tiada lagi kamu (no more you)


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Lepas je blogwalking baru nak buat entry. Rasa-rasanya ni dah dikira aktiviti harian kot. Mane taknya, bukak blog..pastu balas komen..pastu blogwalking...pastu buat entry. Tu pun kalo ade idea sangkut baru taip-taip. Idea sememangnya ada, tapi bila je nak mula taip-taip habis idea lari bertempiaran. Leceh betol. -_-'

Dalam entry aku beberapa hari lepas, entry aku ade menceritakan sedikit tentang ex or bekas jerawat pakwe.  Belum bace lagi? Tengok SINI, SINI dan SINI. Kurang jelas kan..dan sebab tu la aku nak ceritakan sedikit sebanyak dalam entry hari ni. (takde sape nak ambik tahu pun, tapi aku nak cerita kan jugak..)

Aku mengenali ex aku dulu hanyalah sebagai seorang kawan. Dan tak lama pastu dari berkawan terus bertukar menjadi bercinta..--> kononnya laaa..Sepanjang perhubungan kitorang tu aku tau yang ex aku tu seorang duda anak 1. Waktu tu aku takde nak kisah sangat la pasal tu sume. Al maklum la..tengah hangat bercinta katakan. Ibarat falsafah cinta yang aku cipta sendiri "Bau taik pun boley jadi harum". Eh. Ade ke taik bau harum? Ish..

Hubungan kitorang rasa-rasanya hanya bertahan setengah tahun saja. Kira tempoh yang boleh dikatakan agak lama lah jugak. Tapi dalam tempoh tu tak cukup untuk aku mengenali sepenuhnya hati budi ex aku tu. Kitorang terpaksa berpisah atas sebab-sebab yang sangat kurang jelas bagi aku. Mula-mula tu memang aku tak terima perpisahan kitorang, sebabnya aku fikir takde sebab kitorang nak berpisah. Terlalu sukar untuk aku terima kenyataan untuk berpisah tanpa sebab yang munasabah. Agak lama jugak aku bermurung kerana hal ni, tapi aku paksakan jugak hati untuk terima dengan redha perpisahan kitorang tu.

Kini ex aku tu seringkali menghubungi aku. Dalam masa tu jugak aku selalu terfikir..untuk apa dia menghubungi aku sedangkan dia jugak yang meninggalkan aku suatu ketika dahulu. Walaupun tak terucap dek kata untuk apa dia menghubungi  aku, aku dapat mengagak apa kah sebabnya. Dan disebabkan sebab itu, tak mungkin untuk aku kembali kepada dia kerana aku dah ada teman pengganti dia. Dan bagi aku tiada lagi dia untuk hidup aku.

pic ulang tayang

p/s : ajal, jodoh di tangan Tuhan.



disebabkan sikap sambil lewa


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Hari ni seperti biasa update blog & blog walking. Apa yang terlintas dalam fikiran cepat-cepat dijadikan bahan cerita dalam blog. Lagipun rasa-rasanya apa yang nak diceritakan mungkin boleh memberi iktibar & pengajaran. Dan takde niat pun nak kutuk sape-sape. Tapi kalo ade yang terase tu, aku dahulukan dengan ampun maaf dipinta lah ye.

Pagi-pagi dah dengar ayah mengomel. Sambil aku sebok nak turun kerja, sambil tu jugak telinga aku mencuri dengar. Dengar punya dengar, rupanya ayah mengomel pasal dia sakit sendi tulang di kedua-dua bahu dia. Patut lah ayah selalu je mengadu sakit bahu sebelum ni. Ingatkan cume letih disebabkan dia bekerja. Hal ni diketahui pun lepas ayah pergi jumpa doktor pakar di emergency. Menurut kata doktor yang ayah jumpa, setelah bahu ayah discan untuk xray, didapati sendi tulang ayah seolah-olah lari dari kedudukan asalnya. Maksudnya seolah-olah tercabut. Aku tak reti sangat macam mana nak explain memandang aku tak terer subjek sains. Harap korang faham lah ye..

