bukak pesbuk banyak-banyak sebab nak main game sorang-sorang


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Sekarang ni asal je sebelum tido mesti aku beronline dulu. Dulu takde pulak macam ni. Dulu, aku tido awal..takde mase nak bukak laptop sebab sebok nak bagi mata tido puas-puas.. Haha. Angin ntah apa yang merubah aku sekarang ni. Mungkin angin berubah disebabkan menanggung perasaan "berhantu" tu kot.-.-'

Selalunya kalo aku mengonlinekan diri, mula-mula aku bukak pesbuk dulu pastu baru bukak blog. Sebabnya aku main game Farmville. Haha. Rasa macam best je sebab dapat buat bisnes pastu boleh ternak bermacam bagai binatang. Sambil tu jugak boleh tanam bermacam-macam tanaman, sampaikan ada tanaman yang dah masak & boleh dituai tak sampai berbulan-bulan. Kalo realiti macam tu, confem duduk berkebun je aku.. Takyah pegi kerja dah. Hahaha

Bercerita pasal game pesbuk ni, dulu mula-mula game pesbuk diperkenalkan aku main game cityville. Dan masalah takde jiran menyebabkan aku stop main. Spoil dah feel aku nak main. =,=. Ye la, kebanyakkan kawan-kawan aku takde main game macam ni. Kalo ade pun, sorang dua je. Mane cukup kan kalo nak buat jadi jiran. Jiran ni penting, sebab boleh tolong sesama lain. Hee..

Berbulan-bulan aku tak main game pesbuk kalo tak silap aku, sebabnya majok takde jiran. Haha.. =P Sampai lah ada 1 hari tu, aku boleh tetiba terbukak game farmville bila tengok banyak kawan aku main. Start dari hari tu la aku main game farmville tersebut. Dan setakat ni ok aku main, takde masalah sangat..sebab jiran aku boleh dikatakan banyak jugak sebab adanya function community neighbor.



Bila aku ingat balik waktu aku main game cityville, rasa kelakar je rasa. Mane taknya, boleh pulak aku bukak banyak-banyak akaun pesbuk sebab nak main game tu. Jangan salah faham ye, aku bukak pesbuk banyak-banyak bukan disebab hendakkan nak menipu orang lain semata-mata. Aku cuma nak main game sorang-sorang je. Dengan kata lain aku main ngan aku sendiri je. Eh. Lain je bunyi. Serupa macam orang sakit mental je. Hahaha.. =D

# tapi kan kalo main sorang-sorang lagi best.. hehehe.. =P=D

 

Derita merindu~


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Sekarang dah tak selalu sangat dah nak updatekan entry. Lagipun kalo nak updatekan entry tunggu rasa betul-betul nak menaip & ada benda nak ceritakan baru aku buat entry baru.

Entry ini berkisar hati..

Sekarang ni aku tengah menanggung beban merindu seseorang. Sesak je nafas bila terpaksa menahan perasaan camni. Aku nak sangat supaya benda-benda macam ni dijauhkan dari hidup aku. Tapi, semakin aku menjauh, semakin dekat perasaan tu datang.

Kehadiran "dia" semula menyebabkan aku menjadi tak menentu setiap masa. Aku cuba berlagak seperti biasa, tapi hati tak boleh tipu. Memang terasa sangat berat kat hati bila menanggung perasaan macam ni. Seolah-olah aku sedang memikul beban yang sangat besar.

Sepanjang perasaan aku mengalami gangguan ni, aku cuma memendam dalam hati apa yang aku rasa. Tapi bila dah lama-lama pendamkan semua tu, aku rasa yang aku sedang menderita menahan perasaan. Semakin lama semakin parah.

Bila dah keadaan macam ni, aku cuma berserah kepada takdir untuk menentukan. Aku cuma redha dengan keadaan macam ni. Selagi aku mampu, selagi itu aku akan cuba memujuk hati untuk menahan perasaan ni.



- ini lah yang dikatakan derita merindu


apabila masalah sudah diketahui


Hai alls...salam 1 Malaysia..

