Antara ciri-ciri Kawan Baik


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Hari ni entry aku berkisar tentang Kawan Baik. Korang mesti ade kawan baik kan? Baik tak kawan korang tu? Adakah kawan baik korang tu jenis yang masih bersama korang masa korang susah?

Disini aku nak selit sikit cerita pasal aku ni. Sebenarnya aku tak pasti sangat aku ni ade ke tak kawan baik. Tapi serasa aku takde kot. Kalo ade pun cume mak aku tu je kawan baik aku. Yang tu sememangnya kawan baik selamanya la. Tapi kalo kawan baik kawan tu aku rasa macam takde je. Musti korang fikirkan aku sombong kan? Mane ade..aku bukan jenis orang camtu la. Aku jenis yang suke berkawan ngan sape-sape. Tak kira la laki ke ompuan ke, asal diorang baik ngan aku. Nak tau ape sebab aku takde kawan baik? Tunggu next entry wokeyh..Dah berjela pulak aku nak cerita dalam entry ni. >_<

Oke, back to topic. Aku nak senaraikan beberapa ciri-ciri kawan baik memandangkan tadi aku ade terbace dalam 1 buku. So, apa salahnya aku share-share kan kat sini.

Berikut antara ciri-ciri kawan baik :

  • Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. 
  • Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
  • Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk membuat kebaikkan.
  • Kawan yang baik adalah orang yang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
  • Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
  • Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan akhirat di dalam doanya.
  • Kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
  • Kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.


p/s : Jarang kita berjumpa dengan kawan baik yang bersama kita di waktu kita susah. Tol tak?

20 comments:

  1. Sukarnya mencari kawan spt ciri2 yg cikque tulis.
    Pic kucing tu dah banyak kali tersiar dlm blog, termasuk blog kakak..popular betul kucing 2 ekor tu!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Cik Que.. Akak ada kot kawan baik ni.. geng dr sekolah lg..
    erm.. tapi mmg susah kan nak cari yg betul2 "baik" ni?? :)

    ReplyDelete
  3. 1 dalam seribu tu. huhu susah tu. huhu

    ReplyDelete
  4. Setuju ngan ciri2 tu..tapi nak cari kawan baik umpama sebatang jarum yang berada dalam longgokan sekam...mmg susah sangat kan..

    ReplyDelete
  5. Itulah ciri2 rakan terbaik.. Tapi susahnya nak cari kan? Apa kata kita dulu yang latih diri agar memiliki semua ciri tersebut.

    ReplyDelete
  6. @Norhaizan hakim hehe..cik Que ambik dalam google je gmbr tu kak Zan..tak tau pulak gmbr tu popular..hihi..=D

    ReplyDelete
  7. @aTieYusof Family btul tu kak..^_^ mmg ssh nk jumpa kwn "baik" yg betul2 baik..

    ReplyDelete
  8. @Azriff Aziz btul tu..1 dalam sejuta kot..huhu..

    ReplyDelete
  9. @Nor Salmi btul tu kak..sume ni kene bergantung ngn diri sendiri..tpi kita x tau org lain pulak,.^_^

    ReplyDelete
  10. mmg tu la ciri2 kwn baik..tp skang ni susah nk cari kwn baik mcm tu

    ReplyDelete
  11. Biasanya kalau dah kawen, suamilah kawan baik ... kalau ada kawan baik pun cite masalah yg ringan2 je..

    ReplyDelete
  12. nak mencari kawan yang macam tu memang susah.. tu r masalahnye.. kadang2 sendiri pun tak leh nak jadi kawan yang macam tu untuk orang lain kan..

    ReplyDelete
  13. terlalu sukar utk mecari seperti di atas..

    ReplyDelete
  14. untung kalau dapat kawan yang baik kan..:)

    ReplyDelete
  15. setuju... tapi untuk mencari kawan baik sekarang sangatlah payah...

    ReplyDelete
  16. nice info sis.. thanks share..hehe
    nk cri kwn yg btl2 baik kat dunia ssh sikit. tapi tak mustahil ada kan..hurm

    ReplyDelete
  17. Wanieys a.k.a IbuQalief : btul tu..skrng ni kalo ada kwn yg ade ciri2 camtu mmg sngt awesome..tpi mslhnya jrng jumpa kwn yg bercirikan mcm yg tersenarai kat ats..

    Hainom OKje : btul tu kak okje..kalo dh kawen tu mmg suami la kwn baik. Tapi kalo yg belum kawen tu, takde suami nk jadi kwn baik..hihihi..

    Kay_are : btul tu..rasa2nya sorang2 lagi best kot..hihi..

    QasehnyaRania : btul tu..^__^

    nur anis : a'a..untung sangat kalo dpt kwn baik yg mcm tersenarai kt ats..:)

    miz ruha : btul tu..skrng dh tak mcm dulu..semuanya brbh..=)

    PILOT LOVER : wc..^__^

    ReplyDelete
  18. zaman skrg ni mcm xwujud jek semua tu hikhik

    ReplyDelete

Hai korang..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi komen entri ni..

Lepas ni saya akan terjah blog anda pulak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013