Rasa-rasanya ayah dah lama dah sakit bahu. Kalo tak silap, selalu lah jugak dia ulang alik pergi klinik pesakit luar sebab nak merawat sakit bahu dia. Memang kitorang ingatkan ayah sakit bahu biasa disebabkan urat bersimpul. Maklum la, ayah kerja berat-berat sebelum ni. Setiap kali ayah pergi klinik tersebut, mesti diberi ubat.

Apa yang aku nak sampaikan kat sini, doktor yang merawat ayah di klinik tersebut seolah-olah bekerja dengan sikap sambil lewa je. Kenape aku cakap macam tu? Sebabnya, diorang dah tau ayah sakit bahu tak sembuh-sembuh, buat ape diorang bagi ubat. Makan ubat tak jugak sembuh-sembuh, kena la kaji @ selidik apa yang menyebabkan ayah sakit bahu. Kalo setakat bagi ubat memanjang je, macam mane nak sembuh. Lagipun kerja doktor ni dah memang tanggungjawap diorang untuk merawat pesakit, jadi kena la jalankan tanggungjawap tersebut dengan sewajarnya kan.



Dan bagi pendapat aku la, patut lah banyak kes kecuaian yang melibatkan kerja-kerja macam ni semasa bertugas. Disebabkan sikap sambil lewa. Kalo tak bersikap sedemikian rupa, agak-agak ade tak kecuaian berlaku? Takde kan..


p/s : bersikap sambil lewa memudahkan kita untuk cuai. *peringatan untuk diri sendiri 



Welcome back..


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Hari ni aku kembali....kembali setelah 3 hari setengah bercuti. Pasal tu aku tak update blog untuk beberapa hari tersebut. (macam la ade orang cari je kan..) Orang bercuti balik kampung, tak pun travelling..tapi aku pulak bercuti dok umah je. Takpe la..asal dapat berehat pun kira dah ok.

Sepanjang percutian aku tu, aku terfikir la jugak..alangkah seronoknya kalo dapat meluangkan masa dengan aktiviti travelling. Fikir punya fikir, secara automatiknya aku ter'plan nak kumpul duit untuk tahun depan..pastu kalo ade rezeki, nak bawak mak & ayah travelling sama-sama. Uih..mesti best.^_^

p/s : Harap-harap apa yang diimpikan tu menjadi kenyataan..^__^ *tiba-tiba pulak rasa teruja ni..-_-'
       Entry pendek je la untuk hari ni memandangkan MODE aku masih dalam bercuti lagi..hihi..>_<



Klik 1


Antara ciri-ciri Kawan Baik


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Hari ni entry aku berkisar tentang Kawan Baik. Korang mesti ade kawan baik kan? Baik tak kawan korang tu? Adakah kawan baik korang tu jenis yang masih bersama korang masa korang susah?

Disini aku nak selit sikit cerita pasal aku ni. Sebenarnya aku tak pasti sangat aku ni ade ke tak kawan baik. Tapi serasa aku takde kot. Kalo ade pun cume mak aku tu je kawan baik aku. Yang tu sememangnya kawan baik selamanya la. Tapi kalo kawan baik kawan tu aku rasa macam takde je. Musti korang fikirkan aku sombong kan? Mane ade..aku bukan jenis orang camtu la. Aku jenis yang suke berkawan ngan sape-sape. Tak kira la laki ke ompuan ke, asal diorang baik ngan aku. Nak tau ape sebab aku takde kawan baik? Tunggu next entry wokeyh..Dah berjela pulak aku nak cerita dalam entry ni. >_<

Oke, back to topic. Aku nak senaraikan beberapa ciri-ciri kawan baik memandangkan tadi aku ade terbace dalam 1 buku. So, apa salahnya aku share-share kan kat sini.

Berikut antara ciri-ciri kawan baik :

  • Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. 
  • Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
  • Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk membuat kebaikkan.
  • Kawan yang baik adalah orang yang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
  • Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
  • Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan akhirat di dalam doanya.
  • Kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
  • Kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.


p/s : Jarang kita berjumpa dengan kawan baik yang bersama kita di waktu kita susah. Tol tak?

