perasaan "berhantu" datang kembali + cirit birit !


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Sedar tak sedar rupanya sekarang dah masuk bulan Mac eh. Tak terasa pulak masa berjalan sangat pantas. Dan kebelakangan ni aku dah tak aktif sangat nak "menghidupkan" blog aku dengan membuat entry baru, melainkan menjadi silent reader je.
 
Beberapa hari ni, perasaan "berhantu" tu kembali lagi. Kembali untuk membuat gangguan dalam jiwa aku. Semakin aku elakkan, semakin dekat pulak datang untuk mengganggu ketenteraman jiwa aku. Semenjak gangguan ni kembali mengganggu jiwa aku, aku dapat rasakan yang aku dah tak setenang seperti sebelum ni. Kadang-kadang aku seringkali terfikir, kenapa aku perlu menanggung beban perasaan "berhantu" ni. Semakin ditahan, semakin terseksa la jawapnya. Semakin terasa sakitnya bila lama-lama tersimpan dalam hati hingga menyebabkan jiwa kucar-kacir..dan akhirnya menyebabkan cirit birit. Erk..apakah? =,='

Bercakap pasal cirit birit ni, hari tu aku baru je kena. Cirit birit sekali ngan muntah-muntah. Kata sis aku, kemungkinan aku keracunan makanan. Tapi seingat aku, takde pulak aku makan benda-benda yang pelik. Dan seingat aku, aku cuma makan seketul ayam kepci je. Bila fikir balik, takkan disebabkan ayam kepci tu aku boleh keracunan makanan. Tapi kan, aku rasa mungkin disebabkan aku tak makan langsung..pasal tu boleh jadi camtu. Em.. -_-?

Oleh kerana dalam masa yang sama perasaan "berhantu" atau lebih dikenali sebagai perasaan rindu tu datang menerjah jiwa aku, jadi aku anggap aku sangat merindu 'orang tu' sehinggakan boleh menyebabkan cirit. Isk. Ade ke sampai macam tu sekali? =_='

Apa-apapun untuk kesimpulan cerita, aku sangat merindukan 'orang tu'. Aku dah pi luahkan, dan 'orang tu' pun macam aku jugak. Lepas je dapat tau, aku gembira sangat....tapi takde la gembira sampai tercirit pulak. Isk. Tiada yang mustahil eh?? Haha. =D



6 comments:

  1. Hahaha so funny la u this. sampai tercirit, maybe la kot kan bila berdebar2 merindu, adrenalin bertindak pantas merembes cecair hempedu meningkatkan proses kumbahan. eh, apakah?

    ReplyDelete
  2. Wah... bunga2 cinta terbit kembali kah Cik Que??...
    isk! jgn lah pula smpai tercirit..haha..:)

    ReplyDelete
  3. Alahai..kesiannya..jangan biarkan dia menghantui mu lagi. cirit birit..sakitnya perut..tak tahan, rasa nak pengsan kan.

    ReplyDelete
  4. ktk tengah di lamun cinta kah?hehehe

    ReplyDelete
  5. oh tengah dilamun rindu eh...

    ReplyDelete
  6. aik...?gembira smpi tercirit?huhuhu..bhya gak ni..tgh dilamun cinta yer?hihihi

    ReplyDelete

Hai korang..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi komen entri ni..

Lepas ni saya akan terjah blog anda pulak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013