Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3 by Miss Z

Hai reader sekalian....

Aku nak join segmen ni,.sebab aku rase dengan join ni mane la tau boleh tumpang sekaki tambah follower..yer dak..hehehee..rase addict la pulak nak join-join bende camni..rase nak-nak je..hehee..^_^

oke, straight to the point ;

1st of all, follow dulu blog miss Z


Jangan lupe letak banner ni yew..

Letakkan link entri korang ke ruangan komen entri Miss Z ni..

*aku join segmen ni sebab suke-suke...di samping itu jugak mane la tau aku pun boleh tambahkan follower aku secara tak langsung..hehee...lagipun aku rase seronok sangat sebab dengan join segmen macam ni aku boleh kenal banyak lagi kenalan..^_^

*Jumlah follower aku baru je 29 orang sebab aku new blogger..
*Aku from Sarawak..

Salam perkenalan aku ucapkan untuk korang semua...
Kepade sape-sape yang belum join tu, join la yew..


GA : SYAWAL GIVEAWAY Tira


Hai reader -reader...^_^

Jom kite ramai-ramai join contest ni yew..

 Syarat-syarat:

*Nak join kena la follow blog tira oke..?

*Pastu like page ni..

*Bagi sape-sape yang ade twitter tu follow twitter tira oke..kalau takde takpe, sebab tira cakap tak wajib..^_^

*Dah selesai memfollow tu, jangan lupe like fanpage tira..

 *Buatkan entry korang tu yang bertajuk "GA : SYAWAL GIVEAWAY"

*Linkkan entry korang tu ke bahagian komen yew..tira cakap, kalo cbox dia tak layan..ngee..

*Tag minimum sorang member korang oke..

TAMBAHAN:
GA ni ditaja oleh broblogger.net . Jom la terjah..

PEMILIHAN PEMENANG
Tira gune random..
Peserta pertama & kedua akan diberi hadiah misteri.
Senarai peserta akan dipublish sekiranya lebih 30 orang.

TARIKH TUTUP
Tira belum tentukan lagi, tapi takpe, tira cakap yang penting join..




Merdeka Awesome Giveaway By Rochelle Liong

Hai semua reader....

Aku tak tahu camne nak buat @ join bende ni...tapi aku nak jugak buat..walaupun ade ckit blur dalam pale aku ni..hahaha...

Jangan lupe copy banner ni ye kawan-kawan..
 *Merdeka Awesome Giveaway By Rochelle Liong - 31/8/2012*

Kalo nak join, klik sini oke ---> Rochelle Liong.

Jangan lupe ye follow blog Rochelle Liong

Pastu wajib tengok ---> merdeka7x

And then wajib like dua-dua page di bawah :
1. Chocolate Vochelle official fanpage

2. Users of Personal Blog

Selepas done semua, korang subcribe Rochelle Liong kat pesbuk, bagi memudahkan korang, (senang untuk dia inbox kalo korang menang, hehee..)

Pastu jawap soalan :

1/ Berapa jalur pada Jalur Gemilang?
- Aku jawap 14 jalur semua..

2/ Berapa warna pada Jalur Gemilang?
- Aku jawap 4 warna..

Jangan lupe tinggalkan komen beserta emel dan pesbuk korang..

Lastly, tag 5 orang atau lebih rakan bloggers dan pastikan diorang tau..(Top referrel)


Ngantok vs lapo

Hai reader....

 Aku ngantok ni..dah la perut aku kebulur la sangat...kalau digabung jadi tokpar (ngantuk perut lapar) hahahaaa..

Dalam hotak aku bile dah sampai rumah nanti, nak mencekik puas-puas..pastu cekik orang..sebab lapo nak mampuih...hahaha..aku lapo sebab tak makan (eh, itu pun nak bagitahu jugak ke..hahaha..) Aku sekarang belajar nak save bajet..belajar berjimat cermat seboleh yang mungkin. Tu pasal aku lapo ni..huhuu..yang tu aku x kisah sangat...yang aku kisah la sangat-sangat ni, aku ngantok giler sekarang. Rase nak tido, mata pun dah terkebil-kebil ni..tapi aku tahan je..sebab aku tengah duty kerja. Kalo bos takde komfem aku dah tido bawah meja...hihihihihi...Aku ngantok ni bukan pasal aku ni kutu rayau ek,.jangan salah faham semuanye...aku ngantok pun bukan pasal ngadap pesbuk. Aku ngantok pasal ade orang ganggu aku tido malam tadi..orang tu duk main miscol-miscol aku, punye la aku geram la sangat. Rase nak mengamuk pun ade bila ade orang kacau aku tido. Nasib aku tak baling henpon aku pegi dinding. huh..

