Duck face & IC


Hai alls...salam 1 Malaysia...

Hari ni aku kembali bekerja seperti biasa. Rupanya hari ni orang masih bercuti sakan., patut la lengang semacam je aku tengok keadaan persekitaran di bandar tadi. Apa-apa pun aku masuk kerja hari ni masih dalam keadaan mood bercuti. Hehe.. =D

Apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah mengenai IC / IDENTITY CARD / KAD PENGENALAN. Sekarang aku tengok baby yang baru lahir pun dah ada IC jugak. Tapi kalo tak silap aku IC diorang dikenali sebagai MY KID. Berwarna pink pulak tu. Dulu zaman kitorang takde lagi kan. Yang ade pun cuma nombor sijil lahir je. Pastu abis je darjah 6 baru boleh tukar. Tak macam zaman budak sekarang, keluar je dari perut terus dah dapat IC. Almaklum lah kan, zaman dah berubah kata kan !

Kalo IC untuk orang dewasa, yang terbaru nya pulak ada 2 wajah kita kat IC tu. 1 gambar kecik, 1 gambar besar. Dengar kata, sape-sape yang masih menggunakan IC lama boleh tukar yang baru. Tu aku tak pasti sangat lah, sebabnya aku cuma dengar cerita orang je.

Sambil aku terfikir pasal IC baru tadi, aku tertanya-tanya kat aku sendiri..gambar IC tak boleh buat muka 'duck face' ke? Tak pun senyum sokmo ke. Bukan ape la, setahu aku gambar IC kebanyakkan muka serius habis. Ada jugak muka yang seolah-olah menahan bijik mata yang hampir nak terkeluar sebab terkena pancaran cahaya dari kamera.

Bayangkan kalo IC boleh buat gaya-gaya mimik muka yang bermacam bagai. Rasa-rasanya mungkin IC tu dah tak macam IC dah. Hahaha.




*dua-dua pic ni aku pinjam dari google ye

p/s : Ade yang cakap, kalo nak tengok muka yang sebenar tengok je kat IC. -_-'



22 comments:

  1. Hahaha..kalau buat ic muka macam ni..maka ramailah yang rajin nak tukar ic baru..hehe..tak nak lah tak sanggup buat muka gitu..hehe..sebab saya tak reti buat muka gitu.. ^___- Cakap pasal ic baru, saya tak tukar pun lagi, dah masuk 18 tahun ke 20 tahun kena tukar ic kan..Alamak, saya dah nak masuk 21 dah.

    ReplyDelete
  2. Hye dear,
    yups, dorang now dah ada mykid siap number IC skali.
    Masa I last tukar IC sebab kena tunggu berjam, sampai my turn dah penat sangat siap girl yg snap picture tu minta I sikat rambut sikit hahaa... totally real face.

    ReplyDelete
  3. mykid x de gambar gambar... lagi comelkan kalau de gambar. Ble banding2kan dgn time umur 12 thn skang. Hehehe

    ReplyDelete
  4. betul saya punsetuju cam Siti Saleha cakap tu.. kan comel mykid kalau ada gambar.. :)

    ReplyDelete
  5. hahaha, sik sabar kamek nak tukar IC mewk eh. Malu mewk nangga IC mewk. Nak poyo abiss. Dengan skarf yang cun2 dekat kening. Mejin jark kitak. Kedak apa jark.

    ReplyDelete
  6. @Nurul Aini hehehe..bila dah bt ic nanti Aini jgn lh bt muka duck face pulak...hehehehe..=D=P

    ReplyDelete
  7. @Nastyna hehe..nasib baik girl tu x snap pic terus kan..kalo tak, tpksa la tnggu berapa thn lagi nak tukar ic..hihi..=D

    ReplyDelete
  8. @Siti Salehabtul tu.. mst comey2 je muke diorg kalo nk letak dlm ic..=)

    ReplyDelete
  9. @myfreeminded Bila dah besar, sng la nk tau camne muka kecomelan wktu dlm mykid..hehehe..=D=P

    ReplyDelete
  10. @Isabel Diaz mst kiut li jk..hehehe..xhal, ktk tuka nk baru lak pesep bna2 ktk lak..hehehe..=D

    ReplyDelete
  11. ahhaha...memang pun CIk Que.. muka dlm IC mmg tak kan sama dgn real..kdg2 mo ketawa bila tgk muka di IC dulu2..:)

    ReplyDelete
  12. hahaha camney lah mun kmk molah duck face dlm ic.
    teruk gk dari duck face ada kali.
    hehehe..

    ReplyDelete
  13. @aTieYusof Family takpe kak..tu muka retro tu..limit edition..^__^

    ReplyDelete
  14. @michelle De hunny aie..molah jk cya..sekali sekala mencuba sstu yg baru..hahaha..ntah2 masa ktk molah duckface alu dihalau keluar oleh dak JPN ya..hehehehe...=D=P

    ReplyDelete
  15. Mmg lum tukau pun yg latest tu.. Tak tau pulak ada dua gambaq...patut gambaq posing maut barulah vougekan cik que

    ReplyDelete
  16. kalau macam tu nye ekspresi boleh guna untuk ic.. tak tau r.. tapi memang setuju.. nak tengok muka sebenar tengok dekat ic.. =P

    ReplyDelete
  17. hahaha..kalau bole..tiap minggu nak pergi tukar ic baru lahh....update pelbagai pesem muka dalam ic...

    ReplyDelete
  18. hahaha..kalau bole..tiap minggu nak pergi tukar ic baru lahh....update pelbagai pesem muka dalam ic...

    ReplyDelete
  19. @hainom OKje vouge ala2 model ye kak okje...hihi..=D

    ReplyDelete
  20. @kay_are hehehe..hrp2 takde la arahan dari JPN suruh bt ekspresi muka mcm2 pas ni..hihihi..=D

    ReplyDelete
  21. @Ain Dzaya hehehe..mst berpusu2 manusia nak bt muka duckface..hehehe..=D

    ReplyDelete

Hai korang..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi komen entri ni..

Lepas ni saya akan terjah blog anda pulak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013