Kalau tak ikhlas baik tak payah


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Dari tadi mata asyik terkebil-kebil ngadap blog. Sambil fikirkan idea + fikirkan macam mane nak susun ayat. Sebenarnya dah lame dah idea ni aku fikirkan, tapi disebabkan terlalu banyak perkara yang perlu aku settle dalam masa yang sama, nak olah cerite pun macam tersekat-sekat je.

Oke, straight to the point..korang pernah tak jumpa orang yang berlagak baik & tolong-tolong kita tapi sebenarnya tak ikhlas? Ala..lebih kurang hipokrit tu.. Mesti korang pernah kan..Aku pun pernah gak terkena dengan orang macam ni.

Ceritanya begini, dulu waktu aku mula-mula kerja ade la sorang 'kawan' aku ni, suggest kat aku suh aku ambik lesen moto. Sebab dia kate senang aku nak jalan-jalan kalo ade lesen ni. Nak turun keja pun tak yah penat-penat jalan jauh sebab ade lesen boley bawak moto. Fikir punya fikir, aku ikut la ape yang dia suggestkan tu. Dia cakap dia tolong recomendkan aku kat cikgu lesen yang pernah ajar dia dulu. Pastu dia nak hantar dan ambik aku sepanjang aku ambik lesen. Tapi dalam masa yang sama aku pun tolong dia isikan minyak moto. Ala-ala membalas kebaikan dia lah.

Tak pasal-pasal hari tu dia kecoh-kecoh ngan kawan dia. Cakap yang aku ni tak pandai balas jasa dia. Dia cakap sepatutnya aku belanja dia minum sebab dia dah tolong aku. Jadi aku beli la air 10 tin bagi kat dia,. Aku tak kesah kalo dia nak mintak aku belanja minum. Tapi yang buat aku sakit hati, dia cakap aku ni tak pandai balas jasa dia. Sedangkan aku memang isi minyak moto dia setiap kali dia hantar dan ambik aku sepanjang aku ambik lesen. Em..yang tu tak dikira balas jasa baik eh..ishh..



p/s : kalau tak ikhlas, tak payah tolong kan..

Info buah dabai


Hai alls...salam 1 Malaysia..

Tadi (semalam) sambil aku blog walking aku dok fikirkan idea untuk aku jadikan sebagai entry aku. Sambil aku tengok pesbuk sambil tu jugak aku blog walking dan sambil tu jugak idea datang bila aku tertengok gambar buah dabai dalam folder gambar pesbuk akak aku. Dan aku rasa mungkin info ni dapat memberi pendedahan sedikit sebanyak tentang buah dabai kepada sesiapa yang belum mengetahui apa itu buah dabai.

Buah dabai ni salah satu buah-buahan eksotik di sarawak dan ianya berbuah secara bermusim sahaja. Buah dabai ni jugak jarang ditemui di bahagian Kuching. Kalo ada pun ia dibawa masuk dari Sibu, Sarikei & Bintangor.

Cara penyediaannya sebelum dimakan takde la susah mane. Sebabnya ia cuma perlu dicelur @ direndam dalam air sederhana panas untuk melembutkan isinya. Lepas tu, toskan airnya dan campurkan dengan garam dan lepas tu boleh lah dimakan. Selain itu jugak, buah dabai ni bukan setakat dimakan dengan campuran garam je, buah dabai ni jugak boleh dimakan dengan campuran kicap dan gula. Dan rasanya lebih kurang lemak-lemak gitu la.

Ni buah dabai yang akak aku makan hari tu..gemuk-gemuk je rupe dia..^_^

Selain itu, buah dabai ni boleh dijadikan sebagai jeruk & tempoyak. Untuk menjadikannya sebagai jeruk & tempoyak, buah dabai ni perlu lah diperap di dalam container. Dan berapa lama ia diperap tu, aku tak pasti sangat la. Sebab jarang tengok mak aku buat tempoyak buah dabai.

Oh ya, kalo korang nak tau, biji buah dabai pun boleh dimakan jugak. Maksud aku di sini, dalam biji buah dabai tu ade isi lagi tau. Jadi selalunya apabila lepas makan buah dabai ni, bijinya tak dibuang. Bijinya akan dikumpul, dicuci dan dijemur sehingga ia benar-benar kering. Biji buah dabai ni tersangatlah keras. Kalo nak gigit guna gigi, confem gigi patah seribu..hihi..selalunya untuk memecahkan biji buah dabai ni tukul @ anak lesung batu akan digunakan. Ketuk sampai pecah, pastu isinya boleh dimakan macam tu je.

gambar ni ambik dari google

p/s : kalo korang jalan Sarawak sini, cube la sekali makan buah dabai ni..^_^


Blogwalking sampai lebam !

Hai alls..salam 1 Malaysia..
Blogwalking ni selain daripada boleh kenal-kenal dan merapatkan hubungan sesama blogger, boleh juga meningkatkan trafik blog kita. Jadi jom sertai segmen Blogwalking Sampai Lebam bersama ahsfantasy24! Mana-mana peserta yang bertuah akan ditempatkan di Bloglist ahsfantasy24 secara automatik. Peserta digalakkan singgah, follow dan meninggalkan komen di blog peserta yang lain. Moga bermanfaat kepada semua.
  1. Peserta digalakkan copy dan paste entry ini ke dalam blog masing-masing dengan menggunakan tajuk "Blogwalking Sampai Lebam!" dan letak link ke entry ini.
  2. Tak diwajibkan follow blog penganjur. Kalau suka, follow, kalau tak suka tak perlu follow.
  3. Senarai peserta akan sentiasa dikemaskini di sini dari masa ke masa.
  4. Jadi sekarang jom sama-sama kita blogwalking!

Rahsia Kurus dari Seluruh negara


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Tadi aku mase aku belek-belek majalah lame, aku ade terbace beberapa tip rahsia kurus yang diamalkan oleh kebanyakkan negara luar dan mungkin korang yang nak kuruskan badan tu boley ikut mencuba juga tips-tips ni. Mane la tau kan kot-kot tips-tips ni berkesan ke..^^,


INGGERIS
Elakkan membeli dalam saiz besar & banyak walaupun murah 
Kebanyakkan jurujual di sana suka menawarkan saiz menu yang besar dengan harga yang sama. Bagi warga INGGERIS terutamanya golongan wanita mereka lebih suka mengambil dalam jumlah yang kecil kerana mereka menganggap seksi adalah identiti ukuran badan yang profesional.


BRAZIL
Nasi dengan kekacang
Menurut penelitian dalam jurnal Obesity Research mengatakan nasi yang dicampur bersama kekacang mampu mengurangkan risiko berat badan sehingga 14%. Dengan mencampurkan kekacang bersama nasi akan membuatkan makanan anda berserat tinggi dan rendah lemak, seterusnya dapat menstabilkan kadar gula dalam darah.


THAILAND
Kelebihan rempah
Thailand terkenal sebagai makanan yang pedas di seluruh negara. Cili padi yang banyak digunakan dalam masakan mereka memainkan peranan kepada proses metabolisme badan. Walau bagaimanapun, menurut James Hill, Presiden American Society for Nutrition mengatakan makanan pedas perlulah dikunyah secara perlahan-lahan. Ini untuk memastikan sistem pencernaan dapat memberi isyarat yang jelas ketika anda merasa kenyang.