Bangun je pagi tadi, aku tengok jam..sepatutnya aku dah otw turun keja dah time tu..apelagi, aku pecut la gi mandi siap-siap pastu terkocoh-kocoh turun keja..that my story today...

Aku nak bagitahu korang....aku ngantok sangat ni....huargghhh...=_______=' nak tido jap...gudnite (belum malam lagi ni wei..)

Alasan Si Rempit

Hai semua....

Betul ke rempit lebih pames dari artis? Biar betul...tapi rasanya betul kot, sebab ari-ari ade je cite pasal rempit ni kan..Kenapa merempit? Sedarkah diorang merempit itu lebih bahaya dari hutang dengan along..hehee..

Berikut alasan si rempit ;

1. Sebab keturunan pendekar, pantang dicabar. Apalagi bila motor kena kutuk macam beskal buruk, maka tanpa dirancang terjoin la pulak arena perempitan.

2. Nak selamatkan awek yang kena rembat dengan geng lain. Kena menang race, kalau tak kompom awek tu jadi 'lauk'.

3. Motor baru bikin...tu yang nak try test power.

4. Takde duit, orang kata kalau jadi mat rempit boleh jadi kaya raya..tapi orang yang kata tu tak jugak kaya-kaya.

5. Teringin sangat nak naik roller coaster tapi takde duit maka dengan mencilok sana, cilok sini, layan jap...syoknye...sama macam naik roller coaster, free je..

6. Eh, yang ni despatch bukan mat rempit. Dia bawak laju sebab bosnya dah memekak surat asyik lambat sampai...hehehee..

diorang ni nak merempit jugak kot..hihihii..

Aku kesedihan...

Hai semua....

Arini aku cuti..(orang lain kerja, aku cuti) Nak dok rehat-rehat kat rumah, tapi member text ajak jalan-jalan. So tak jadi nak rehat-rehat. Mase jalan-jalan tadi belek henpon kejap, pastu tengok ade text. Bile je bace text tu, tibe-tibe rase kecewa, marah, sedih...(tak tahu nak jelaskan camne perasaan) Aku tak balas text tu..

Dahulu..,
Aku mengenali sorang mamat ni dan kitorang memang boleh dikatakan kawan rapat, walaupun baru je kenal. Aku sayang dia sebagai kawan rapat, dan sudah semestinya aku anggap dia ni macam adik-beradik aku. Tapi dia sebaliknya. Aku menolak secara baik sebab aku tak mo menjejaskan hubungan persahabatan yang telah terjalin. 1 tahun berlalu dan dalam tempoh tu memang aku tak pernah jumpe dia. Dan dalam tempoh tu juga bermacam-macam cerita yang aku dengar..dan cerita tu betul-betul menyakitkan hati aku..Sape tidak sakit hati kalo ada fitnah yang ditabur kepada diri kita dan orang yang menaburi fitnah tu adalah orang yang kita betul-betul dah anggap adik beradik. Aku betul-betul terkilan.


Aku harap dia sedar dan insaf atas semua perbuatan dia terhadap aku. Ape yang aku nak sampaikan kat sini, janganlah menabur fitnah hanya kerana marahkan sesuatu perkara.

Aku sedih.............T_T

Tanda-tanda korang tak pandai masak

Hai semua...

Sekarang dah tak macam dulu..zaman dah semakin maju semajunya. So, bermacam benda lah yang turut maju gak..Termasuklah nak masak kat dapur pun maju gak..ekekeke..dulu-dulu zaman mak-mak kite umur 8 tahun dah pandai masak..sekarang, umur 25 tahun (dah boleh jadi bini orang) tak jugak pandai masak..(aku pandai ckit je tau, tu pun masak untuk aku sendiri je..hahaha..)

