Penyebar hari kiamat ditumpas


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Minggu lepas ada satu berita menyatakan bahawa dunia akan mengalami kiamat pada 21 Disember 2012. Aku memang tak percaya la dengan berita-berita camni, apatah lagi diorang pandai-pandai buat ramalan diorang sendiri.

Sekarang penyebar hari kiamat tersebut telah pun ditumpas pihak berkuasa.

BEIJING: China menahan berpuluh-puluh orang sesetengahnya anggota kumpulan kultus dalam operasi besar-besaran bagi mematahkan khabar angin mengenai kedatangan kiamat, lapor media, semalam.
Pihak berkuasa di lima kawasan berasingan menahan 52 orang kerana menyebarkan khabar angin kononnya kiamat berlaku pada 21 Disember ini.

Agensi berita Xinhua melaporkan, dakwaan itu dibuat kerana kepercayaan mereka kepada kalendar suku Maya.

Jangkaan “kiamat” mendapat laporan meluas di China, antara lain disebabkan kejayaan filem Hollywood, 2012, yang dihasilkan berdasarkan ramalan suku Maya. Antara yang ditahan termasuk 34 orang di wilayah Fujian dan dua di Wuhan ketika mereka menyebarkan risalah mengenai “kiamat” di tempat awam.

Polis Chongqing berkata, khabar angin mengenai “kiamat” itu tersebar menyebabkan masalah kepada orang ramai dan mengganggu keamanan. Sebuah kumpulan Kristian yang dikenali sebagai Almighty God dan dilabel media tempatan sebagai kultus sesat turut menjadi sasaran.


Laporan menyebut, puluhan orang ditahan minggu lalu. Seramai 37 anggota kumpulan itu ditahan di Qinghai.

Mereka meramalkan, “tiga hari kegelapan” bermula pada 21 Disember ini. -AFP

Sumber : Ini


16 comments:

  1. ada2 jak dorang ni kan Cik Que...
    tak pasal2 masuk lokap...huhu

    ReplyDelete
  2. Macam-macam zaman sekarang...nak glamer ke apa?

    ReplyDelete
  3. Dah pernah dengar sebelum ni....bukan tahun aje tahun dulu dulu pun ada!
    So sanggup ke kita nak menghadapi keadaan huru hara masa tu.... Ya allah takutnya!!!

    ReplyDelete
  4. mcm2 la..bila kiamat tu Hanya Allah S.W.T yg tahu

    ReplyDelete
  5. benda-benda macam ni tak boleh percaya sangat...hari kiamat tu kan hanya ALLAH je yang tahu..hurmm..

    ReplyDelete
  6. @aTieYusof Family ye la..benda yg kita sume tak tau diorg pandai2 bt ramalan sendiri..

    ReplyDelete
  7. @Kak Mahh mgkin diorg sengaja nak huru hara kan dunia kot..

    ReplyDelete
  8. @hainom OKje btul tu..sblm ni pun ade jugak cite mcm ni..

    ReplyDelete
  9. @nur anis btul tu..diorg saja je bt huru hara..

    ReplyDelete
  10. akk tak suka betul cite2 mcm ni..karut marut je..yng pasti kita sbg orng islam, percaya la kuasa Allah itu lebih besar..

    ReplyDelete
  11. @Mimie Najib btul tu kak..setuju sangat dgn apa yg akk cakap tu..^_^

    ReplyDelete
  12. hari kiamat itu pasti...bila..hanya Allah mengetahui...kite wajib percaya kiamat itu pasti datang cuma tak tahu bila...

    ReplyDelete
  13. @ayut btul tu..tiada sape2 yg dpt bt ramalan tu selain dari Tuhan sb Dia maha mengetahui..^_^

    ReplyDelete

Hai korang..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi komen entri ni..

Lepas ni saya akan terjah blog anda pulak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013