INDONESIA
Berpuasa
Puasa daapt membantu anda melakukan detoksifikasi. Bukan sahaja mengawal makanan ketika berbuka, tetapi badan juga dapat menikmati makanan yang sesuai dan diperlukan. Dengan berpuasa dapat membuatkan gula dalam darah lebih stabil sehingga metabolisme badan mencapai tahap normal.


JERMAN
Jangan lupa sarapan
Sebanyak 75% orang JERMAN tidak pernah melewatkan bersarapan. Mereka mengambil makanan sihat, baik ketika di luar rumah mahupun di rumah. Biasanya mereka menikmati bijiran atau roti gandum bersama buah-buahan segar. Dalam program diet, sarapan adalah makanan pembuka yang boleh merampingkan pinggang. Dengan sarapan, anda juga tidak akan makan secara berlebihan ketika makan tengahari.


JEPUN
Jangan lupa tidur siang
Menurut James Maas dari Cornell University mengatakan penduduk Jepun sanggup menggunakan masa sekurang-kurangnya 20-30 minit setiap hari untuk tidur waktu siang. Manakala penulis buku Power Sleep pula menjelaskan tidur yang berkualiti akan membuatkan berat badan berada pada tahap ideal. Ini kerana, apabila seseorang itu kurang tidur, hormon meningkat. Salah satu manfaat yang sudah terbukti kesannya, mengikut kajian peneliti adalah tidur mampu membuatkan perut anda menjadi rata.


BELANDA
Berbasikal membakar lemak
Basikal adalah pengakutan utama di BELANDA. Dengan mengayuh sejauh 871km/tahun, aktiviti ini dianggap tidak menyusahkan kerana mereka menggunakan basikalke mana sahaja mereka pergi. Berbasikal juga merupakan salah satu latihan kardio yang mampu membakar lemak dengan lebih cepat dan menyihatkan jantung.


INDIA
Sentiasa makan di rumah
Kebanyakkan masyarakat INDIA menggunakan 5% wang untuk makan di luar. Tujuannya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Biasanya dengan makan di rumah, ia dapat menjamin makanan yang masuk ke dalam badan adalah makanan sihat. Penelitian membuktikan jumlah obesiti menigkat kerana dipengaruhi oleh pengambilan makanan di luar rumah seperti di restoran makanan segera.


Tak salah kalo nak mencuba tips-tips ni. Mane la tau kan kalo tips-tips ni dapat membantu korang yang ingin menguruskan badan. Sekaligus dapat membantu korang mengurangkan berat badan. Aku cume berkongsi maklumat ape yang aku rase boley memberi manfaat untuk kite sume. Bak kata pepatah, "Sharing is caring".



#wordless wednesday


Hai alls..salam 1 Malaysia

Just be ur self..





Apabila buka blog


Hai alls...salam 1 Malaysia..

Fuh..memang busy giler la aku harini..Mane taknye, awal-awal pagi dah start bukak blog, Pastu pulak aku blogwalking sane sini sambil tu jugak join segmen & giveaway. Lagipun boley jugak tambah kenalan baru.

Serius, sepanjang aku blogwalking blog kenalan-kenalan baru bermacam bagai bentuk rupe blog diorang. Memang aku kagum la tengok blog-blog diorang tu. Tersangat la kreatif.

Sekarang ni aku bersemangat semacam je nak join itu & ini bile teringatkan CPUV aku tu. Terima kasih banyak-banyak sekali lagi kat NUFNANG sebab sudi bagi BE..hikhik..korang yang ade lalu lalang kat blog aku tu tolong klikkan lah iklan HB & iklan NUFNANG aku tu yew..mane la tau dengan rezeki HB tu aku boley buat giveaway GEMPAK. Sape takmo kan kalo dapat hadiah-hadiah gempak..^__^

p/s : Usaha sememangnya tangga kejayaan

Klik SINI






Segmen Follow @ Add by HudaHud Season 2


Hai alls...salam 1 Malaysia..

Orang menjemput aku join je..^_^

So, sekarang aku jemput korang yang tengah bace tu join jugak segmen ni ye..

Klik banner bawah untuk join

Due date : 23 Nov - 7 Dec 2012 (9 malam).




Nabila Medan's Giveaway


Hai alls...salam 1 Malaysia...

Memandangkan aku telah ditag Kak miz ruHa dalam 1 giveaway by Nabila Medan, so aku pun menjoinkan diri untuk memeriahkan lagi giveaway ni.


Klik banner untuk join

Syarat Penyertaan Nabila Medan's Giveaway

Blogger yang duduk di Malaysia sahaja. 
1.Follow blog nabila ini
2.Buat satu entri berkenaan giveaway ini beserta
- Banner giveaway dan linkkan ke sini
- Tag 2 orang rakan blogger anda dan pastikan mereka tahu
3.Follow dan like semua sponsor *amaran tegas!*
4.Tinggalkan link entri not your link blog di kotak komen
5.Sebarang perubahan akan diberitahu kelak


Kerana twilight



Hai alls..salam 1 Malaysia..

Hari Isnin aku off seperti biasa. Maklum la hari isnin memang hari dikhaskan cuti untuk aku. Jadi cuma waktu tu je untuk aku luangkan masa aku untuk jalan-jalan.

Oke, dipendekkan cerite kat sini..semalam sebelum aku balik, aku singgah la kejap kat kedai jual disc. Sebab nak beli cerite twilight la kononnya. Lagipun mane la tau kan, diorang dah keluarkan dalam disc. Cari punya carik tak jugak jumpa. Last-last aku tanye la amoi kat kedai tu.

Aku : "Ada disc cerite twilight ka?"
Amoi : "Tunggu kejap aa.."


Pastu amoi tu pun bagi la kat aku disc yang aku maksudkan tu. Lepas je aku belek-belek kejap, aku gi la kaunter sebab nak bayar disc tu. Tapi sebelum aku bayar aku mintak la tolong cashier kat kaunter tu try disc tu dalam pemain DVD.

Aku : "Boley kasi test dulu ka?"
Cashier : "Tak payah cuba maa..sebab ini cerite baru punya lo"


Bile cashier tu dah cakap macam tu, jadi aku bayar la harga disc tu. Isk..punya la aku excited sebab nak tengok kali kedua cerite tu. Bukan ape, hari tu tengok kat panggung wayang rase tak puas hati je. Macam nak tengok bebanyak kali je. Hehehe..=P Sebab tu aku beli dalam disc. Nak buat koleksi katakan..

Sampai je aku kat rumah, terus pasang pemain DVD. Tak sabo dah nak tengok ni. Tak lame pastu, tengok gambar dalam cerite senget. Pastu ade bunyi suara latar pulak tu. Iskk..spoil dah feeling aku nak menengok cerite tu untuk kali kedua. Tapi, aku teruskan jugak nak menengok cerite tu memandangkan aku memang minat giler cerite tu walaupun cerite tu cetak rompak. Isk..-_-'

Patut la cashier tu takmo bagi aku test dulu disc tu tadi. Rupanya, ade udang di sebalik batu. Hampeh betoi. Salah aku jugak sebab dah tau cerite tu baru je beberapa hari ditayang kat panggung wayang, mane mungkin begitu cepat diorang edarkan dalam bentuk disc. Tapi aku tetap gak berdegil.


p/s : Beli original & jangan beli cetak rompak

Mohon korang klik SINI





Promote Heartbeat


Hai alls...salam 1 Malaysia..

