Derita merindu~


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Sekarang dah tak selalu sangat dah nak updatekan entry. Lagipun kalo nak updatekan entry tunggu rasa betul-betul nak menaip & ada benda nak ceritakan baru aku buat entry baru.

Entry ini berkisar hati..

Sekarang ni aku tengah menanggung beban merindu seseorang. Sesak je nafas bila terpaksa menahan perasaan camni. Aku nak sangat supaya benda-benda macam ni dijauhkan dari hidup aku. Tapi, semakin aku menjauh, semakin dekat perasaan tu datang.

Kehadiran "dia" semula menyebabkan aku menjadi tak menentu setiap masa. Aku cuba berlagak seperti biasa, tapi hati tak boleh tipu. Memang terasa sangat berat kat hati bila menanggung perasaan macam ni. Seolah-olah aku sedang memikul beban yang sangat besar.

Sepanjang perasaan aku mengalami gangguan ni, aku cuma memendam dalam hati apa yang aku rasa. Tapi bila dah lama-lama pendamkan semua tu, aku rasa yang aku sedang menderita menahan perasaan. Semakin lama semakin parah.

Bila dah keadaan macam ni, aku cuma berserah kepada takdir untuk menentukan. Aku cuma redha dengan keadaan macam ni. Selagi aku mampu, selagi itu aku akan cuba memujuk hati untuk menahan perasaan ni.



- ini lah yang dikatakan derita merindu


7 comments:

  1. Ececeee.. Pg la stalk profile nya, lepaskan segala kerinduan.. Ewahh ;D

    ReplyDelete
  2. sakit kalau kita tahan je perasaan itu. Cari la sahabat baik untuk kita luahkan kerinduan itu. Jika tahan, makin lama makin rindu.

    ReplyDelete
  3. owh dear, derita merindu itu menyeksakan, tapi kadang2 ada manisnya kan.

    ReplyDelete
  4. Mesti tau ni sbb apa.. sbb 'org' tu kembali dlm hidup cik Que kan?.. erm..soal hati dan perasaan ni susah mo ditafsir.. just, fikir baik2 K..hehe:)

    ReplyDelete
  5. parah tok deng,parah. :D
    nang derita mun menahan rindu.
    tauk mek perasaan kitak ya.
    tapi boh tahan2 bah , pdah jak luah jak kat org ya. hee..

    stay strong dear ♥

    ReplyDelete
  6. A'ah memang rindu itu menyeksakan..derita sangat2. Itulah hati susah betul nak di terjemahkan.

    ReplyDelete
  7. Bila dah ada rasa rindu tu...apa lagi kasi sambunglah cik Que..

    ReplyDelete

Hai korang..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi komen entri ni..

Lepas ni saya akan terjah blog anda pulak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013