SEDARKAN DIRI


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Sekarang on the way menghampiri pukul 12. Nampak gayanya peluang untuk jerawat tumbuh subur meliar kat muka aku ni sangat cerah. Ah..bencinya..Aku benci ko jerawat. Isk. Isk.

Sekarang ni aku tengah bengang ngan sikap "boy freind" aku, sebab tu aku dah melanggar disiplin diri yang aku telah senaraikan senyap-senyap dalam hati. Aku tidor lambat ! Bengang tersangat bengang aku bila...ah, lupakan je la..-..-'

Memandangkan aku belum tido lagi ni, jadi aku nak syer sebuah cerita hari isnin yang lepas. Mungkin dah basi dah cerita ni, tapi tak basi pun dalam ingatan aku ni.

Ceritanya begini,

Hari isnin lepas seperti biasa aku cuti. Dan setiap kali cuti, aku mesti ada plan nak buat. Hari isnin tu aku takde plan apa-apa. Jadi aku plan nak dok kat rumah je. Rehat-rehatkan diri. Tapi kawan aku ajak aku temankan dia. Disebabkan aku ni sememangnya suka berjalan, jadi aku batalkan plan nak dok kat rumah sepanjang hari tu.

Jalan punya jalan perut pulak kelaparan. Aku ingatkan aku sorang je tgh kebulur. Rupanya kawan aku macam tu jugak. Jadi kitorang pun singgah kat kedai makan & order makanan. Sambil kitorang tengah dok menunggu makanan kesampaian kat meja kitorang, sambil tu kitorang borak-borak la. Dalam masa kitorang borak, aku tertengok sorang uncle tua duduk tak jauh dari tempat aku ngan kawan aku. Sambil aku borak ngan kawan aku, sambil tu jugak aku dok perhatikan uncle tua tu.

Dari pemerhatian aku, uncle tua ni nak mintak makan. Sebab tu dia duduk kat meja tu. Dari segi pemakaian uncle tua tu tak macam orang tak betul. Tapi tengok gaya dia macam orang tak betul pulak. Sambil aku duk tengok uncle tua tu & borak ngan kawan aku, jadi makanan order kitorang pun sampai. Masa makanan kitorang dihidang aku tengok uncle tua tu tengok orang sekeliling dia yang tengah syok makan. Serius. Kesian aku tengok uncle tua tu. Walaupun dia tak betul, tapi aku tetap kesian tengok dia.

Aku makan sambil dok perhatikan uncle tua tu. Uncle tua tu mintak makan lagi ngan tauke kedai makan. Tapi tauke kedai buat tak tau je ngan uncle tua tu. Bila dah tengok macam tu lagi la aku kesiankan uncle tua tu. Dalam diam sambil aku makan aku terfikir nak suh tauke kedai tu bagi makan kat uncle tua tu dan aku tolong bayarkan. Tapi tak kesampaian sebab ada sorang pak haji yang sangat baik hati telah pun mendahulukan hasrat aku tu.

Bila ingatkan balik peristiwa tu, aku dapat rasakan yang peristiwa tu telah memberi kesedaran kat aku. Kesedaran ape? Ntah la..aku pun tak tau camne nak terangkan ape kesedaran tu..yang pasti aku dapat merasakan yang aku baru tersedar....


8 comments:

  1. Tedah nak nangga orang2 kedak ya. Selalu nangga org2 tua berjual keropok tgh2 panas. Ne anaknya bah? Sanggup biar org2 tua lelah2 kedak ya.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. kesian uncle ya.
    kelak mun kitak jumpa uncle ya agi bole la belanja uncle tua tu.
    hehehe

    ReplyDelete
  3. Mun kamek, susah mewk nak lupak benda kdak ya. Rasa bersalah mun mewk sik berik.

    ReplyDelete
  4. dah ada niat yng ikhlas tu pun dah peroleh pahala.. kalau akk pun kadang nk jgk tolong.. tp kadang tu terhalang pula.. alhmdulillah.. ada jgk orng yng tolong uncle tu kan..

    ReplyDelete
  5. JOM JOIN SEGMEN PERTAMA KAMEK : http://angellovesoldier.blogspot.com/2013/05/segmen-blogger-pilihan-saya-by-als.html

    ReplyDelete
  6. nice day:)
    saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
    yang saya kemarin..


    bagi-bagi motivasi yaa.. :)


    http://wisataoutboundmalang.com/

    ReplyDelete

Hai korang..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi komen entri ni..

Lepas ni saya akan terjah blog anda pulak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013