Gara-gara broken english..


Hai all reader...smile always oke..^____^

Arini entry terupdate lagi..tapi sebenarnya, semalam dah aku nak upkan entry aku ni..tapi leka bace novel, sampai terlupa nak buat entry..hahaha..kalo boley pas ni aku nak update entry hari-hari lah...wee....walaupun idea sekejap datang, sekejap hilang, tetap upkan entry...melainkan kalo si broadband aku tu buat hal lagi, tak ter'up la entry aku..Nampak gayanya, mulai sekarang terpaksa la aku jimat-cermat pakai line broadband aku ni..leceh betol tau..iskkk..=.='

Broken english eh? Tau ke ape bende tu? Ala..yang speaking-speaking yang straight gitu-gitu..contoh, like banana fruit two time..hahaha..

Memandangkan kerja aku ni lebih kepada speaking, jadi aku terpaksa la kene speaking jugak..walaupun aku ni tak la terer mane speaking, tapi aku faham ape soklan-soklan yang orang ajukan kat aku..ok la tu kan, daripada tak tahu ape-ape..hehehee..

Cite ni dah lame dah, tapi baru arini nak keluarkan dalam entry..hehehe..(cite dah lapok, baru nak cite..) Dulu, 1st aku kerja memang kelam kabut je bila nampak mat minah salih datang tempat aku kerja..bukan ape, pasal aku takmo la nak ber'speaking dengan diorang tu..Bile diorang datang, aku senyum-senyum je. Dalam masa yang sama,. aku tak sedar yang aku diperatikan bos aku tu..satu hari, kene tegur la dengan bos aku tu. Oke, pasni tak buat lagi aku jawap kat bos aku tu..

Untuk kali yang seterusnya, ada sorang minah tua salih datang. Jadi, aku pun memberanikan diri la untuk bersuara. Dup dap kat jantung aku tu memang tak payah cakap la..memang seoalah-olah naik roller coaster je rase (walaupun aku belum pernah naik bende tu lagi). Aku cakap apa yang aku tahu je, tambahan pulak awal-awal dah aku sediakan skrip untuk aku ingat hafal apa yang perlu aku cakap. hahaha..sekali minah salih tu tanye soklan jauh meleset dari jangkaan aku, ape lagi aku tergagap nak cakap dengan dia..dengan muka penuh blur, last-last aku cakap yang aku tak berapa pandai sangat speaking-speaking..pastu dia cakap lagi, saya pandai speaking. (Erk..dia ni macam perli aku je..iskk..)



Lepas dari hari tu aku belajar la ckit-ckit berspeaking..aku malu weh..=='

P/s : Jadikan iktibar..hehehehe..

Cerita karipap


Hai readers...

Sebenarnya aku memang takde idea nak buat entry..tapi aku tetap nak buat entry jugak. Tak buat entry, kang blog terbiar camtu je kan..tadi, time aku walking-walking sambil tu gak aku memikirkan idea nak buat entry. Pikir punya pikir, tiba-tiba aku teringat cerita tentang karipap. Memandangkan time tu aku tengah makan karipap la jugak.

Oke, ceritanya begini..satu masa dahulu (macam cerita dongeng je..hahaha..), aku tengah tengok cite drama melayu kat tv. Syok jugak la tengok tv malam-malam sebelum tido..Selalunya kalo tengok tv sebelum tido confem mata aku cepat-cepat je ngantok...

Sambil aku tengok cite, aku makan la karipap. Time tu, karipap memang menjadi feveret kegilaan aku la. Sambil aku makan karipap, aku tengok cite kat tv. Cite yang aku tengok pun pasal karipap jugak. Cite genre seram ala-ala canibal.  Last-last aku pun stop makan, sebab tengok cite tu..stop pasal selera aku dah spoil tengok inti karipap diorang taruk daging manusia yang dicincang halus. Kadang-kadang aku memang berimaginasi lebih-lebih. Pasal tu la aku termuntah teruk sebab aku berimaginasi karipap yang aku makan berintikan daging manusia yang dicincang halus.