Leka punya pasal


Hai alls...salam 1 Malaysia..

Oke, ini cerita semalam..tapi aku nak ceritakan hari ni jugak. Belum basi lagi ye..hikhik..Alkisahnya semalam aku tengah sebok walking sana sini. Sambil aku walking-walking sambil tu jugak aku taip entry GA untuk aku postkan hari ni. Ye la, semalam kan entry aku wordless wednesday, jadi takkan aku nak post 2 3 entri sedangkan dah buat entry wordless wednesday kan..

Sebenarnya ceritanya macam ni, semalam aku walking-walking blog. Memandangkan line dah ok sekarang ditambahkan lagi dengan ada nya wifi, so aku walking-walking sana sini. Aku rasa,aku memang sangat leka dengan aktiviti walking-walking aku tu. Sampaikan makan pun boley lupa..nak pergi tandas pun boley lupa jugak..isk..(teruk kan) -_-'

Sambil aku ber'walking-walking tiba-tiba aku terima 1 panggilan telefon. Oleh kerana aku ni memang jenis menggelabah tak tentu pasal, jadi sambut panggilan tu pun kelam kabut semacam je. Habis je bercakap, aku terus catit kan dalam memo tentang butir-butir pesanan dari si pemanggil tu. Dan dalam masa yang sama aku fikirkan apa yang aku tersasul cakap. Sepatutnya aku ucap selamat petang sebab mase tu dah pukul 3 lebih camtu, tapi boley pulak aku tersasul cakap selamat pagi. Hahaha..Si pemanggil pun boley ucapkan benda yang sama jugak. Hahaha..kelakar betul..


kelakar memang kelakar, tapi dalam masa yang sama sangat memalukan..Jatuh reputasi aku..hihi..=.='

p/s : Lain kali jangan terlalu leka..

Anda mengalami kulit bermasalah? Disini la jawapannya. 


[OFFICIAL] Year End Giveaway By Cik Bunny


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Memandangkan tuan empunya blog telah pun invite aku untuk join GA dia ni, so aku menjoinkan diri lah bagi memeriahkan lagi pesta GA ni. Dan kalo tak silap aku ni la GA 1st yang aku join untuk bulan ni. Mane tau kan, dapat hadiah. Hikhik !

Klik SINI untuk join

Tarikh tutup: 3 Januari 2013 (11:59pm) (mungkin diubah pada bila bila masa

So apa tunggu lagi korang tu, meh la pakat join sama. ^_^


Penyebar hari kiamat ditumpas


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Minggu lepas ada satu berita menyatakan bahawa dunia akan mengalami kiamat pada 21 Disember 2012. Aku memang tak percaya la dengan berita-berita camni, apatah lagi diorang pandai-pandai buat ramalan diorang sendiri.

Sekarang penyebar hari kiamat tersebut telah pun ditumpas pihak berkuasa.

BEIJING: China menahan berpuluh-puluh orang sesetengahnya anggota kumpulan kultus dalam operasi besar-besaran bagi mematahkan khabar angin mengenai kedatangan kiamat, lapor media, semalam.
Pihak berkuasa di lima kawasan berasingan menahan 52 orang kerana menyebarkan khabar angin kononnya kiamat berlaku pada 21 Disember ini.

Agensi berita Xinhua melaporkan, dakwaan itu dibuat kerana kepercayaan mereka kepada kalendar suku Maya.

Jangkaan “kiamat” mendapat laporan meluas di China, antara lain disebabkan kejayaan filem Hollywood, 2012, yang dihasilkan berdasarkan ramalan suku Maya. Antara yang ditahan termasuk 34 orang di wilayah Fujian dan dua di Wuhan ketika mereka menyebarkan risalah mengenai “kiamat” di tempat awam.

Polis Chongqing berkata, khabar angin mengenai “kiamat” itu tersebar menyebabkan masalah kepada orang ramai dan mengganggu keamanan. Sebuah kumpulan Kristian yang dikenali sebagai Almighty God dan dilabel media tempatan sebagai kultus sesat turut menjadi sasaran.