Pagi-pagi fikirkan idea nak buat entry. Yelakan, kalo takde idea masakan ade entry nya kan. Hikhik..sambil aku berfikir sambil tu jugak aku belajar bende yang aku tak faham-faham buat. Dah berminggu dah aku cuba belajar sendiri sambil rujuk-rujuk tutorial yang sedia ade, tapi baru hari ni faham. Leceh betul kan. Iskk..

Oke, lets straight to the point..sebenarnya aku nak promote Heartbeat aku kat korang. Dan aku mintak jasa baik korang klik Heartbeat aku tu. Boley kan..Hehehe..tapi, kalo korang dah klik tu, bagitau la kat aku k..senang aku klik untuk korang balik nanti..^__^



p/s : Jangan tipu tau..







Segmen Kenal-Kenal Bersama Aisyah Humaira'


Hai alls...salam 1 Malaysia...

Sebenarnya nak stop join segmen ni, tapi bila tertengok segmen ni rase macam nak join je..hehehe..


Klik SINI untuk join

Syarat ;

- Letak link entry di kotak komen entry Niera yang ini
- Letak serba ringkas mengenai diri anda dalam entry anda supaya boleh kenal.
- Kalau rajin boleh follow blog / Like Fanpage kat sidebar blog Niera tu (tak de paksaan)
- Kalau rajin lagi boleh tag blogger lain

 TARIKH TUTUP : AHAD ( 24/11/12 ) JAM 10 MALAM !

Serba Ringkas tentang Cik Que

Nama Sebenar : Conald Enilia Abu

Panggilan : Lia @ Enilia

Asal usul nama blog : Cik Que

Kenapa nama blog berbeza : Que adalah nama singkatan yang menjadi gelaran daripada kawan-kawan aku suatu ketika dulu.

Umur : 22 tahun (2012) [20.April.1990]

Status : Belum jadi bini orang




CPUV pertama


Hai alls...salam 1 Malaysia

Sedar tak sedar 2 3 hari ni rupanya aku asyik dok menjoinkan diri dalam segmen + GA. Dan dalam masa yang sama, untuk pertama kalinya CPUV aku dah bagi respon dah kat aku. Macam tak percaye je. Hehehe..Apa-apa pun TERIMA KASIH banyak-banyak kat NUFNANG sebab bagi aku peluang merase CPUV ni.



# Sekarang ni aku runsing memikirkan sesuatu. Nanti la aku cite.

p/s : Mohon korang klik SINI




Bloggership Giveaway by Fatini Irdina


Hai alls...salam 1 Malaysia...

Semalam ada orang menjemput aku untuk join dalam GA ni. Alang-alang ada orang menjemput, so tak jadi masalah untuk aku joinkan diri. ^__^

Korang pun join la  jugak ek..

Jangan lupa tempek banner ni dalam entry.

Klik SINI untuk join.

segmen : jom tambahkan follower di twitter dan blog :)


Hai alls...salam 1 Malaysia...

Tadi ade orang menjemput aku join segmen dia..dan lagi sekali aku menjoinkan diri dalam segmen-segmen ni. Korang pun join la jugak ye..^^y


Nak join? Korang klik SINI oke.

p/s : Empunya Blog ni 1st time buat segmen, so sama-ama kita bagi support untuk dia oke..^__^




Muvie Terbaekkkk


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Malam tadi aku gi wayang ngan akak aku, sebab nak menengok cite Twilight. Memang kitorang dah janji nak menengok cite tu kalo dah keluar. Kalo tak silap, 2 bulan lepas kitorang asyik cite pasal cite twilight ni. Sebab mase tu aku bace novel New Moon (sambungan untuk The Twilight). Sebelum tu, aku memang takde minat la ngan cite-cite ni. Tapi lepas je aku bace novel tu baru aku ade minat pulak. Pelik kan.





Memang syok giler la aku menengok cite ni malam tadi.

# korang yang belum tengok tu, tengok-tengokkan la ye..=)


Jom BW sambil Follow sampai Lebam


Hai alls...salam 1 Malaysia...

Memandangkan idea macam nak tak nak je menyinggah dalam pale otak aku, so aku nak join segmen ni. Kalo korang nak join, join la sekali ye..^_____^


Nak join sila klik banner kat bawah ni k

Isu kahwin


Hai alls..salam 1 Malaysia...

Sumber google

Kahwin Hantaran Murah
 - Ish ! Murahnya hantaran dia, ni mesti bakal menantu dia sengkek ni !

Kahwin Hantaran Mahal
- Ish ! Mahalnya? Nak jual anak ke apa?! Mesti bak menunjuk hantaran anak dia mahal.

Kahwin Umur Muda
- Ish ! Muda-muda dah kahwin, ni mesti ade buat bende tak baik ni. Ntah-ntah dah ada isi kot !

Kahwin Di Lewat Usia
- Ish ! Dah tua baru nak kahwin, tu la muda-muda tak nak kahwin. Orang dah beranak pinak dia baru nak kahwin. Kesian, tak laku kot !

Kahwin Majlis Kecil
- Ish ! Ni majlis kahwin ke apa? Kedekutnye, makanan pun ntah pape, bukan selalu, buat la besar sikit !

Kahwin Majlis Besar
- Ish ! Besarnya majlis. Kalah anak DATUK. Nak berlagak lah tu, macam la anak dia je nak kahwin kat dunia ni !


p/s : Bersangka baik lah.   

#copypaste FB 
 
 
 

GIVEAWAY 12-12-12 by Mohd Noor Syawal


Hai alls...salam 1 Malaysia....

Aku join giveaway ni..korang pun join la jugak. Hadiah pun lumayan-lumayan sume tau..

Kalo nak join, klik banner kat bawah ni oke ;


Pendapat aku tentang blog ni ;

Banyak-banyak blog, blog INI yang aku rasa unik. Sebabnya warna berwarna kuning. Mempunyai susunan yang begitu kemas.

Tag

Aku tag sume yang bace entry aku ni (ade ke yang bace entry aku ni ek...)


*pastikan nama ade link



Dahulu mee sedap, sekarang pun mee sedap


Hai alls...salam 1 Malaysia...


Korang mesti ade kan makan mee sedap.. Mee sedap la menu faveret aku. Especially mase aku tengah lapo menggila. Kalo dah lapo tu, aku memang melantak 2 bungkus mee sedap. Baru aku kenyang. Mesti korang fikirkan yang aku ni gelojoh kan? Yup, aku ngaku aku seorang yang gelojoh.. tapi mase aku lapo je la. Hahaha..=D

Dulu mase aku masih dalam alam persekolahan, memang mee sedap lah jadi makanan rutin harian aku. Yela, mase tu dok asrama. Memang aku bawak makanan extra la,.nak cakap makanan kat dewan tu tak cukup takde la..tapi kalo tak bawak makanan extra macam tak lengkap je hidup kat asrama. Hihihi..