Berikut tanda-tanda korang memang tak reti masak ;

1. Peti sejuk korang sarat dengan makanan sejuk beku yakni pek yang siap sedia dimasak, tinggal panaskan dalam oven aje.

2. Perkara paling utama dibuat untuk memasak ialah cari orang gaji.

3. Korang masak air dan tak tahu camne nak tahu air tu dah masak ke belum sebab rasanya masih sama aje.

4. Korang masih rujuk buku resepi walaupun menu yang sama pernah dimasak dah berulang-ulang kali dan korang disahkan tidak menghidap penyakit nyanyuk ke atau yang sewaktu dengannya.

5. Mak korang benar-benar memaksudkan yang korang tak pandai masak masa rombongan datang hendak memninang korang.

6. Nak potong bawang pun korang berpikir-pikir, nak potong bulat ke, tegak ke, melintang ke, kulit nak kena kupas ke. Aduuu...yaiii...!


Em..jangan sentuh barang tu oke..

Hai semua...

Awal-awal pagi dah aku rase nak marah-marah. (Marah nii..)

Aku tak tahulah, kenape ade orang yang tak reti-reti bahasa. Yela, signboard "Jangan Sentuh" dah terpampang besar kat depan mata tapi masih jugak nak pegang-pegang sentuh-sentuh. Nak cakap tak reti bace, tapi tulis kat registre book budak sekolah. (mungkin spesis memang x faham bahasa kot)

Kadang-kadang bile aku duk menong sorang-sorang, aku selalu lah terfikir ape yang menyebabkan diorang ni syok sangat nak sentuh-sentuh barang yang dilarang untuk disentuh.
Yang lagi lah membuat aku betul-betul heran, ade jugak orang dewasa yang gampang + bengap pun suka nak sentuh-sentuh barang tersebut. Dah pulak tu, golongan pelajar pulak tu..Eee..memalukan je...

"susah mau cakap ini orang.."

Meter oh meter

Hai semua....

Dah sebulan lebih dah tempat aku kerja dilanda "wiring system problem", baru arini diorang datang nak repair. Apela..tunggu dah ade lintar pintas berlaku baru cepat-cepat nak repair. Nasib tak terbakor..

Kalau tak silap aku, dah berpuluh kali dah kitorang col diorang, sebab nak inform pasal ni..tapi diorang seolah-olah tak ambik kisah je. Nasib aku masih boleh bersabar, kalo tak memang aku komplen. Biar diorang kene buang keje...(hahaha..gelak jahat)

Macam ni lah sikap orang yang suka ambil lewa tentang sesuatu perkara. Bila dah masalah lain timbul, baru sibok datang nak repair. Jangan sampai benda buruk berlaku sudah la..

Moral of story, "jangan suka mengambil mudah tentang sesuatu perkara biarpun perkara tersebut tampak mudah.

 
ada satu wayar dah hangus, tu la menyebabkan lintar pintas..

Kelebihan KOMPUTER berbanding dengan PENSIL

Hai semua....

Aku nak cerita ckit pasal komputer dan pensil. Antara komputer dan pensil sudah tentunya berbezakan. Sama ada rupa bentuk fizikal atau kegunaannya. Kelebihannya lebih memihak kepada komputer dalam penggunaannya berbanding dengan pensil. Walaupun antara kedua-duanya adalah alat untuk mencoret apa yang terlintas di kepala hotak pengguna..hehee..


Antara kelebihannya :

1. Kalau tulis surat guna komputer mahupun laptop, orang tak boleh nak cam tulisan sapa berbanding surat tulisan tangan guna pensil.

2. Dapat potongan cukai pendapatan dengan pembelian laptop atau komputer serta boleh mengisi borang cukai secara online.

3. Kalau korang buat kerja guna komputer walaupun secara malas tapi tulisan tetap kemas berbanding kalau menulis guna pensil..kompem bila suruh baca balikkorang pun tak paham.

