disebabkan sikap sambil lewa


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Hari ni seperti biasa update blog & blog walking. Apa yang terlintas dalam fikiran cepat-cepat dijadikan bahan cerita dalam blog. Lagipun rasa-rasanya apa yang nak diceritakan mungkin boleh memberi iktibar & pengajaran. Dan takde niat pun nak kutuk sape-sape. Tapi kalo ade yang terase tu, aku dahulukan dengan ampun maaf dipinta lah ye.

Pagi-pagi dah dengar ayah mengomel. Sambil aku sebok nak turun kerja, sambil tu jugak telinga aku mencuri dengar. Dengar punya dengar, rupanya ayah mengomel pasal dia sakit sendi tulang di kedua-dua bahu dia. Patut lah ayah selalu je mengadu sakit bahu sebelum ni. Ingatkan cume letih disebabkan dia bekerja. Hal ni diketahui pun lepas ayah pergi jumpa doktor pakar di emergency. Menurut kata doktor yang ayah jumpa, setelah bahu ayah discan untuk xray, didapati sendi tulang ayah seolah-olah lari dari kedudukan asalnya. Maksudnya seolah-olah tercabut. Aku tak reti sangat macam mana nak explain memandang aku tak terer subjek sains. Harap korang faham lah ye..

Rasa-rasanya ayah dah lama dah sakit bahu. Kalo tak silap, selalu lah jugak dia ulang alik pergi klinik pesakit luar sebab nak merawat sakit bahu dia. Memang kitorang ingatkan ayah sakit bahu biasa disebabkan urat bersimpul. Maklum la, ayah kerja berat-berat sebelum ni. Setiap kali ayah pergi klinik tersebut, mesti diberi ubat.

Apa yang aku nak sampaikan kat sini, doktor yang merawat ayah di klinik tersebut seolah-olah bekerja dengan sikap sambil lewa je. Kenape aku cakap macam tu? Sebabnya, diorang dah tau ayah sakit bahu tak sembuh-sembuh, buat ape diorang bagi ubat. Makan ubat tak jugak sembuh-sembuh, kena la kaji @ selidik apa yang menyebabkan ayah sakit bahu. Kalo setakat bagi ubat memanjang je, macam mane nak sembuh. Lagipun kerja doktor ni dah memang tanggungjawap diorang untuk merawat pesakit, jadi kena la jalankan tanggungjawap tersebut dengan sewajarnya kan.



Dan bagi pendapat aku la, patut lah banyak kes kecuaian yang melibatkan kerja-kerja macam ni semasa bertugas. Disebabkan sikap sambil lewa. Kalo tak bersikap sedemikian rupa, agak-agak ade tak kecuaian berlaku? Takde kan..


p/s : bersikap sambil lewa memudahkan kita untuk cuai. *peringatan untuk diri sendiri 



13 comments:

  1. Erm.. betul tu cik QUe.. sllu terjadi kes kelalaian di hospital kerajaan..huhu..sbnar nya akak kerja di hospital..mcm2 yg akak tgk & dengar..huuhu

    ReplyDelete
  2. @aTieYusof Family cik Que pun selalu dengar kak..sikap sambil lewa mmg mudah untuk melakukan kelalaian..

    ReplyDelete
  3. exactly, dorang ni mmg suka buat acuh tak acuh, especially kalau pesakit yg tak banyak kerenah atau cerewet, ur dad baik sangat kot, tak reti marah2.

    ReplyDelete
  4. Mudahan lps ni perkhidmatan depa lebih baik. Moga ayah cik que cpt smbuh.

    ReplyDelete
  5. @Nastyna btul tu..kdg2 sikap mcm tu la boleh menyebabkan diorg selalu kena komplen..pastu nak salahkan org lain pulak.

    ReplyDelete
  6. @Siti Saleha terima kasih doakan ayah cik Que ye kak Ya..^_^

    ReplyDelete
  7. mudah-mudahan ayah alia cepat sembuh... :)

    ReplyDelete
  8. Mmg pun...agaknya Susan kot procedure dia kalau recommend gi pakar...tu yg selagi boleh bagi ubat je..

    ReplyDelete
  9. biaselah tu cik que, dieorg memg ambik smbil lewa tau,,nnt kalau dh teruk bru nk sibuk, bru nk wat rawatan,,padahal sepatotnya rawatan tu kena dr awal

    ReplyDelete
  10. @miz ruha terima kasih ye kak Ruha.. :) syg kak Ruha..^__^

    ReplyDelete
  11. @hainom OKje mgkin kot..cik Que pun tak tau sangat psl ni..huhu..

    ReplyDelete
  12. @NORSHAHFEZA HAMSAN btul tu..lagi teruk sikap diorang suka ambil lewa tu kdg2 boley meragut nyawa org lain..

    ReplyDelete
  13. hmm. depend gak r.. ade sesetengah yang camtu dan ade yang sesetengah lagi dr yang btul2 ok.. ape pun, semoga sakit bahu ayah tu sembuh ye..

    ReplyDelete

Hai korang..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi komen entri ni..

Lepas ni saya akan terjah blog anda pulak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013