Start dari hari tu la aku fobia nak makan karipap. Asal je tengok karipap, memang terbayang la cite tu. Aku rasa dah setahun lebih camtu la aku takmo makan karipap. Sekarang pun masih fobia jugak, tapi aku makan ckit je la..bukan ape, teringin nak makan..hahaha..



P/s : jangan terlalu kuat berimaginasi, buruk padahnya..hahahaha..


#wordless wednesday


Hai readers..
Takmo cakap banyak la arini..just tengok gambar je la oke...^_^

Sometimes...


And...


Even..


Thruthfully..



But..


And i know..


betul ke ni?


Hai readers ! Have a nice day today ya..^_^

Em..betol ke ni ek..? Ade bende yang buat aku kebingungan sebentar..ermm..aku tak pasti samada betul atau tak dengan ape yang aku dengar ni.., ade kura-kura ura-ura mengatakan sekiranya penggunaan broadband kita melebihi limit yang ditetapkan, secara automatik penggunaan broadband kita tu akan terus di block. (Aku harap takde la terus nak block-block camtu..)

Block maksud aku, kita dah tak boley online..tak boley berbuat ape-ape dah..melainkan kalo kita bagi makan broadband kita tu baru kita dapat online macam biasa..(topup volume untuk meneruskan kelajuan line broadband)


Susah la kalo camni...mane taknye..takkan tiap-tiap bulan nak topup broadband kan..kang tak makan pasal asyik topupkan broadband. Pokai alamatnya aku nanti..Haduii...

Apapun terpaksa la aku berjimat cermat menggunakan broadband ni..takut nanti cepat habis pulak kelajuan line dia tu..haishh..macam-macam je kan.. =='


# belajar berjimat cermat..

Kadang-kadang...


Hai alls...


Kadang-kadang aku selalu terfikir ade boipren adakalanya menyusahkan je (bagi aku la ye) 

* Especially kalo kene ngan boipren yang suke sangat cari pasal [yang bende remeh temeh pun jadi isu]


* Pastu, cemburu tak bertempat. Ye, aku tau, cemburu tandenye sayang..tapi kalo terlampau cemburu tu, bukan tande sayang lagi tu..


* Yang ni paling aku tak suke,.belum ape-ape dah control kita ni macam bini dia..sedangkan kawin pun belum..ntah-ntah nak ucap akad nikah pun masih terkial-kial...=_='

Ye..aku tau..takde sape yang sempurna kat dunia ni..yang tu memang tak dapat nak dinafikan..tapi sume  tu bermula dengan diri sendiri..andai sentiasa berfikiran negatif, setiap tindakan kita jugak pun turut dipengaruhi pemikiran kita yang negatif tu..begitu jugak sebaliknya..(pendapat aku je)

Lain yang diharap, lain yang jadi..


Hey u all..^_^

Pernah tak korang rase korang mengharap kat sesuatu tu seperti kenginan korang pastu lain pulak yang jadinya? Tak kisah la dari segi ape..tapi yang pasti, lain yang diharap, lain yang jadi. Macam yang terjadi kat aku ni, aku mengharapkan blog aku berkaler purple @ hijau. Memandangkan kaler-kaler tu memang warna feveret aku. Tapi tengok ape dah jadi sekarang, dah jadi kaler pink pulak. Dahla aku tak suke kaler pink, tapi ter'letak pulak kaler blog berkaler pink..-_-

 
Rase tak kena ngan jiwa aku je kaler pink ni tau..-__-

Korang peminat kaler pink tu, jangan salah faham la yee..aku takde niat nak kutuk kaler feveret korang tu..kaler pink memang la cantik, tapi aku lagi minat ngan kaler purple @ hijau. Tapi takpe la, untuk permulaan ni je aku gune kaler pink ni..huhuhuuu..