Laporan menyebut, puluhan orang ditahan minggu lalu. Seramai 37 anggota kumpulan itu ditahan di Qinghai.

Mereka meramalkan, “tiga hari kegelapan” bermula pada 21 Disember ini. -AFP

Sumber : Ini


Antara Dua


Hai alls..salam 1 Malaysia..

2 3 hari ni banyak sangat perkara yang aku sentiasa fikirkan. Ikutkan hati memang takmo fikir sangat, tapi apakan daya otak aku ni tetap berdegil nak fikirkan jugak.

Beberapa hari kebelakangan ni, ex aku selalu contact aku. Aku tak tau la kenape ex aku tu nak contact aku, sedangkan kitorang dah lame dah tak bercouple. Disebabkan kitorang dah tak bercouple, aku dah anggap yang kitorang ni cuma berkawan je walaupun aku masih ada perasaan sayang terhadap ex aku tu. Tambahan pulak, sekarang aku dah ade orang lain. Jadi aku takmo la sakitkan perasaan DIA disebabkan perasaan sayang aku terhadap ex aku tu.


:: Aku lebih memilih DIA walaupun dalam masa yang sama aku masih sayangkan ex aku tu.

p/s : Entri luahan hati ketika kebingungan


Mengulit kenangan



Hai readers !

Lirik lagu ni memang sangat bermakna kat aku, so aku up kan dalam entry aku...^_^

Masih berbunga cintaku ini
Harum dalam kenangan
Biarpun telah engkau calarkan
Kuntum-kuntum rindu

Masih berdarah lukaku ini
Pedih menikam jiwa
Simpulan cinta terlucut kini
Mengapalah derita

Bukan ku mengungkit kisah lama
Sekadar mengulit kenangan
Kasih & sayang yang kita semai
ketandusan...

Mengapa terjadi perpisahan
Dikala aku memerlukan
Secebis rindu menghias kamar kegelapan
Rela aku begini & terus begini
Merawati kedukaan
Semoga suatu hari ada sinar sang suria menerangi

Tiada guna ku tangisi ratapi perpisahan
Yang berlalu biarkanlah
Kerna aku percaya sebalik kedukaan pasti ada bahagia..




Mode :: recall back memories..



Hari yang menggumbirakan


Hai alls...salam 1 Malaysia..

Hai korang, lame tak jumpa eh. Hehe..

Huh. Sudah lama rasanya tak update blog. *Eh..baru beberapa hari je kan.. -_-' tapi aku rasa macam dah lama sangat.

Wiheee..happy giler aku hari ni. Hari ni, aku baru dapat tau pasal tempat aku kerja ade wifi..so aku nak online takde problem bagai dah. Hahaha..(Sebenarnya orang lain dah lame tau..aku la insan malang yang terakhir tau..=,=' Sedey kan..isk..)

Sebenarnya tadi aku nak bukak blog gune celcom broadband aku tu. Nak online memang la dapat, tapi masalahnya loading..loading...loading..-_-' Tiba-tiba dalam masa yang sama aku cube untuk connect wifi gune lappy aku tu. Cube punya cube pastu terus dapat connect. Bila tengok dapat connect aku terus disconnect line broadband aku tu,.Apelagi, aku terus bukak blog pastu buat entry tanpa perasaan jengkel lagi dah. Hikhik..gumbiranya..>_<

 pic from google

p/s : Mulai hari ni aku dah takde susah hati tak dapat online lagi dah..^__^


Entry pendek..

Hai alls..salam 1 Malaysia..

2 3 hari ni aku senyap je..senyap bukan bererti malas nak update entry lah ye..bukan jugak disebabkan takde idea aku tak update entry..

Line broadband aku tu dah tak bagi kerjasama kat aku dah..nak update entry pun terkial-kial sebab lambat loading..ape lagi nak walking-walking..

