssh gak..tpksa la bawak bekal batu..hihihi..=D

    ReplyDelete
  10. bahaya kan kalau tetiba ada binatang melintas...
    pernah bonceng moto ngan pak sedar, pastu tetiba nak elak kambing melintas.. last2 terbabas kat situ... nasiblah pak sedara bawa slow aje time tu..

    ReplyDelete
  11. penah skali ular melintas perghhh mau terangkat kaki din fuhh ==

    ReplyDelete
  12. Hati2 Cikque..jangan merempit tau

    ReplyDelete
  13. Yelah cik que boleh jadi panic jugak kalau binatang tu tiba-tiba melintas..... sah sah tergolek dok!hehe

    ReplyDelete
  14. tu takpe lagi... jangan hantu yang melintas. terus pengsan kat situ juga.... uwaaaaa..

    ReplyDelete
  15. @miz ruha btul tu kak Ruha..mmg bahaya sangat kalo menatang melintas jln scra tiba2..

    nasib baik takde pape kan kak Ruha..

    ReplyDelete
  16. @D i n tu kira ok tu Din..kalo tergolek sb terkejut tu jdi KO pulak cerita..hihihi..=D

    ReplyDelete
  17. @Si Matatajam wokey kak M..tak merempit punye..hihi..=D

    ReplyDelete
  18. @hainom OKje hehe..terus tergolek dalam hospital pastu..hihihi..=D

    ReplyDelete
  19. @Mia Liana huhu..mintak2 takde la hantu melintas..maunya sebulan tak keluar rumah..hehehe..

    ReplyDelete
  20. lagi satu kalau biawak melintas
    pastu kena ludah org kata tak elok kalau biawak melinta.
    tp tgk jugak dari kanan ke kiri atau kiri kanan.lupe dah ;D

    ReplyDelete
  21. cik que, lagi bahaye kalau babi melintas tau, saye pernah kena tp time drive kete,,punyelah paut stereng nk elak, nasib baik xde kenderaan lain

    ReplyDelete

Hai korang..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi komen entri ni..

Lepas ni saya akan terjah blog anda pulak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013