Impak menonton cerita hantu


Hai readers ! How are u all today...hope fine saja-saja..=)

Arini entry aku baru ter'update,. 2 3 hari lepas aku sebok mengemaskinikan & mengeditkan blog aku yang tak seberapa ni. Tambahan pula, sekarang blog aku secara automatiknya ter'gunakan dashboard baru dan menyebabkan aku bengang sedikit menggunakannya..

Seram tak tajuk aku tu? Aku pun rase seram-seram sejuk je time taip entry ni, sebab aku duk bawah aircon, tu pasal seram sejuk je...hahahaha...

Oke, back to the point..sesetengah orang memang suke tengok cerita yang ade unsur-unsur seram a.k.a cerita hantu..termasuklah aku..Aku memang suke sangat tengok cerita-cerita hantu ni, tapi dalam masa yang sama ade la perasaan takut tu. Tapi, masalah aku, bile je dah habis tengok mesti aku takut semacam je especially kalo aku sorang-sorang. Even siang hari pun aku tetap gak takut kalo sorang-sorang..macam-macam yang aku bayang lepas tengok cerita-cerita tu (aku ngaku, aku seorang penakut..-_-' ) Kadang-kadang kalo aku terlampau takut, sampai terbawa-bawa dalam mimpi pun ade. Satu lagi, kalo aku sorang-sorang terutamanya kat dapur, memang aku nyanyi terpekik terlolong sebab nak kurangkan rase takut tu..kadang-kadang aku pun tak tahu lagu apa yang aku nyanyi (macam orang gile je kan)

Cerita ni la betol-betol bagi kesan yang mendalam kat aku..nak tau ke ape yang aku bayang lepas tengok cerite ni? ah, takmo la aku cite ngan korang..nanti aku takut lagi..dah la sorang-sorang je ni..=_='


Cerita dongeng "BigFoot"


Hai sume reader-reader..

Aku nak bagi satu cerita dongeng khas untuk korang bace..


Pada zaman dahulu ada sekumpulan beruang tinggal di hutan. Salah seekor daripadanya sering berjalan-jalan untuk mencari makanan. Setiap hari dia sering melihat manusia berjalan-jalan di dalam hutan. Dalam masa yang sama dia sering memerhati manusia tersebut secara diam-diam. Kadangkala selepas manusia tersebut balik, beruang itu akan menghampiri ke tempat manusia itu berdiri. Beruang itu akan memerhati tapak yang ditinggalkan oleh manusia tersebut.

Dalam masa yang sama beruang itu berfikir, mengapa tapak yang ditinggalkan oleh manusia tersebut begitu cantik. Ukurannya pun sama rata. Malah meninggalkan corak yang pelbagai di atas tanah, sedangkan manusia itu sama sahaja. Manusia tetap manusia. Beruang pula hanya ada satu corak tapak kaki sahaja.

Beruang tersebut mengadakan mesyuarat dengan kaum-kaum kerabatnya dan membincangkan hal yang difikirnya itu. Salah seekor beruang di situ memberitahu yang manusia menggunakan sejenis alat pada kaki mereka yang dipanggil kasut. Kasut itulah yang menghasilkan corak-corak yang cantik dan menarik. Selain itu, beruang itu menyatakan bahawa kasut tersebut juga boleh melindungi kaki manusia daripada duri dan objek-objek yang berbahaya yang boleh menyebabkan kaki terluka. Di akhir mesyuarat tersebut, semua beruang telah mencapai kata sepakat untuk menghasilkan kasut seperti yang digunakan oleh manusia. Mereka membuat kasut seperti yang digunakan manusia. Apabila kasut itu siap, salah seekor beruang itu mahu memakai kasut tersebut sebagai percubaan. Akan tetapi timbul satu masalah.