Kepada komen yang aku tak reply tu,mintak maaf banyak-banyak ampun dipinta lah ye..tunggu line dah steady nanti aku replykan..aku reply tandanya aku takmo korang cakap aku sumbung..-_-

Kepada follower yang baru menfollow aku tu,jangan risau..line laju nanti aku follow korang balik..by the way,tQ sebab sudi follow aku ye..:)

Oke la..tu je aku nak cite..jangan risau ye..line laju nanti aku naikkan trafik korang..hihi..macam aku sorang je yang dapat naikkan trafik..hikhik..

p/s : sebenarnya aku testing update entry gune handphone aku ni..saje nak test..test kejakunan..hekhekhek..

Mohon klik-klik iklan aku tu ye..tu pun kalo sudi,,huhuhu..

Broadband bagi mesej warning?


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Semalam sambil aku tengah walking-walking aku terima 1 mesej dari broadband. Memandangkan aku pengguna setia broadband ni, jadi diorang bagi la mesej warning. Ntah kenape pulok diorang bagi warning tak tentu pasal ngan aku. Isk..kalo nak bergadoh face to face la kan..takyah bagi mesej warning bagai..

Ni la mesej yang aku cakapkan tu..

Sebenarnya aku tak bayar lagi bil broadband untuk bulan November. Pasal tu diorang bagi mesej warning kat aku. Hihihi..Mula-mula tu memang aku nak bayar. Tapi aku terfikir 1 idea. Idea nak tengok ape diorang buat kalo aku tak bayar. (Macam bengap je kan) -..-'
 

p/s : Bila aku tak bayar broadband, laju semacam je line. Takde slow-slow bagai dah. Apakah..?




3 perkara yang sangat dielakkan ketika bawak moto


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Memandangkan aku baru je lagi menceburi diri dalam bidang cari duit ni, memiliki moto pun kira oke dah bagi aku. Lagipun dengan moto aku boley pergi mana-mana je. Nak turun keja pun tak payah jalan kaki jauh-jauh lagi dah. Kiranya bersyukur sahaja dengan apa yang ada.

Aku bukan nak cerita pasal aku merempit la ye. Hihi..Sebenarnya aku cuma nak cerita 3 perkara yang sangat aku elakkan ketika aku bawa moto ni. Yela kan, moto ni bahaye..tak macam kereta. Silap sikit bawak boley melayang nyawa.

Berikut 3 perkara yang sangat aku elakkan ketika bawak moto ;

1. Ular melintas

Korang mesti geli ngan ular kan. Aku lagi la geli. Dulu aku pernah eksident disebabkan ular. Ular senduk pulak tu. Mase tu aku nak turun kerja. Dah siap makeup, pakai baju kurung santek-santek, tup-tup tengah jalan eksident. Nasib skirt baju kurung aku tu tak koyak. Kalo koyak pun takde hal sangat pun daripada dipatuk ular senduk tu. Yang paling buat aku rase macam seram-seram sejuk, nasib baik aku tak terjatuh atas ular senduk tu. Cube korang bayangkan camne kalo aku terjatuh atas ular senduk yang dah menukarkan kepale dia ala-ala senduk tu. Harap-harap bawak moto pasni tak jumpe menatang ular ni. -_-'


2. Dikejar anjing

Kena kejar ngan anjing ni pulak paling buat aku rase geram sangat. Yela, kalo dah kena kejar ngan menatang ni memang kita pulas minyak laju-laju. Tambahan pulak dengan muke gabra semacam, tak toleh sane sini, confem masuk parit pastu. Dulu aku pernah dikejar anjing. 10 ekor mengepong aku seorang. Mase tu eksident jugak aku. Isk..nasib aku tak masuk parit. Eksident pun sebab aku belok secara mengejut dan dalam masa yang sama sebab aku nak elak berlanggar ngan moto lain. Sebab tu sekarang kalo aku lalu je depan tempat yang ade anjing aku memang dah bekal batu besar. Senang aku nak baling kepale anjing tu. Hihi..