4. Bila menulis guna komputer, boleh print berapa banyak pun dan failnya boleh disimpan dalam komputer. Berbanding dengan menggunakan pensil dan kertas yang lalu hilang, macamnak hilang nyawa jugak la nak recall apa yang dah ditulis.

5. Kalau tersilap tulis pada komputer tekan je key delete.Tapi bila guna pensil dan silap kena cari pemadam. Lepas tu habuknya pulak buat bersepah je.

6. Kononnya pensil mudah bila membuat nota walaupun ada komputer. Tapi pensil tak boleh guna bagi nota-nota berguna dan menyimpannya seperti komputer.

7. Komputer boleh menyimpan data dan mengingat kembali dengan daya ingatan yang boleh dipertingkatkan tapi pensil hanya sebatang lat untuk menulis je....

Jawapan selamat SMS

hai semua.....

Aku nak bagi ckit pendapat pasal sms yang sering digunakan bila terdesak..hehee..
Antaranya ;

#kalau yang SMS tu adalah emak atau ayah 

ALASAN :
"Maaf la mak ayah...henpon dalam beg tadi. Ni baru teringat nak call tapi emak dan ayah dah SMS dulu."

PADAHAL....tidur membuta sampai pukul 12 tengahari pasal tu lambat balas SMS mak dan ayah.

#kalau yang SMS tu kapel

ALASAN :
"Bateri henpon habis la cyg, charger pulak tertinggal dalam opis. Ni baru lepas pegi ambik, lepas charge terus SMS cyg."

PADAHAL....keluar pegi tengok wayang dengan kapel lain, takut kantoi sebab tu henpon dioffkan.

#kalau yang SMS tu kawan sejenis

ALASAN :
"Sori la, kredit aku takde nak balas, ni lepas topup baru boleh balas. Aku kabar baik, ko pulak macamana?"

PADAHAL....time tu bukan takde kredit tapi asyik berbalas SMS dengan teman. So SMS member sejantina tak nak layan tapi bila dah boring baru sibuk cari member.

#kalau yang SMS tu ketua pasukan

ALASAN :
"Sori geng, petang tadi masa aku on the way nak pergi training ada orang kena langgar, betul-betul depan aku. Aku tolong hantar ke hospital, henpon tertinggal kat rumah. Tu pasal tak SMS nak bagi tau. Sori ye.."

PADAHAL....takde sape-sape pun kena langgar, saja malas nak pegi training. Lepak kat rumah tengok dvd yang baru beli pagi tadi.

#kalau yang SMS tu abang kandung

ALASAN :
"Tadi tu dalam bilik kuliah, henpon silent mode, mana dengar nak angkat. Kalau dengar pun tak boleh angkat nanti kena rampas SMS lagi la...pasal tu la tak balas. Ni balas pun pasal break 10 minit sebelum tukar lecturer lain."

PADAHAL....tak angkat dan tak balas SMS pasal tengah dating dengan kapel. Kalau abang tau la tak pegi kuliah mau kena terajang.



amacam?pernah buat tak? hehee..^_^

Hey, i'm new blogger...!

Hai reader semua...

Sebelum tu, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada reader-reader yang ada terbaca CikQue blog yang tak seberapa ni..huhuhu..

Straight to the point ;

Setelah sehari suntuk berhempas pulas aku membuat blog ni, akhirnya siap jugak..(puas hati la sangat). Aku  nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada blogger lyssa faizureen, blogger jombinabelog, dan jugak blogger blog cik nurfarah kerana tutorial diorang banyak membantu aku dalam urusan membuat Cikque blog ni.

Daripada tidak tahu menahu, akhirnya aku jadi tahu menahu setelah banyak belajar melalui tutorial-tutorial diorang ni..sebenarnya sebelum ni, aku ada membuat 3 bijik blog, tp semuanya x menjadik..(sob...sob..sob...)

Apa-apa pun, aku berpuas hati lah sangat, sebab berjaya membuat CikQue blog ni (walaupun tak seberapa bagai) setelah 3 kali buat x menjadik. Betul la kata orang kn, usaha tangga kejayaan.


               P/S : bermulanya pengembaraan CikQue blog..yeahhh...!! ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013