Masalahnya beruang ada 4 kaki, sedangkan manusia hanya memakai 2 pasang kasut sahaja. Beruang-beruang itu kembali bermesyuarat. Salah seekor beruang mengatakan berdasarkan kajiannya manusia berjalan dengan menggunakan 2 kaki sahaja. Jadi beruang itu mengatakan lagi kasut itu perlu dipakaikan kepada 2 kaki belakang sahaja bagi memperoleh faedah yang maksimum daripada kasut tersebut. Lagipun beruang boleh berdiri dan berjalan seperti manusia. Setelah habis bermesyuarat, kesemua beruang bersurai dan besorak gembira. Mereka pun memakai kasut yang telah diagihkan sepasang setiap orang..
Pada suatu hari, seorang manusia yang juga memburu telah masuk ke dalam hutan. Setelah penat berjalan manusia tersebut berehat di tepi pokok. Sambil berehat, mata manusia tersebut memerhatikan sekitarnya. Lalu, ternampak tapak kaki yang aneh. Tapak kaki itu terlalu besar. Tidak pernah dia melihat tapak kaki seperti itu. Dia menjejaki tapak kaki itu bagi mengetahui binatang apakah yang mempunyai tapak sedemikian. Dalam masa yang sama, seekor beruang perasan akan kehadiran manusia dengan senapang sedang memerhatikan tapak kaki sambil menjejaki tapak kaki tersebut. Beruang itu mahu berlari seperti biasa akan tetapi teringat kata-kata sepakat dalam mesyuarat tempoh hari. Mereka perlu membuat seperti manusia bagi mendapatkan faedah yang maksimum. Jadi beruang tersebut pun berlari debgan dua kai seperti manusia. Manusia itu terdengar bunyi-bunyi pokok yang bergeser dengan sesuatu, maka manusia tersebut pun turut mengejar. Setelah semakin menghampiri ke tempat itu, manusia tersebut melihat 1 susuk tubuh lembaga tinggi sedang berlari. Dan manusia itu sudah mendapat jawapan kepada persoalannya tadi bahawa tapak kaki yang ditemuinya itu adalah kepunyaan lembaga tersebut..Manusia itu pun balik dan memberitahu dunia yang dia telah menjumpai 1 spesis baru iaitu “BigFoot”.

Padahal ia adalah beruang yang berkasut..hahahahahaaaa…



P/s: Cume cerita untuk santai-santai je..hehe..:D

Cepat lapar, cepat jugak kenyang..

Hai alls..

Straight to the point oke :

Gejala yang sering kali berlaku kat diri aku..boleh dikatakan dah jadi amalan hidup aku dah gejala ni..(bukan diet oke) Ape yang aku nak sampaikan kat sini, cepat lapar dan cepat kenyang ni apabila kita terlampau la sangat lapar, pastu rase nak makan sangat pastu bile dah makan dengan 2 3 suapan terus je kenyang..Selalunye bila dah macam tu, rase dah kenyang yang teramat sangat..pastu sudah semestinya berlaku la pembaziran makanan..aku 'ter'buang makanan yang tak habis tu..Tak lame pastu,confem la aku lapar balik..pastu cakap sorang-sorang "nyesal buang makanan tadi" (erk..ade bunyi macam bengap ckit..hahahaha..)

Kadang-kadang tu, selalunya kalo aku lapar aku tak tahu nak makan ape..even berlambak makanan atas meja, tapi takde feel nak makan..pelik-pelik je kan..=_='

Teringat aku time aku kecik-kecik dulu..kalo aku tak habis makan,walaupun tinggalkan sebutir nasik dalam pinggan, mak aku cakap kalo aku tido nasik datang dalam mimpi aku nangis-nangis sebab aku tak makan dia..apelagi, aku makan sampai pinggan licin seolah-olah pinggan tu seperti sebelum digunakan untuk makan. Em, nasik pandai nangis eh..? O.o

Segmen : Jom tingkatkan Followers sampai lebam


Lame dah x join segmen-segmen camni..arini baru dapat nak menjoinkan diri..kepada sape-sape member-member yang ade menjemput Cik Que join segmen aritu, tapi saye tak join mintak maaf banyak-banyak ampun dipinta ye..

Klik banner kat bawah untuk join


Sekarang follower untuk Cik Que Blog cume ade 109 orang

Bende ape pulak ni...

Hai pembaca sekalian...^_^

Happy je rase bile dah dapat online macam biase..wink...wink...