Kadang-kadang tu ade jugak member-member aku buat bisnes mee sedap ni kat asrama. Memang banyak untung la buat bisnes ni. Mane taknye, sebungkus diorang jual RM1. Kalo yang 1 pek tu, mesti la RM5 kan. Pastu sekotak ade 8 pek sume. Kalo habis jual sekotak RM40 dalam tangan. Kira untung ade la dalam RM20 lebih camtu la. Sebab beli sekotak mase tu tak sampai RM20. Tu pun beli cash & beli banyak-banyak.

Bercerita pasal mee sedap ni, kucing mak aku pun seorang peminat mee sedap jugak tau..amacam? Nak challenge ngan kucing mak aku tak? hehehe..Aku akan masak 3 bungkus mee sedap kalo kucing mak aku ade kat rumah sebab sebungkus aku bagi kucing mak aku tu melantak habis-habisan. Mesti korang tak percaye kan kucing mak aku tu dapat habiskan sebungkus mee sedap? Betul..aku tak tipunye. Memang kucing mak aku tu dapat habiskan sebungkus mee sedap kalo dia betul-betul lapo. Hehehe..


kadang-kadang mee sedap ni kalo dimakan macam tu je pun sedap gak...hihihi...




1st Giveaway by kumbang jingga


Hai alls..salam 1 Malaysia...

Tadi masa aku walking-walking blog korang, aku tertengok la giveaway dari Kumbang jingga ni. Macam menarik je nama kumbang jingga tu. So, tanpa membuang masa aku pun join la giveaway ni..


Klik SINI kalo nak join.

Kalo nak join tu cepat-cepat joinkan diri ye..date line 25 November 2012 ni nanti..



Nasi lemak ke ni?


Hai alls...salam 1 Malaysia...


Sebenarnya kelmarin dah aku publish entry ni. Tapi memandangkan entry kelmarin aku bertajuk Wordless Wednesday, tak jadi pulak aku publishkan..

Al kisah kelmarin :

Sebelum aku pergi tempat kerja, aku singgah lah kejap kat gerai tepi jalan sebab nak beli makanan untuk aku sarapan nanti. Singgah je, aku tertengok la nasi lemak. Umm..kira faveret aku jugak lah nasi lemak ni kalo pekenakan dengan air milo panas. Perggh...meleleh air liur...Aku pun terus beli 2 bungkus nasi lemak tu. Bukan main excited lagi aku sebab nak makan nasik lemak tu.

Sesampainya aku kat tempat kerja, aku standby sume la perkakas untuk aku gunakan makan nasik lemak tu. Buat air milo, pastu masukkan nasik lemak dalam pinggan. Dalam masa aku memasukkan nasik lemak tu dalam pinggan aku tak lah se'excited mula-mula beli pagi tadi. Sebabnya....................nasi je banyak. Sambal-sambal & telur seciput je. Iskk..bengang la aku kejap sebab tengok nasi lemak tu. Selera nak makan pun hilang camtu je. Tapi, aku paksa gak tekak aku telan nasi lemak yang "banyak" sambal-sambal tu sebab takmo membazir. Lupe pulak aku nak snap gambar nasik lemak tu sebab terlalu bengang..


#bisnes-bisnes jugak..untung-untung jugak..tapi kepuasan pelanggan pun fikirkanlah jugak.

p/s : Aku sebenarnya nak makan real nasi lemak.

Macam ni la nasi lemak yang aku idam-idamkan. Sama rata.
Sumber gambar : Google





Segmen Follow Sampai Pengsan


Hai alls...salam 1 Malaysia...

Klik Sini kalo nak join oke

Nama manja : Lia

Tarikh Lahir : 20 April 1990 ( jgn lupe bagi gift..hehehe..=P )

Asal : Sarawak

Follower sekarang 212



Cerite bantal busuk


Hai alls...salam 1 Malaysia...

Aku dok blog walking-walking tadi tibe-tibe pulak aku teringat ngan bantal busuk aku. Korang ade bantal busuk tak? Haa..mesti ade kan..tapi tak mo ngaku..hehehe..

Dulu aku ade seekor bantal busuk..Waktu tu umur aku dalam lingkungan 6 tahun macam tu la. Tapi apabila umur aku 10 tahun aku dok rumah makcik aku, sebab waktu tu mak ayah aku sebok kerje. Lagipun takde orang nak tengok-tengokkan aku. Sebab tu diorang tumpangkan aku kat rumah makcik aku tu. Semenjak aku dok rumah makcik aku, aku berjauhan dengan bantal busuk aku tu. Bantal busuk aku memang aku sengaja tinggalkan kat rumah. Sebab takut anak makcik aku tu ambik bantal busuk aku tu. Hehehe..

Dari hari ke hari sampai la aku abis sekolah menengah aku memang tak pernah tengok bantal busuk aku tu sebab mak aku simpan. Satu hari, aku pegi la cari bantal busuk aku tu. Tak jugak jumpa-jumpa. Last-last aku tanye la mak aku mane perginye bantal busuk aku tu..Mak aku cakap, bantal busuk aku tu dia dah bagi ngan anak buah aku yang paling bongsu. Iskk..Bukan main kecewa lagi aku sebab bantal busuk aku dah berpindah hak milik. Mane taknye, bantal busuk tuuuu..sape yang tak sayang kan. Banding ngan pakwe aku, aku lagi sayang bantal busuk aku tu...hahahahaha,,

Apapun aku tetap rindukan bantal busuk aku tu walaupun dah berpindah hak milik. Korang tau tak, bantal busuk aku tu spesel. Sebab dulu waktu aku mula-mula dapat bantal busuk aku lukis muka kat bantal busuk aku tu. Hihihihi..

 Sumber google


#mesti korang ade bantal busuk jugak kan...aku rase sekarang pun korang masih bawak bantal busuk tu kehulu hilir kan..ngaku cepat...hahahahaha...



Kenangan Add math


Hai alls....salam 1 Malaysia...

Sambil aku godek-godek gambar dalam folder aku tadi, aku terjumpa la satu gambar yg aku copypaste dari FB. Bile je aku tengok gambar ni, nak ketawe pun ade. Terase lucu bagai bila ingat balik kenangan yang dah berlalu tu.


Macam ni la 1st reaction kitorang dulu time mula-mula belajar subjek ni. Serius, sampai sekarang pun aku masih blur. 1 apa pun tak faham. Hahaha...sangat melucukan tengok gambar ni. Mane taknye, gambar ni seolah-olah menunjukkan reactions kitorang dulu. =D



Minyak RM30


Hai alls...

Hari ni aku nak share satu cite untuk korang bacekan lah ye..


Seorang gadis yang baru sahaja mendapat lesen kereta membawa keretanya untuk keluar berjalan-jalan. Di pertengahan jalan, meter minyaknya berkelip menandakan minyak keretanya semakin berkurangan. Lalu dia pun terus menghala ke stesen minyak untuk mengisi minyak buat kali pertama dalam hidupnya.

Gadis : "Bang, minyak RM30, pam no.2 !"
Kaunter : Ok !

Lalu gadis itu tadi berlalu pergi ke keretanya. Melihat ke arah pam minyak yang menunjukkan nilai RM3, lalu gadis itu mengomel sendirian dan tapa berlengah dia menuju ke kaunter semula.

Gadis : "Bang, saya nak isi minyak RM30!"

Kerana kaunter terlalu sibuk, dia tidak diendahkan. Dengan rasa bengang, gadis itu bersuara semula dengan nada yang tinggi.