3. Anjing @ kucing melintas jalan secara tiba-tiba

Setakat ni aku tak pernah lagi terlanggar & ter'eksident gara-gara menatang ni melintas jalan. Mintak-mintak dijauhkan lah. Aku selalu tengok menatang ni mati tepi jalan disebabkan dilanggar. Kadang-kadang tu aku tengok ade bangkai menatang ni dibiar dipenyek kereta lalu lalang. Isk..teruk betul kan. Kalo aku ade terjumpa bangkai menatang ni tengah jalan, memang aku alihkan kat tepi jalan. Bukan ape, tak sanggup tengok diorang hancur berkecai akibat dipenyek kereta lalu lalang.

pic from google

p/s : Sebenarnya banyak lagi perkara yang sangat aku elakkan ketika bawak moto ni. Tapi aku cume cerite 3 je.

 

CPUV bertambah


Hai alls...salam 1 Malaysia..

Yay..aku punye CPUV dah bertambah dah..rase happy la sangat. Walaupun jumlah BE aku tu tak setanding BE yang dimiliki blogger otai. Tapi takpe la, aku bersyukur sangat sebab pihak NUFFNANG bagi iklan untuk aku..

tengok..dah bertambah kan CPUV aku tu

Dulu, aku tak tahu apa-apa pun pasal NUFFNANG ni. Blur je aku mase tu. Tapi tengok orang happy sakan je dapat BE, aku pun terfikir la nak godek ape yang diorang happykan sangat dengan BE tu. Bila lepas godek sana godek sini, baru aku faham.

p/s : Terima kasih kepada NUFFNANG

* korang klik-klik la jugak kat iklan aku tu ye..nanti aku klikkan balik iklan korang. ^_^

#wordless wednesday


Hai alls..salam 1 Malaysia..


pic from google

p/s : just for my ex..


Ulser & tergigit bibir


Hai alls...salam 1 Malaysia..

Korang mesti pernah kena ulser kan. Mesti korang tau kan macam mana sakitnya akibat penangan ulser ni. Sekarang ni aku tengah dilanda ulser la ni. Dah 2 hari dah kena ulser ni.

Selalunya kalo aku terkena ulser ni disebabkan aku kurang minum air. Tapi kali ni bukan disebabkan tu. Kali ni aku ulser disebabkan aku tergigit bibir (belah dalam) semasa makan. Sakit giler tau tak. Sampai berair mata aku tahan sakit. Isk..nasib tak parah. Kalo tak mau kebulur aku sebab tak makan minum.

pic from google

Kalo dah terkena ulser ni, selalunya aku minum air soda + eno. Dengan cara ni, ulser dapat hilang dengan cepat. Lagipun aku dah banyak kali cuba, dah hasilnya sangat berkesan. Sebab tu aku berani cakap ulser cepat hilang kalo dah minum air soda + eno. Kalo korang nak cuba, korang bace SINI ye. Selamat Mencuba.

p/s : Orang kate kalo tergigit bibir semasa makan bermakna ade orang tengah mengumpat kita la ye..



Alkisah berebut remote tv


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Sepasang suami isteri sedang berebut remote tv.
suami die suke tngk bola...manakala isteri die suka tengok
masak2...Gaduh punya gaduh sampai Channel tv asik bertukar-tukar...kejap bola kejap cite masak-masak... bunyi tv tu
jadi tak menentu mcm ni..

" satu kilo daging ayam DI TENDANG RONALDO MASUK GOL...
5 ulas bawang putih BERDIRI OFSIDE....daging di rebus oleh REFREE sampai em

puk....masukkan jintan manis dan YELLOW CARD ke dalam periuk..BOLA DIBAWA LALU di rebus
separuh masak....GOAL KEEPER ditusuk jadi sate...
PENJAGA GARISAN MENGANGKAT BENDERA tanda sate dah
masak.... "

jiran sebelah: Ape ke bende yg diorang tonton tu...pelik bebenor bunyinya.

p/s : cerita santai..^_^
 
 

1st December


Hai alls...salam 1 Malaysia..

Oho..hari ni hari pertama untuk bulan Disember dan entry ni entry pertama untuk hari ni. Sekejap je mase berlalu kan. Tak terase sume berlalu dengan cepat. Tak terase jugak umur semakin meningkat.



p/s : Happy blogging ye..and happy Disember to all of u..^^,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013