Nak cite pasal masalah tak pandai nak habis ni lah..


Aku tak tahu la bende ape pulak ni...mula-mula, fb kene hack, pastu akaun email pulak kene hack,...tak lame pastu, bende ni pulak datang kat blog aku..serius, aku memang tak tahu ape bende ni..even boley search kat gugel, tapi aku malas la nak search..(tu pasal ko tak tahu..hahaha..) sebab otak aku dah stuck pasal banyak sangat bende nak pikir..nak solve..aku baru nak belajar..tapi ade-ade je bende-bende bangang nak kacau line aku..nak rias blog pun maseh terkial-kial cari coding (tu pasal blog aku ni lintang pungkang je)

P/s : Ape-ape pon, aku kene gak tahu walaupun aku takmo tahu..huhuuu..

Jadual berukband yang hampeh

Hai all reader...

Baru arini aku dapat online dengan normal..lame betul tak update entry..Ikutkan hati ni, memang nak update entry tiap-tiap hari..nak cakap aku sebok bekerja, tak lah sesebok segala bagai pun..

Aku tak dapat update entry hari-hari pasal berukband aku tu selalu je buat hal..tiap-tiap bulan pulak tu..pasal tu la aku tak dapat nak update entry sepertimana korang update entry..nak join segmen, contest sume tak dapat gara-gara berukband aku tu..nak marahkan berukband, nanti orang cakap aku gila pulak..hahaha..


Ni la aku punye jadual berukband..eh, ade jadual pulak kan..bukan ape, aku peratikan 2 bulan lepas penggunaan berukband aku memang camni..on 5 hari bulan, msj usage limit confem datang kat dashboard berukband aku tu..bila dah msj camtu datang automatik tenet jadi slow motion ---> sampai la 14 hari bulan memang aku tak dapat online..kalo dapat pun, memang loading lame-lame..nak jenguk blog korang pun tak dapat..huhuhuhu..sedey kan..sob...sob...sob..

Nak tunggu berukband aku back to normal, aku perlu tunggu 5 hari..starting 14 hari bulan sampai 18 hari bulan..next day, dapat la aku online seperti biasa..Aku peratikan lagi, aku cume dapat online 17 hari je..13 hari selebeynya tu memang tak dapat online macam biasa...macam tak adil je kan..kite bayar full tiap bulan, tapi nak online tak full pulak..hampeh la..=..='

i hate hacker..


Hai reader..

Arini aku baru dapat update entry..tu pun terpaksa g cc, pasal berukband aku belum dapat gune sepenuhnye..kalo nak tunggu pun terpaksa tunggu 18 ari bulan baru buley dapat gune..aduiyaaii..menyusahkan betoi..iskk..:(

Banyak mende yang berlaku sepanjang aku tak update entry tempoh hari..aritu, akaun fb aku kene hack..pastu aku cube la ator sampai dapat bukak. Lega la hati ni ckit sebab dah dapat bukak..

Semalam akaun email aku pulak diorang hack..rase nak mengamok je bile bukak email tak dapat-dapat. Aku pun try jugak ator sampai dapat bukak. Last-last dapat jugak bukak..

Emm..tadi aku nak bukak fb..oh dammmmm...tak dapat bukak lagi.....kalo aku tau sape hacker tu memang aku ganyang-ganyang..pastu ikat bagi ngan ikan jerung makan..hahahaha..(ketawa buat-buat)

Aku heran yang teramat sangat, kenapa diorang bangang tu nak hack akaun fb & email aku??


Berukband aku dah limit


Hai reader...

 msj bagitahu penggunaan aku dah limit

Arini aku tak dapat online..bukan sebab aku malas...tapi...sebab berukband aku dah limit...aku benci !  benci sangat ! iskkk...ni pun online kat cc...

k lah u all, aku nak balik ni..jumpa di laen entry...(sedey aku ni tau)

Segmen Mizz Wenn : Jom tambah followers di bulan September !


Hai sume-sume..!