Gadis : "Abang, saya nak isi minyak RM30, kenapa abang tekan RM3? Dah la tak nak layan saya cakap ! Abang ni rasanya tak patut duduk di kaunter hadapan macam ni !"
Kaunter :  "Boleh tak adik angkat nozel minyak tu dahulu, kemudian baru datang jumpa abang!"

Gadis itu pun menurut kata abang kaunter dengan perasaan yang masih bengang. Selepas mengangkat nozel, mucung nozel di hala ke lubang minyak kereta lalu minyak pun keluar mengikut nilai yang telah dibayar gadis itu iaitu RM30. Dengan rasa yang tersangat la malu, gadis tersebut pun berlalu pergi.


p/s : bertanya dahulu sebelum menghambur kata kasar..


Salah siape ye..............


Hai alls...salam 1 Malaysia..

Penat betul la arini sebab sehari suntuk jalan-jalan. Maklum la, off day katakan..hehehe..Lame dah tak jalan-jalan camni..jalan-jalan sampai penat..pastu tulang-temulang macam nak patah je..pastu badan sengal-sengal..Eh ! Macam orang tua la pulak kan..hehehe..=D

Petang tadi aku baru balik rumah selepas 4 hari dok menginap kat rumah sewa akak aku sebab nak temankan dia. Housemate dia balik kampung dan pasal tu la dia suh aku temankan dia.

Se'on the way nya aku dalam perjalanan nak balik rumah, ade la berlaku eksiden kat trafik light yang tak jauh sangat dari rumah sewa akak aku. Setibenye aku kat trafik light tu ade sorang kakak yang tengah kendong baby dia masih dalam keadaan terkejut dan muke yang pucat keluar dari kereta tersebut. Dan laki dia alihkan kereta dia yang dah remuk bahagian depan pergi tepi jalan. So, tanpa segan silu aku pun bertanya.

Aku : "Akak ok ke?"

Tapi akak tu tak jawap, sebab masih terkejut. Aku tanye lah lagi..

Aku : "Macam mana boley kene langgar ni kak?"
Akak : "Saya tak tau..". (dengan muke masih pucat)

Ok, aku faham..sebab kejadian tu berlaku dengan pantas dan sebab akak tu masih takut-takut terkejut jadi memang dia tak ingat macam mane kejadian berlaku.

Aku : "Mesti kene report polis ni kak.."
Akak : "Jangan, jangan report.."

Terkejut jugak aku bile dengar akak tu cakap macam tu..mane taknye, ade ke kene langgar takmo report polis. So, aku diam je..takmo banyak cakap. Pastu tibe-tibe akak tu mintak tolong aku.

Akak : Dik, boley tolong akak tak? Tolong col anak akak.

Aku pun tolong la. Bile je lepas tolong aku perhatikan la laki dia tepi kereta. Pastu terjerit-jerit terpekik terlolong panggil dia punye bini. Bunyi macam marah. Pastu laki dia tu tengok arah aku. Macam marah-marah je. Aku pun cepat-cepat beredar dari situ.

Dalam perjalanan aku ke rumah, otak aku ligat fikirkan tentang hal tadi. Aku rasa mungkin diorang tadi kene langgar lari. Tapi nape si akak tu tadi takmo report polis kalo memang betul kene langgar lari tadi. Bila aku ingat balik, laki akak tu macam mabuk. Mungkin mabuk kot. Tu pasal akak tu takmo report polis. Bile aku fikir lagi, kalo diorang langgar orang mesti la orang yang dilanggar tu masih terpacak kat sane sebab nak mintak ganti rugi. Tapi aku tengok bayang-bayang kereta kene langgar pun takde. Kesimpulannya yang dapat aku fikirkan mesti diorang kene langgar lari. Dan dalam masa yang sama laki akak tu mabuk.


# cerite sebenar aku memang tak tau, jadi aku buat la kesimpulan sendiri melalui pemerhatian aku tu..Bingung jap pale ni..=__= Bingung pasal tak tau sape salah......berangan nak jadi polis pulak aku ni kan..iskkk...




Apa yang berlaku ni?


Salam 1 Malaysia...

Pagi-pagi dah kene fikirkan cara bagaimana nak settle masalah berkenaan iklan churpchurp aku tu. Aku tak tau la kenape iklan aku tu dia punya page tak ditemui time aku cube klik tadi. Tu pun aku baru menyedari bila Kak Zan tanye kat aku. Ntah-ntah pasal aku ade heartbeat kot..?

Tadi aku try la nak baiki iklan churpchurp aku tu, mane la tau time aku buat semalam ade kesilapan. Tengok-tengok same jugak. Dia punya page memang tak ditemui. Ee..kenape ek? Aku blogger baru belajar...belum tahu sangat pun pasal bende macam ni. Sebab tujuan aku berblog pun bukan pasal duit. Tapi dalam masa yang sama aku pun nak cube gak macam mana dapat duit melalui blog ni..pendek cite aku nak belajar semua yang ade kaitan dengan blog ni la..

Korang tau tak nape boley jadi macam ni? Ke semua ni ade kaitan dengan HB..? Iskk..-__-'




Nivea sparkling + pimples


Hai alls..

Sekarang ni aku sedang belajar membuat entry banyak-banyak dalam satu hari. Sebabnye........sebab........sebab saje je..hehehe.. =D

Aku runsing dengan 1 hal ni. Yela, sape tak runsing kan kalo muke dah timbul jerawat-jerawat. Muke yang dulu halus mulus, sekarang dah macam kawah merah dah. Iskk..

Dulu aku ade pakai set nivea sparkling white. Memang berkesan untuk memutihkan kulit muke. Tapi masalah nya, muke aku berjerawat. Putih tu memang putih la kulit muke aku, tapi ade jerawat. Macam takde gune gak kalo takat putih je tapi berjerawat.

 krim siang & krim malam


pencuci muka (memutihkan & menghaluskan kulit muka)


toner (menyegarkan muka & membersih muka)

Sekarang ni aku tak tau dah nak pakai ape selain pakai eskinol (prevent pimples). Kalo korang tau cara nak buang jerawat tu, mohon bagitau la saye ye..


p/s : kalo korang nak putihkan kulit muke tu, korang gune la nivea sparkling white. Memang kesannya amat memuaskan.


Makna di sebalik Hadiah Si Jejaka


Hai alls....

Hari ni up entry banyak-banyak..memandangkan line dah laju.. Hehee..

Tadi, sedang aku belek-belek majalah remaja lame, aku ade terbace sesuatu. Dan aku rase ni kira penting la untuk pengetahuan korang.

Hadiah merupakan salah satu pemberian yang boley menggembirakan hati seseorang. Lebih-lebih lagi jika hadiah tersebut dihadiahkan daripada oleh individu yang korang sayangi. Surprise je kan kalo tiba-tiba Si Dia bagi kite hadiah. Macam mana kalo Si Dia bagi hadiah yang pelik-pelik. Macam aku dulu bukan main lagi surprise..memang gembira tak terkate la. Alih-alih bile je bukak hadiah tu, tengok kumbang spesis besar keluar. Isk.. *Lupakan la cite ni..bad memories in sweet memories.^_^

Jom kite cek senarai di bawah :

1. Pakaian

Secara umumnya, lelaki tidak begitu mengambil berat tentang soal pakaian. Pakai saja apa yang ada, kata mereka. Tetapi jika Si Dia  menghadiahkan kamu pakaian, itu tandanya si dia mahu kamu sentiasa mengingatinya selalu. Sebagaimana pakaian yang "melekat" pada tubuh, seerat itu lah Si Dia mahu kamu ingat padanya.


