tiada lagi kamu (no more you)


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Lepas je blogwalking baru nak buat entry. Rasa-rasanya ni dah dikira aktiviti harian kot. Mane taknya, bukak blog..pastu balas komen..pastu blogwalking...pastu buat entry. Tu pun kalo ade idea sangkut baru taip-taip. Idea sememangnya ada, tapi bila je nak mula taip-taip habis idea lari bertempiaran. Leceh betol. -_-'

Dalam entry aku beberapa hari lepas, entry aku ade menceritakan sedikit tentang ex or bekas jerawat pakwe.  Belum bace lagi? Tengok SINI, SINI dan SINI. Kurang jelas kan..dan sebab tu la aku nak ceritakan sedikit sebanyak dalam entry hari ni. (takde sape nak ambik tahu pun, tapi aku nak cerita kan jugak..)

Aku mengenali ex aku dulu hanyalah sebagai seorang kawan. Dan tak lama pastu dari berkawan terus bertukar menjadi bercinta..--> kononnya laaa..Sepanjang perhubungan kitorang tu aku tau yang ex aku tu seorang duda anak 1. Waktu tu aku takde nak kisah sangat la pasal tu sume. Al maklum la..tengah hangat bercinta katakan. Ibarat falsafah cinta yang aku cipta sendiri "Bau taik pun boley jadi harum". Eh. Ade ke taik bau harum? Ish..

Hubungan kitorang rasa-rasanya hanya bertahan setengah tahun saja. Kira tempoh yang boleh dikatakan agak lama lah jugak. Tapi dalam tempoh tu tak cukup untuk aku mengenali sepenuhnya hati budi ex aku tu. Kitorang terpaksa berpisah atas sebab-sebab yang sangat kurang jelas bagi aku. Mula-mula tu memang aku tak terima perpisahan kitorang, sebabnya aku fikir takde sebab kitorang nak berpisah. Terlalu sukar untuk aku terima kenyataan untuk berpisah tanpa sebab yang munasabah. Agak lama jugak aku bermurung kerana hal ni, tapi aku paksakan jugak hati untuk terima dengan redha perpisahan kitorang tu.

Kini ex aku tu seringkali menghubungi aku. Dalam masa tu jugak aku selalu terfikir..untuk apa dia menghubungi aku sedangkan dia jugak yang meninggalkan aku suatu ketika dahulu. Walaupun tak terucap dek kata untuk apa dia menghubungi  aku, aku dapat mengagak apa kah sebabnya. Dan disebabkan sebab itu, tak mungkin untuk aku kembali kepada dia kerana aku dah ada teman pengganti dia. Dan bagi aku tiada lagi dia untuk hidup aku.

pic ulang tayang

p/s : ajal, jodoh di tangan Tuhan.



18 comments:

  1. betul ajal maut, jodoh pertemuan di tangan tuhan..hehe,,bekas "jerawat" tu nanti boleh pulih.

    ReplyDelete
  2. better jgn berhubung..wlupun skrg kita ckp tidak,hati mgkn berubah akn dtg..lg2 klu dia sntiasa berhubung...tak syok kot...

    ReplyDelete
  3. Mungkin ada yang lebih baik untuk Cik Que.. tak perlu di ingat lgi kisah2 lalu.. mulakan hidup baru k..:)

    ReplyDelete
  4. mungkin itu yang terbaik buat alia dan ex...
    berpisah...
    jodoh dan maut ditangan Allah...
    harus yakin dan percaya... :)

    ReplyDelete
  5. @Nurul Aini hehehe..tapi ambik mase lame la jugak jerawat nak pulih tu..hikhikhik..=D

    ReplyDelete
  6. @ayut akan cik Que cuba untuk elakkan berhubung dgn dia lagi..huhuhu..

    ReplyDelete
  7. @aTieYusof Family :) ye kak..kisah lalu jadi iktibar..^_^

    ReplyDelete
  8. betul tu..jodoh pertemuan di tangan Tuhan kan..:)

    ReplyDelete
  9. Oo cam tu eh que...kalau dh jelas ada udang disebalik mee ...tak yah...gud bye je.. Tapi kalau baik..beragama dan KAYA....duda pun belasah je...he.he..

    ReplyDelete
  10. setuju,,ajal maut dtangan Tuhan,, xsemestinya kita baik2 mksudnya nk smbung hubungan tu kn cik que

    ReplyDelete
  11. @hainom OKje hehehe..terbaekk la akk okje ni..hehehe..suh cik Que main belasah ye..hehehe..=P =D

    ReplyDelete
  12. @NORSHAHFEZA HAMSAN btul tu..tak smstnya kita baik2 ngn dia, kita nak kembali kat dia..huhu..

    ReplyDelete
  13. biase r tu.. bile dah hilang baru r nak sedar betapa berharga nye sesorang dekat sisi die tu dulu.. ape pun, just move on je sudah kan.. name pun ex.. biar je r die.

    ReplyDelete
  14. xkn la dh meludah nk jilat balik ye x?

    ReplyDelete
  15. @Mimie nth la kak..mngkin nk jilat balik kot..huhu

    ReplyDelete

Hai korang..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi komen entri ni..

Lepas ni saya akan terjah blog anda pulak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013