Aku nak join segmen ni pasal aku pun nak tambahkan follower jugak..so, bolehlah aku tumpang sekaki join segmen Mizz Wenn ni..^_^

nak join ye..? klik banner ni k..

Ok, kepade sape-sape yang nak tambah follower jugak tu, join la sekali segmen ni..


Sikap sesetengah orang


Peace be upon you...

Aku nak cite la ckit tentang ape yang berlaku depan mate aku tadi. Aku cite ni, bukan nak buka aib orang la ye..jangan salah faham..lagi satu, aku cite ni bukan nak cakap aku ni perfect la..aku sekadar nak share cite yang mungkin boley dijadikan pengajaran buat kite sume..

Tadi, aku pergi bank sebab ade urusan yang perlu diselesaikan kat sane..sesudahnya aku selesai, aku pun nak keluar la dari bank tu..tapi, aku terpaksa menunggu dalam masa 15 minit camtu la..pasal ade staff bank nak ambik duit dalam mesin cash deposit tu..jadi pak sekurity kunci la pintu sementara diorang bereskan kerja diorang tu..sebab takut nanti ade orang nak rompak bile tengok orang pegang duit banyak-banyak..emm..bak kata bos aku dulu, orang baik-baik pun boley jadi jahat bile tengok duit banyak-banyak..tu pasal ade rompakan..(rasa-rasanya ade betul gak ape orang tua tu cakap)

Mase aku tengah menunggu, aku syok la tengok staff-staff tu kira duit..(aku bukan nak merompak oke..) Pastu perhatian aku terganggu la dengan sorang mamat ni. Dia nak keluar cepat, tapi pak sekurity cakap belum boley lagi bukak pintu..tapi, mamat tu tetap nak keluar..Pak sekurity tetap tak bagi dia keluar..Dalam fikiran aku, mungkin mamat ni nak berak, tu pasal nak cepat-cepat.

Aku tengok muke mamat tu dah bertukar jadi hitam..sebab marahkan pak sekurity tu,.pastu dia toleh la kat staff tadi tu, dan cakap.."boleh tak cepat-cepat buat kerja tu...saye nak cepat ni..kereta saye parking kat tepi jalan tadi..saye takut nanti JPJ saman saye".

Ingatkan nak berak tadi, rupenye takut kena saman..Ishh..dah tahu law jalan tak boleh parking sembarang, tapi masih jugak nak parking. Mungkin orang macam ni sama spesis ngan beruk, tu pasal dia bangang cikit. (aku rase beruk lagi bagus dari mamat tu)

  gambar contoh

Moral of story, jangan melangggar undang-undang jalan raya..pastu rasa dah buat salah, nak marahkan orang lain pulak..Sian pak sekurity kena marah mamat bangang tu,.



Mimpi ngeri

Hai alls...

Semalam aku off day, jadi semalam aku takde masa nak update entry aku..sebabnya, aku jalan-jalan dari pagi sampai malam..haha..tu pasal arini aku penat la sangat-sangat.

Hey, aku ade bende nak story ckit dalam entry ni..malam tadi lepaih je jalan-jalan aku balik rumah. Sampai je kat rumah, aku terus mandi..Before aku tido, aku online la kejap..Lepas je online, aku tido la..(semua nak story..ape la aku ni..hihi..)

Sepanjang malam aku tido aku bermimpikan mimpi ngeri iaitu mayat hidup a.k.a zombie...aku rase macam real je mimpi aku tu..Sebangun je aku dari tido, aku toleh kiri kanan aku, sebab aku takut ape yang aku mimpikan tu kenyataan.

Jadi sepanjang perjalanan aku turun kerja, memang tiap saat la aku dok asyik teringatkan mimpi tu..sampai la sekarang ni pun aku dok teringatkan mimpi aku tu..tu pasal aku buat entri ni..saje je nak story kat korang..kasi takutkan korang ckit...hahahaha..(sebenarnya aku takut sekarang ni..iskk..)


I wish i'll chubby soon

Hai sume...