2. Coklat


Kajian telah membuktikan bahawa coklat mempunyai phenylthylamines iaitu sejenis bahan yang mampu merangsang penghasilan hormon endofin hingga membuatkan sesiapa sahaja yang makan coklat akan berasa gembira. Jadi maknanya, jika Si Dia memberi hadiah coklat, Si Dia mahu kamu gembira di dalam hubungan yang telah terjalin.


3. Bunga-bungaan

 Tidak semestinya Si Dia memberi bunga adalah seorang yang romantis. Mengikut kajian yang dilakukan Dr. Daniel Amin (pakar psikiatri), bunga mampu mengstimulasikan seseorang agar menimbulkan perasaan positif terhadap individu yang memberikan bunga itu


4. Kasut


Gadis perlu tahu bahawa lelaki sebenarnya cukup "berminat" jika teman wanitanya itu memakai kasut yang bertumit tinggi. Mungkin kerana ia punya aura seksi di mata lelaki. Oleh yang demikian, sekiranya si dia menghadiahkan kamu kasut tinggi, ia memberi tafsiran bahawa Si Dia sebenarnya mahukan suasana yang romantik dengan kamu.


5. CD lagu

 Jika Si Dia menghadiahkan cakera padat ianya bermaksud Si Dia mahu kamu menhargai hubungan cinta yang disemai. Dan lebih penting, Si Dia juga mahu kamu menyayanginya dengan sepenuh hati.


6. Barangan kemas

Sekiranya Si Dia memberikan barangan kemas kepada kamu, Si Dia sebenarnya mahukan hubungan yang serius dengan kamu. Bukan hanya untuk "stok bercinta" semata-mata. Sebaliknya, Si Dia sudah pun bersedia untuk menjadikan kamu sebagai suri dalam hidupnya.

Oke la, ni je yang dapat aku syerkan lah ye..em..maksud pemberian kumbang besar ape ek..? -_-'






Segmen : Tambahkan Followers Diblog ! by Aimi


Hai alls !

Join segmen ni sebab nak tambah follower..sambil tu jugak nak tambah kenalan..erkk..same jugak tu kan..hehehe..

Nak join klikje banner kat bawah ni..


Jumlah follower cume ade 212 orang je..




Mentang-mentang aku kerja


Hai alls...

Setelah sekian lama menyepi kini bersua juga ye...ceh..ayat bajet..hahaha..

Tadi masa aku walking-walking blog ade la sorang member aku text aku. Aku ingat dia nak tanye kabar aku. Tengok-tengok dia mintak aku syer kredit kat dia. Isk.. Ingat aku ni cop kredit ke nak mintak-mintak syer. Yess...aku kedekut.......pasal aku sendiri pun kadang-kadang kredit ciput je. Kadang-kadang langsung takde kredit. Inikan pula nak syerkan kat orang lain.

Aku bukan ape tak nak bagi. Aku tengah belajar save bajet. Biasa la, dunia bekerja ni..sendiri pandai-pandai la simpan duit kan. Banyak bende nak kene gune duit. Kalo takde duit simpanan habis la cite. Alamatnya mengemis la kat tepi jalan. Hehe..

p/s : Lepas ni nak simpan duit sambil buat duit...^__^
       
     





Bila kaki dalam makananku



Hai alls...

Aku ade bende nak share ngan korang. Biasa la kan, bende menarik sudah semestinya dijadikan sebagai bahan cerite untuk entry.

Hari ni aku rase aku asyik makan je keje. Belum lapar dah makan lagi. Kalo lah aku berterusan macam tu dalam masa sebulan, aku rase aku mungkin menjadi gemuk. Yess...aku mo gemuk..! Tapi gemuk sikit je la...hehehe..=P

Nak diceritakan kat sini, tengahari tadi aku makan nasi ayam penyet..Lepas tu, petang tadi pulang je dari keje, Si Dia bawak aku makan kepci..balik rumah, akak pulak bawak aku makan. Aish..aku rase confem gemuk punye pas ni..hehehe..=D

Mase aku makan ngan akak aku tadi aku masih lagi kekenyangan..dah tak larat dah nak telan makanan. Tapi aku pakse gak tekak aku nak makan. Memandangkan makanan yang terhidang macam sedap je, aku pun makan la jugak. Makan punya makan, aku pun terus kekenyangan yang amat sangat. Tapi sebelum aku stop makan, aku minum sup ayam yang diorder akak aku tadi. Bukak je mangkuk sup tu, terus hilang selera aku nak makan..sebab tengok kaki dalam mangkuk sup aku tu...iskk..


Ni la kaki yang aku maksudkan tu..hahaha..nampak macam bagi signal 3 je kan..

Aku sebenarnya tak pandai makan kaki ayam. Tapi banyak kawan aku cakap, kaki ayam sangat enak dimakan kalo kene dengan masakannya.

Segmen jom kawan


Hai u alls...

Hari ni aku nak join segmen memandangkan line broadband aku dah sebijik macam siput berjalan. (erk, siput pandai berjalan ke? ) So, aku cube memuat turunkan entry ni samada dapat publish @ tak. Hehe..

Nak join? Klik banner kat bawah..


kritik : bagi aku blog beautyshinju kemas & cantik. Sejok je mate memandang..^___^

Menipu pun ade juga baiknya


Hai alls..

Ntah ape-ape ntah tajuk entry aku tu kan. Hehe.. Korang jangan salah faham lah ye. Aku ni bukan penyokong tegar sikap macam ni, cume aku ade pendapat tentang menipu ni kadang-kadang ade juga baiknya.

Dulu kalo ade orang tanye itu ini aku jawap dengan jujur. Tak kisah la orang tu aku kenal @ tak kenal langsung. Tapi sekarang ni tak macam tu lagi. Semenjak aku ditegur kawan aku. Dia cakap sikap aku yang terlalu jujur tu boleh mengundang bahaya. Mane taknya, kadang-kadang orang tanye aku tinggal kat mane, aku jawap je tanpa fikir baik buruknya. Bila aku fikir balik teguran kawan aku tuh, aku rase memang ade betulnye teguran dia tu. Seandainya kalo orang bertanyekan tempat aku tinggal tu ade niat yang tak baik, tak ke naya aku. Yela, orang tu tanye kat mane tempat tinggal aku, mane la tau kan dia nak rompak ke..

Mak aku selalu pesan, sekarang ni arus pembangunan dah semakin pesat. Jadi zaman sekarang dah tak macam dulu dah. Tak sume orang boleh kite percaye. Lagi-lagi orang yang memang kite tak kenal sape. Kawan yang tegur aku tu pun cakap bende yang same jugak. Diorang cakap, tak salak kalo nak jujur..tapi mesti la bertempat.

Sekarang bila orang tanye bende yang same @ soalan ntah ape-ape aku jawap tipu-tipu..hehehe..



Buat temujanji dahulu


Hai alls..

Hari ni, line broadband aku dah mula slow. Dan aktiviti bloging aku terpaksa tergendala sekejap. Ah, banyak benda yang perlu aku godek-godek tapi broadband pulak bagi masalah kat aku.

