stress kerana jerawat


Hai alls..

Hari ni aku takde masalah sangat dah nak online. Jadi, dapat lah aku online sepuas-puasnya. Kalo hari lain tu, memang tersangat la susah nak online. Yela, orang tak senang tengok kita beronline kan, jadi ade-ade je cara orang tu nak buat kita tak dapat online seperti biasa. Jadi, bila berdepan dengan orang macam ni, terpaksa je la aku bersabar..selagi aku mampu bersabar.

2 3 hari ni aku stress giler gara-gara jerawat tumbuh kat kulit muka aku ni. Eh. Bukan ke disebabkan stress jerawat tumbuh..ape-ape je la. Dulu, aku takde masalah camni. Jerawat tak sudi pun nak singgah kat kulit muka aku ni mase tu. Memang licin putih melepak kulit muka aku masa tu. Siap ade kawan yang tanya tentang produk yang aku gune.

Aku tak tau nape sekarang jerawat seakan-akan berpakat nak datang ramai-ramai kat kulit muka aku. Nak cakap aku tak cuci muka, memang aku pagi malam dok tonyoh pencuci muke kat muka aku ni. Nak cakap aku gune make up tempek bermacam-macam kat muka, takde pulak rasanya. Ok, takmo cakap penyebab lagi la ye..Nanti bertambah stress pulak aku, semakin banyak pulak jerawat beranak-pinak kat muka aku ni.


Aku dah tak tau dah produk ape lagi yang boleh tolong aku untuk memulihkan jerawat aku ni. Terlalu banyak dah produk yang aku cube, tapi semuanya macam takde makna je. Dan satu pembaziran telah dilakukan untuk membeli kesemua produk-produk tersebut apabila tidak digunakan. Nak gune produk mahal, rasanya buat masa ni aku belum mampu lagi nak memiliki. Even aku dah bekerja, tapi bajet aku belum stabil lagi untuk semua tu. Apalagi untuk aku membuat rawatan melalui specialist. Confem kebulur aku hujung bulan.

p/s : sekarang ni pun tengah dok survey produk apa yang boleh tolong aku hapuskan jerawat ni~


5 comments:

  1. Muke kite pun ade jerawat, teruk gile. pastu kwn kite suruh gune safi gamat anti jerawat. sekarang jerawat & parut dah kurang sikit. akak gunelah, mana tau sesuai. murah je :)

    ReplyDelete
  2. Sama je dgn akak Cik Que..banyak plak timbul jerawat dua tiga hari ni..huhu..stress kot.. dok intai2 produk juga..:)

    ReplyDelete
  3. Banyak faktor jerawat naik ni, payah gak nak rekemen, apatah lagi muka sendri pun berjerawat hehehe. tapi i tension kalau naik tang idung atau tepi telinga tu, sakitnyer.

    ReplyDelete
  4. semua org pon stress lah cikque kalau jerawat tmbuh,,nk2 bagai cndawan tmbuh lepas hujan,,risauuu

    ReplyDelete
  5. Ika nak kongsi product penjagaan kulit..Jom lawat website ika di
    www.zurieka.com

    ReplyDelete

Hai korang..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi komen entri ni..

Lepas ni saya akan terjah blog anda pulak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013