Pertukaran yang tak menjadi !


Hai alls...salam 1 Malaysia..

Hari ni hari yang sangat membingungkan aku. Sampaikan aku dah tak dapat nak fikir apa-apa dah. Nak fikir, tapi aku tak tahu apa yang aku fikirkan tu. Eh. Camne tu ek? -_-'

Dari pagi tadi sampai sekarang ( 2.45pm) aku asyik dok atur-atur akaun blog aku ngan akaun email. Niat kat hati nak tukar nama blog, jadi aku pun tukar la. Bila dah tukar nama blog, aku terfikir pulak nak tukar nama email serentak. Biar nampak seiring ngan nama blog aku tu. Tukar punya tukar tak dapat. Pastu tanpa segan silu idea aku nak gune akaun email baru datang menerjah dalam fikiran aku tu. Jadi aku pun cepat-cepat bukak akaun email baru. Akaun email lama aku tukarkan dengan akaun email baru. Tak lama pastu siap. Hati pun banyak suka.

Tapi.................................................................

Bila aku check balik semua yang aku tukarkan tadi, aku seolah-olah dapat merasakan ada something wrong ngan blog aku. Jadi aku pun belek-belek blog aku tu. Belek punya belek, tak bernafas aku untuk seketika. Ye la, tengok semua setting dalam blog pun tertukar jugak mane tak bikin hati cuak. Dah pulak tu aku mane reti sangat pasal setting-setting bagai. (tapi tangan aku gatal pulak nak tukar tu tukar ni)

And then, aku cuba kembalikan keadaan tersebut menjadi seperti biasa. Lama jugak aku nak pulihkan keadaan blog aku tu. Sampaikan otak aku seolah-olah kondem akibat terlalu kebingungan.


16 comments:

  1. sabar cik que, lama2 godeh jadi pandai,kan? itulah hikmahnya bila blog 'hilang' sekejap..

    ReplyDelete
  2. tak menjadi ye... alahai kesian kat alia... cuba nanti ye... jangan penim lagi sudahla...

    ReplyDelete
  3. @miz ruha hehehe..lia dh naik pening tdi sb bingung..>_<

    ReplyDelete
  4. Haha. Kesian.. huru hara blog :D

    ReplyDelete
  5. hehhe...sempat pening kepala..nasib baik dah OK semula ya..
    kena rajin explore setting2 ni kan..
    mcm akak, erm malas dah nk tukar2..bukan pandai nak buat..:)

    ReplyDelete
  6. Sabar Cik Que...
    Wilma dulu pun macam tu jugak...
    Tapi, sekarang dah ok sikit la...
    Walaupun tak mahir sangat, tapi, bolehlah nak repair + edit blog sikit...

    ReplyDelete
  7. pengajaran utk ktk deng ,
    tangan ya boh gatal gilak.
    hehehe :P

    ReplyDelete
  8. Happened to me hahaha. sabar ok, tenangkan fikiran dan godek lagi ;)

    ReplyDelete
  9. @Nastyna hehehe..bila dh godek serabut lagi dlm kepala.hehehe.=D

    ReplyDelete
  10. @michelle De hunny hahahaha...tgn tok x dpt dcontrol ya la gatal..>_<

    ReplyDelete
  11. @Dunia Wilma =) mgkin hal mcm ni salah 1 yg perlu dilalui seorg blogger kn..hehee..=D

    ReplyDelete
  12. @aTieYusof Family lps ni cik Que mls dh nk godek2..hehehe..sama mcm akk jugak, tak pandai sangat nak buat..=)

    ReplyDelete
  13. @Fikri =D nampak gayanya mcm tu la...=D=D

    ReplyDelete
  14. hehe..biasalah tu..lama2 mesti hebat..cuba je, kalau ada apa2 godek google dulu.

    ReplyDelete
  15. aik..blh plak prtukaran yg xmnjadik... ==!

    ReplyDelete

Hai korang..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi komen entri ni..

Lepas ni saya akan terjah blog anda pulak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013