Hari ni aku kelam kabut je sesampainya kat tempat aku kerja. Mane taknye, kat depan tempat aku kerja dah dikerumuni (betul ke ejaan aku ni) orang ramai. Jadi aku terpaksa la mempercepatkan rutin harian aku tu. Ape punya orang la, sepatutnya tempat aku kerja bukak jam 9 pagi, tapi diorang dah terpacak kat situ jam 7 lebih. Nasib jugak aku awal turun keja pagi tadi.

Sepatutnya diorang kena la buat temujanji dulu sebelum nak datang. Ni tak, main serbu je. Maunya aku tak sesak nafas sebab kelam kabut. Iskk.. Lagipun dah memang prosedur kat tempat aku kerja mesti buat temujanji dulu sebelum datang. Kalo tak dapat bagi surat dulu, sekurang-kurangnya col la dulu. Senang aku prepare awal. Takde la awal-awal pagi aku dah kelam kabut semacam je. Haishh..-_-


Segmen 2 : 6 Perkara Tentang Saya II


Hai u alls..

Line broadband aku dah mula slow dah..dah limit la tu..baru je aku buat entry pasal tips mengurangkan limit penggunaan broadband hari tu, tup-tup broadband aku pulak yang dah limit. Bukan ape, hari tu lepas je lappy aku sembuh dari kerosakan, aku download bermacam bagai software yang telah hilang semenjak kerosakan lappy aku tu. Tu pasal la broadband aku dah limit dah ni. Hehe..

Aku nak join 1 segmen ni,. yang aku rase macam best je. Lagipun dah lame dah aku tak menjoinkan diri dalam segmen-segmen. So, kalo korang nak join jugak, klik banner yang tertera kat bawah oke..


6 perkara tentang aku ;

1. Aku seorang yang suke makan tapi seringkali tak dapat habiskan makanan yang aku makan tu. Selalunya aku macam ni bila aku rase teringin sangat nak makan sesuatu dan bila aku dah dapat makan ape yang aku hajat, automatik tak lame pastu aku tak dapat habiskan makanan tu.

2. Aku memang suka memakai pakaian yang baru dibeli tanpa dicuci terlebih dahulu. Dan menjadi tabiat dari dulu aku memang akan pakai baju yang baru dibeli pastu baru cuci. Dan bagi aku begitu la cara untuk merasmi sesuatu yang baru. Hahaha..

3. Perkara yang paling aku tak suka bila je bergadoh / salah faham dengan kawan pastu mogok takmo cakap. Aku rase bila dah sama-sama tak cakap rase macam janggal je. Rase macam baru berkenalan je.

4. Aku seorang peminat tegar makan buah asam boi. Tak kira asam boi tu versi kayu ke, versi biji ke asal spesis asam boi memang aku rembat habis. Sebungkus besar asam boi aku dapat habiskan dalam masa 3 hari sahaja. Amacam? Nak lawan tak? hehe..

5. Aku paling tak suka menunggu. Tak kira menunggu ape, asal menunggu.

6. Aku seorang yang cepat menggelabah dan tak suka bila menggelabah. Bila aku menggelabah selalunya sume kerja yang aku buat memang tak menjadi.

Mimpi @ petunjuk?


Hai sume..

Aku nak syer sikit cite berkenaan mimpi. Kate orang mimpi tu mainan tido. Tapi kate aku...?

Aku tak tau la samada mimpi yang aku selalu mimpikan tu hanya sekadar mimpi biasa @ petunjuk untuk aku. Dan setiap kali aku bermimpi, pada keesokan hari confem ade something wrong berlaku. Kadang-kadang tu aku seringkali bermimpi mimpi yang sama.Selalunya sesedarnya aku dari tido aku akan cuba recall back mimpi aku tu. Sebab aku nak dapatkan gambaran jelas mimpi aku tu. Pernah dulu aku mimpi tapi aku tak dapat ingat balik ape yang aku mimpikan tu. Yang pasti ape yang aku rase mimpi aku tu memang menakutkan aku. -_-

Kalo tak silap aku, setahun yang lepas aku ade bermimpikan tentang aku berlawan dengan mayat hidup a.k.a Zombie. Dan dalam mimpi tu aku memang takde peluang untuk mengalahkan diorang. Aku cube kalahkan diorang dengan membuat bacaan seperti yang aku pelajari melalui kitab injil. Tapi aku tak dapat kalahkan diorang. Oleh kerana aku terlalu cemas, dalam tak sedar aku mengucap 2 kalimah syahadah sepertimana dipelajari aku suatu ketika dahulu. Dan sekelip mata sume zombie menghilang. Dsini aku bukan nak sentuh pasal isu keagamaan. Aku cume nak cite tentang mimpi aku yang seolah-olah memberi petunjuk untuk aku.

Setahun yang lepas jugak aku terkena buatan orang. Aku pergi berubat. Dari berubat dengan dukun / bomoh sampai la berubat dengan haji. Dan aku sembuh seperti sediakala. Semasa aku dalam pantang berubat, aku bermimpi perkara yang boley dikatakan hampir sama berturut-turut pada sebelah malamnya. Aku takmo la buat tafsiran sendiri..tapi aku dapat rasakan yang mimpi aku tu seolah-seolah beri petunjuk untuk aku.

Sebenarnya banyak lagi mimpi yang aku mimpikan tu, tapi aku just syer yang aku rase macam best je untuk dijadikan entry.. Hehe..


Nak makan lain, tapi lain pulak yang dimakan


Hai guys...

Sebenarnya tengahari tadi dah aku publishkan entry ni, tapi macam-macam je hal yang perlu disettle tadi. Pasal tu la baru sekarang entry ni dipublishkan.

Sebelum aku nak keluar pegi tapau makanan tengahari aku, aku dah rancang nak makan nasik ayam penyet (menu faveret). Lagipun aku memang dah lapo giler, jadi tu la menu yang boley tolong kenyangkan aku. Dalam masa aku menunggu jam cukup, aku terkejut dengan mesej daripada 'orang tu'. Dia cakap nak jumpa aku. Belum sempat aku balas mesej 'orang tu', 'orang tu' dah terpacak kat depan tempat aku kerja. Haih..macam hantu je..tibe-tibe je muncul. -_-'

Memandangkan 'orang tu' dah terpacak kat tempat aku kerja, so kitorang pun borak-borak. Lagipun lame dah tak jumpe. Tapi perut aku meragam sebab nak mintak makan. Aku tahan je. Yela kan, sebab aku nak jaga hati 'orang tu', jadi terpaksa la postpone sekejap nak makan. Dalam masa aku tahan lapo, tiba-tiba 'orang tu' tanye aku dah makan belom..aku sengih je. Takmo la cakap yang aku tengah lapo siot ni..hehe.. Tak lame pastu 'orang tu' cakap dia nak pegi beli tapau kepci kat aku, memandang kitorang tak dapat keluar makan sama-sama. Mula-mula aku takmo. Bukan ape, aku sebenarnya takmo menyusahkan 'orang tu' & termakan budi 'orang tu'. Lagipun aku orang jenis yang tak suke menyusahkan orang lain & tak suke nak makan budi orang lain.