Aku nak cite la ckit pasal bende yang aku nak la sangat..Aku nak...err..aku nak gemuk..gemuk ckit je la..(cam hampeh je bunyik kan..)

Aku tak tahu camne cara boley buat gemuk..member aku cakap, melahap banyak-banyak baru cepat gemuk..aku dah cube dah..dah bermacam bagai dah makanan aku cube lahap dengan skill gelojoh, tapi tak jugak pandai gemuk..berat badan pun kekal gitu je..lagi satu, kalo aku lahap banyak-banyak pun, masalahnya aku ni cepat kenyang, nak paksa tekak telan, muntah la jadiknya..mane la nak gemuk kan, ye dak..aduii..-_-'

Aku ade la terdengar info fasal makan after 10 o'clock tu, boleh bikin gemuk..so, aku pun cube gak..ade la dalam sebulan lebih camtu aku cube cara ni, tak lama pastu..aku tengok perut aku je yang gemuk...tapi badan aku tak berisi..sebab takut nanti perut makin buncit sebuncitnya, aku pun stop la ikut cara ni..

Sekarang aku ade tertengok iklan susu yang boleh kasi tambah berat badan (boleh menggemukkan..err..) Ingatkan nak cube..emm..nak cube ke takk..(takut nanti lain pulak jadik bile dah cube..erkk..)


nie la susu yang aku cakapkan tu...


DrWMH contest & giveaways

Nak join contest yang ni pulak..hahahakkk...dah betul-betul addict aku nie..^_^

Nak join? Klik banner kat bawah ye..


Hadiah yang menarik menanti..so jangan lepaskan peluang keemasan nie...join ramai-ramai ye kawan-kawan...

Segmen up follower by Balqis

Hai blogger-blogger...

Orang lain nak upkan follower aku pun nak jugak lh...so, aku join segmen by Balqis ni..

1st of all, korang diwajibkan follow blog Balqis (mesti tau) ^_^

pastu, tempekkan banner seperti di bawah ;


tagkan kepada 5 orang rakan blogger korang dan pastikan diorang tahu tau..

Linkkan entry korang dalam ruang komen kat sini

Lastly follow blogger peserta lain yang join dan tinggalkan jejak korang kat sane jugak la yew..

CLOSE DATE : 18 Sept 2012

P/s ; jom kite join ramai-ramai oke....^_^


Teknologi dan kesannya

Hai reader sume...^_^

Dalam arus pembangunan kita yang semakin pesat dan maju, dengan teknologi bukan sahaja dapat memudahkan kerja harian kita malah ia telah menjadi satu keperluan dalam hidup kita. Disamping itu, teknologi juga ada pelabagai kesan baik & kesan buruknya.

Antara kesan baik & kesan buruknya ;

1. Handpon
    *BAIK - Memudahkan orang ramai berhubung
    *BURUK - Memudahkan orang ramai berlaku curang dengan pasangan dan memudahkan proses cerai.

2. Laman sosial
    *BAIK - Menyenagkan kita untuk mendapat info terkini dan mencari kawan baru dan lama. (pesbuk)
    *BURUK - Menyenangkan melihat gambar yang bukan-bukan dan menggosip orang lain..

3. Radio & TV (televisyen)
    *BAIK - Dapat info dan berhibur dengan rancangan yang disediakan serta dapat mengurangkan tekanan
                  kehidupan.
    *BURUK - Terlampau banyak disajikan dengan hiburan yang mengkhayalkan dan melalaikan sehingga
                      meruntuhkan akhlak.

4. Kenderaan
    *BAIK - Melancar dan mempercepatkan perjalanan dan kerja harian.
    *BURUK - Banyak jenayah dapat dilakukan dan cepat menaikkan kadar kematian akibat memandu
                      macam hantu jalan raya. (ade hantu jalan raya eh..?erk..)

5. Peralatan elektrik
    *BAIK - Mempercepatkan kerja yang dilakukan.
    *BURUK - Membuatkan manusia semakin malas, semuanya pakai tekan. (erk...) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013