sotong terbang?


Hai alls...feel in good to meet you all again..hehe..

Hari ni aku kerja half day. Ahad cuti, isnin pun cuti. Ah. Masyuknya apabila dapat bercuti biarpun tak banyak hari. Sekarang aku tengah menahan sakit perut akibat terlalu kenyang. Gara-gara makan tak henti-henti menyebabkan aku dah tak berdaya dah nak buat apa-apa sekarang selain baring & menaip isi cerita yang aku memang nak ceritakan kat sini. Tu la kan, seharusnya berhenti sebelum kenyang, tapi aku main belasah je bila dah tengok makanan. Nak tambah isi badan katanya. Tapi tak jugak pandai berisi. Yang berisi pun hanyalah lemak di perut. Misteri kan..>_<

Memandangkan aku kerja half day je hari ni, jadi kerja aku hari ni hanyalah membelek toilet paper newspaper sementara menunggu jam nak balik. Belek punya belek newspaper tu aku terbaca pasal cerita sotong yang boleh terbang. Korang percaye ke sotong boleh terbang? Aku mulanya memang tak percaya. Tak pernah tahu pun aku yang sotong ni pandai terbang. Yela, bila fikir selogiknya, sotong mane ada sayap macam burung kan. Apsal pulak boleh pandai terbang kan. Cuba korang tengok gambar kat bawah ni. Nak cakap macam kapal terbang tak jugak. Nak cakap burung terbang macam bukan burung jugak.

gambar ni aku kutip dalam newspaper online.

Mengikut sumber yang aku baca, sotong ni boleh terbang lebih daripada 30 meter melalui udara pada kelajuan yang lebih cepat disebabkan ingin melarikan diri daripada pemangsa.

Nak tahu lebih lanjut sila klik SINI ~

Mula-mula aku baca tadi macam pelik je. Yela, sotong mana boleh terbang kan. Rupanya dia hanya dapat melompat je. Aku ingatkan dia terbang macam burung tadi. -_-'






19 comments:

  1. Saya baru dengar cerita pasal sotong terbang ni dekat tv..tak ingat kat mana..tapi pagi tadi dekat MHI kot..unik kan..kita tak tahu sebab tak ada buat kajian kan, dah ada kajian baru lah tahu. Hebat ciptaan Tuhan.

    ReplyDelete
  2. @Nurul Aini ye la kan..hebat betul ciptaan Tuhan kan..^_^

    ReplyDelete
  3. toingk2 dqja pun bru tau ni....jauh jgk stong tu mlopat...mcm dolphin dah...hehe

    ReplyDelete
  4. @deqjamucuxx hehe..sotong versi dolphin kot..hihihi.. =D

    ReplyDelete
  5. Wah, takut kamek nak makan sotong gk.. Hihi..

    ReplyDelete
  6. @Isabel Diaz hehehe..klk tba2 ada aura terbang mun dh mkn sotong ya..hikhik..

    ReplyDelete
  7. 1st time dengar sotong terbang ni cik Que.. pelik plak kan? takut lah mo makan..hehe:)

    ReplyDelete
  8. ada juak sotong terang ow.hihi..
    macam2 zaman tok ehh,

    ReplyDelete
  9. akk rasa pernah dgr cite pasal sotong terbang ni..

    ReplyDelete
  10. @aTieYusof Family hehehe..mgkin kt luar ngra je kot ade sotong mcm tu...hihihi..=D

    ReplyDelete
  11. @michelle De hunny sotong pn berubah juak zaman knek tok..hahaha..=D

    ReplyDelete
  12. @Mimie Najib lia baru tau ni kak..tu pun sb belek news aritu..

    ReplyDelete
  13. Apa pun boleh berlaku kalau terpaksa cik que....

    ReplyDelete
  14. tak pernah pulak nampak sotong yang boleh terbang.. yang boleh melompat pun jarang nampak.. hmm..

    ReplyDelete
  15. sotong pun boleh lompat n terbang eh..mihmih

    ReplyDelete
  16. sotong pun boleh lompat n terbang eh..mihmih

    ReplyDelete
  17. @kay_are aku belum pernah lagi tengok menatang ni terbang..huhuhu..

    ReplyDelete

Hai korang..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi komen entri ni..

Lepas ni saya akan terjah blog anda pulak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013