Jiwa kacau


Hai alls...salam 1 Malaysia...

Oyeah...laptop aku tak jadi arwah. Tak sangka dia boleh hidup balik. Gumbiranya.. tadi baru je lepas gi survey laptop baru. Pastu balik je rumah tengok-tengok laptop aku tu dah siap direpair oleh abang aku. Trimas ye bro..! Selamat duit aku kali ni. ^___^

Oke, laptop dah kembali sedia kala..aktiviti pun turut seperti sediakala jugak. Hikhik..happynya la pulok. =)
Sebenarnya sepanjang aku tak berbloging hari tu aku sedang memendam perasaan yang sangat hebat sehingga menyebabkan jiwa & fikiran aku sedikit kacau. Nak luahkan tak tahu nak luahkan kat sape. Nak cerita dalam blog, macam tak sesuai je..em..takpe lah, cerita sikit pun kira ok la.

Aku rasa sekarang pun jiwa & fikiran aku tak tenteram bila asyik fikirkan benda yang sama. Ye la, semenjak ex aku meluahkan perasaan dia terhadap aku hari tu mane taknya aku tak keruan jadinya. Tambahan pulak aku masih mempunyai perasaan terhadap dia. Tapi dalam masa yang sama aku dah bersama orang lain. Aku takmo sakitkan hati orang lain hanya untuk kepentingan diri sendiri. Tapi aku kebingungan disebabkan aku tak dapat hilangkan perasaan aku tu terhadap ex aku tu. Lupakan je? Bagi aku tak semudah seperti yang dibayangkan. Sakitnya hati, hanya Tuhan saja yang tahu.



#entri ini hanyalah untuk luahan hati..


SEGMEN : SAYA BLOGGER DARI NEGERI..


Hai alls..salam 1 Malaysia...

Hai korang..lama tak jumpe ye..aku rase macam dah lama aku tak blogwalking, tak buat entry & tak balas kunjungan korang-korang sume yang sudi datang ke blog aku ni. Ye la, semenjak laptop aku kondem aku dah tak dapat buat aktiviti biasa yang aku buat dah. Kali ni laptop aku memang dah betul-betul rosak dah. Dengan erti kata lain laptop aku dah jadi arwah. Dan sekarang ni pun aku curi-curi buat entry gune komputer ofis. Oh. nasib sangat menyebelahi aku hari ni. ^__^

Sebenarnya lepas je edit-edit blog aku hari tu, niat dalam hati nak join segmen. Memandangkan segmen tu memang sangat menarik perhatian aku. Bila je bukak laptop, tup-tup tengok laptop dah tak dapat on dah. Alahai..macam-macam je masalah menimpa aku.. -__-'

Oke la ye..takmo cakap banyak-banyak giler..memandang aku dah tengah taip menaip ni aku nak teruskan niat aku hari tu.

Klik SINI untuk join !
  • blogger dari Sarawak - tinggal di bandar Sibu dan berasal dari daerah kecil yang dikenali sebagai Dalat.
  • Memandangkan Dalat merupakan tempat asal usul aku, so aku nak share sedikit makanan yang boleh dikatakan best. Dan kalo tak silap, makanan tersebut tak dijumpai di tempat lain melainkan di kawasan Dalat ataupun sekitar Mukah (Mukah merupakan bandar kepada Dalat). Aku tak pasti samada kawasan lain ade ke tak makanan macam ni, sebab tu aku tak berani nak ceritakan kat sini. 
-dikenali sebagai ulat mulong @ ulat rumbia dalam bahasa melayu.
-bagi kitorang yang berbangsa Melanau, ulat ni kami kenali sebagai Si'et
-selalunya ulat mulong akan digoreng dan dimakan dengan sagu.

 -dikenali sebagai sagu
-sagu ni berasal dari pokok mulong @ pokok rumbia (kiranya beradik dengan ulat tadi la)
Proses untuk membuat sagu ni aku tak pasti sangat, tapi yang pasti proses pembuatannya amatlah panjang untuk menjadikannya berbiji-biji macam dalam gambar tu.

Sampai disini saje la penjelasan tentang makanan best tu ye, nak cakap banyak tak boleh la pulak..pasal aku curi-curi gune komputer opis ni.

#Niat dalam hati nak beli laptop baru, tapi...tab pc pun nak jugak..=,=' (rambang mata - rambang   hati)

#bagi yang sudi dan dah follow aku tu, inform kat cbox lah ye..nanti senang aku follow korang balik. Jangan lupe klik-klik iklan aku tu..hehehe.. >___<



Entry untuk New Year..


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Happy New Year 2013 !!! ^_______^

Hai korang..lama tak jumpa..hekhek..Malam tadi aku nak buat entry untuk New Year la kononnya, tapi aku tau line broadband aku sememangnya slow pada waktu malam, pasal tu aku tunda pergi hari ni entry ni. Lagipun hari ni aku kerja, jadi kalo nak buat entry boleh lah laju-lajukan line broadband aku tu ngan wifi yang sedia ada.

Tahun baru macam ni mesti sume orang ade buat azam kan. Aku pun macam tu jugak. Tapi kalo tak silap ingatan aku, tahun lepas aku takde buat apa-apa azam. Pasal tu aku rasa kehidupan aku seolah kosong je. Tahun ni tergerak pulak hati aku nak buat azam sungguh-sungguh. Dalam azam tu, aku selitkan perancangan yang harus aku buat untuk aku capaikan azam aku tu. Moga-moga semuanya dipermudahkan oleh NYA.

Setakat disini sahaja apa yang aku nak cerita-ceritakan untuk entry ni. Jumpa di next entry. ^__^

SELAMAT TAHUN BARU. SEMOGA TAHUN INI MEMBAWA BERKAT DAN MEMBERI REZEKI UNTUK KITA SEMUA.
  

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013