Bila je dengar aku cakap takmo, terus 'orang tu' cakap belanja untuk kawan je. Mau tak mau, terpaksa la aku terima. Takut digelar sombong. Isk.,aku nak makan lain, tapi lain pulak yang dimakan. Tapi takpe la, makan je la..hehe..=_=

# tak sume bende yang dirancang akan menjadi seperti kehendak kita. Bak kata pepatah, "kita hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan."

Tips mengurangkan limit penggunaan broadband


Hai alls..

Idea datang aku terus pecut taip buat entry. Cun dengan slogan aku  "Dimana ada idea, disitu ada entry". Slogan ni aku cipta sendiri la ye. Bukan copy or ciplak. Tapi kalo ade slogan yang sama dengan slogan aku tu, aku tak tahu la. Mungkin kebetulan je kot.

Memandangkan aku online menggunakan broadband, so untuk memudahkan aku dapat ber'online aku mesti la connect dulu kan. Kalo tak connect dulu camne nak online kan. Aduinye pown,..hahaha..

Bercakap pasal connect-connect ni, aku ade tips untuk korang. Tips menjimatkan penggunaan broadband agar penggunaannya tak cepat sangat limit.

Berikut tips-tips yang aku titipkan untuk korang bace ;

1. Pastikan korang disconnect dulu line sebelum korang pergi tandas @ buat kerja lain. Maksudnya, kalo korang biar line broadband korang terconnect, makanya penggunaan broadband korang confem cepat limit.

2. Apabila korang sedang membuka sesebuah laman web, sudah semestinya bermacam bagai iklan-iklan yang akan muncul. Dan ini secara automatiknya akan menyebabkan penggunaan broadband korang cepat limit. Untuk mengelak daripada kecepatan limit penggunaan, korang disarankan supaya disconnect dulu line korang. Baru line tak jalan. Hehe..

3. Seandainya korang ni memang kaki bloging, dah sudah semestinya aktiviti walking-walking akan korang buat kan. Sekiranya korang gemar membaca hasil penulisan dalam blog lain, hendaklah korang disconnect dulu line tu. Sebabnya, untuk fokus dalam pembacaan korang sudah semestinya membaca dalam masa yang lama kan. Pasal tu la korang patut disconnect line.

4. Kalo korang seorang penggemar muzik sudah semestinya kalo ada lagu baru korang akan download. Untuk memastikan line broadband korang tak cepat limit korang digalakkan untuk mendownload lagu di cyber cafe. Dan dengan cara ini, korang dapat menggurangkan penggunaan broadband korang dan peluang untuk penggunaan broadband limit amatlah tipis.

5. Bagi korang yang sememangnya kedekut tu, korang tetapkan masa untuk online. Contohnya 30 minit untuk online dalam sehari. Dengan cara ini, korang sudah semestinya dapat mengurangkan penggunaan broadband daripada cepat limit.

Kalo korang rase tips ni bergune, korang amalkan lah ye..hehehe.. ^_^v


Cerite tentang BR1M


Hai alls..

Hari ni tergerak pulak hati nak buat entry,.memandangkan idea datang secara mengejut. Lagipun aku dah fikir 24 kali dah pasal isi entry ni, samada nak buat entry @ tak. Yela, kita tak tahu kan ape yang ingin kita sampaikan dengan niat yang baik kadangkala ade menguris hati sesetengah orang. Kadang-kadang ape yang kita sampaikan tu seringkali disalahertikan sesetengah pihak. Tu yang aku heran tu..hehe..

Oke, back to the point. Last week, aku isi borang BR1M 2.0 tu. Lagipun aku saje je nak isi, memandang aku terbace syarat kat borang tu dan aku rase aku ni mencukupi syarat. Aku tak tahu la, samada aku lulus ke tak nak rembat duit tu..hahaha..=D

Sambil aku isi borang tu ade la sorang kawan ni mintak aku tolong isikan untuk dia. Tak banyak cakap, aku pun tolong dia. Dia mintak tolong aku isikan borang yang sama iaitu untuk BRIM (RM250) punya. Dengar cite kawan ni ade isi borang BR1M (RM500) tu dulu, tapi tak lulus. Sebabnye, dia punya laki pun dah isi jugak. Aku tak tau nak cakap ape,.tapi yang pasti ayat yang terlintas dalam fikiran aku adalah 'bengap'. Kan ke syarat BR1M (RM500) mesti diisi sorang dalam isi rumah. Dalam istilah lain ketua keluarga lah yang isi kan. Nape nak isi 2 3 orang dalam serumah kan. Aku terfikir lagi, dia suh aku isi borang sama ngan borang yang aku isi BR1M (RM250).. heran aku kejap. Yela kan, dia dah berlaki tapi nak isi borang yang dikhaskan untuk orang bujang. Aku tau dia faham ape syarat kat borang tu, tapi aku rasa dia buat tak tahu je. Tak pun buat tak faham.

Aku bukan ape lah ye, bukan iri hati, busuk hati @ dengki. Aku cume rase tindakan kawan tu macam tak betul je. Yela, BR1M (Rm500) tu sememangnya diisikan sorang dalam isi rumah, tapi dia isi jugak padahal laki dia pun isi jugak. Pastu BR1M (RM250) dikhaskan untuk bujang @ yang belum ade laki/bini, tapi dia nak isi jugak. Haih..susah la nak cakap orang camni. Nak tegur, kite pulak yang dimusuh dia. (Pasal tu la aku terpaksa tolong dia isikan, sebab malas nak bermusuh gara-gara hal camni)

# aku memang pantang kalo orang menipu..dahla menipu..tamak pulak tu..ape kate orang dulu-dulu, orang tamak selalunya rugi ek..emm..


Berubah = Bertukar


Hai readers..

Arini rase rajin pulak nak update entry. Tu pun entry sikit je la..2 3 4 hari yang lepas aku membusykan diri sebab nak edit blog aku ni..tu pasal la tak takde entry. Serius, bab-bab edit ni memang memeningkan pale hotak aku. Naik juling dah mate ni sebab dok renung lame-lame koding-koding tu. Dalam mase yang same aku terfikir la pasal ade orang cakap kacang je edit-edit blog ni. Pastu boley pulak cakap pejam mate je buat edit-edit ni. Memandangkan aku ni memang suka berhalunasi (eh, betol ke ape yang aku cakap ni..bukan berilusi ke..ah..ape-ape je lah..) aku pun membayangkan dengan penuh perasaan ape yang diorang cakap. Betol ke diorang boley edit blog dengan mate dipejam? Tak ke lain-lain ditaip nanti kalo mate tak melihat ape yang ditaip tu..iskk..gile ape..pelik-pelik je kan.. =D

Uik, dah lari topik pulak dah entry aku ni..ni yang aku tak suke ni..hahaha..Memandangkan aku buat entry ni, aku nak kasi tau la sama korang-korang sume,.blog aku dah bertukar wajah..dari kaler pink pergi kaler purple..hehe..aritu mate aku cakap kat aku dia dah tak tahan dah asyik tengok kaler pink je..nak tukar kaler purple jugak. Jadi aku pun tukar lah..

.
.
.
.
.





Aku belum pro lagi nak buat lagi cantik blog aku ni..cume buat seringkas @ sesimple je.

k lh, tu je aku nak cakap..hehehe..lagipun aku nak sambung balik edit blog ni. Jumpa di next entry lah ye..^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013