Tadi aku godek-godek lagi penyebab masalah yang sedang dialami blog aku seperti yang aku ceritakan dalam entri ini & ini. Huh ! Akhirnya, berjaya jugak masalah diketahui ye, biarpun masalah tersebut belum diselesaikan lagi sebabnya aku masih bingung macam mane nak selesaikan. =_='

Tadi aku cuba satu persatu cadangan @ pendapat dari mereka yang sudi beri komen dalam kotak komen aku untuk entri ini. Dan salah satunya dapat membantu aku untuk mengetahui masalah tersebut. Terima kasih bebanyak ye. ^_^

Mula-mula aku bingung sekejap fikirkan apa yang telah mengganggu blog aku tu. Tu pun disebabkan gangguan disebabkan tuan punya blog. -_-' Disebabkan aku takmo sia-siakan blog aku macam tu je, aku teruskan memikirkan apa yang menyebabkan blog aku sedemkian rupa. Rupanya,  software mozilla firefox aku ada masalah sikit. Aku tahu pun lepas aku cuba bukak blog menggunakan software google chrome. Bila je aku bukak menggunakan software google chrome jadi aku cuba follow mereka yang sudi follow aku tu. Dan sememangnya aku dapat follow & sign in dalam follower widget. Lepas tu, aku cuba lagi menggunakan software mozilla firefox. Sebabnya mana la tau kan tiba-tiba ok macam biasa. Tapi masih jugak macam yang hari tu.

Sonang pulak hati den. Eh. betul ke apa yang aku sebutkan tu. = ='


Masalah dah diketahui, jadi cara untuk menyelesaikan masalah pulak masih dalam pertanyaan. Adakah aku perlu installed software mozilla firefox baru..Bukan apa, aku tau guna je, tapi bila dah masalah macam ni berlaku tungganag langgang pulak memikirkan cara untuk menyelesaikan.. 

# rasa-rasanya perlu installed baru, sebabnya aku lagi suka guna software mozilla firefox.

 

Masalah lain pulak muncul !


Hai alls...salam 1 Malaysia....

Adoi..macam-macam pulak masalah yang timbul lepas aku cuba godek-godek setting akaun blog aku haritu. Aku ingatkan semua dah kembali normal seperti biasa. Tapi sekarang ni timbul pulak masalah lain...macam mane pulak ni ye,.Leceh lah kalo camni. *tu la kau, tangan gatal sangat nak godek itu ini. -_-'

ni la bukti aku tak dapat follow balik

Tadi, bukak je blog aku tengok ada follower baru. Terima kasih ye sebab sudi follow aku. So sebagai menghargai kesudian diorang memfollow aku, jadi aku pun follow diorang balik, Dalam masa aku nak follow diorang, timbul masalah aku tak dapat nak follow diorang balik Nape eh? Aku yang sememangnya cepat kebingungan pun jadi blurr. Tak tahu apa punca penyebab sedangkan aku lah yang pemuncanya. Haish. Macam-macam pulak masalah datang. Dah pulak tu aku tengah mengalami gangguan mental perasaan di saat-saat macam ni. +_+

Em, korang yang ada terbaca entry aku ni tau tak penyelesaian untuk masalah tak dapat follow orang?? Kalo ade tu, share la ngan aku ye. Ni pun tengah dok perah otak fikirkan camne nak baiki balik supaya dapat kembali follow seperti biasa.

# harapnya dapat pulih seperti biasa.


Pertukaran yang tak menjadi !


Hai alls...salam 1 Malaysia..

Hari ni hari yang sangat membingungkan aku. Sampaikan aku dah tak dapat nak fikir apa-apa dah. Nak fikir, tapi aku tak tahu apa yang aku fikirkan tu. Eh. Camne tu ek? -_-'

Dari pagi tadi sampai sekarang ( 2.45pm) aku asyik dok atur-atur akaun blog aku ngan akaun email. Niat kat hati nak tukar nama blog, jadi aku pun tukar la. Bila dah tukar nama blog, aku terfikir pulak nak tukar nama email serentak. Biar nampak seiring ngan nama blog aku tu. Tukar punya tukar tak dapat. Pastu tanpa segan silu idea aku nak gune akaun email baru datang menerjah dalam fikiran aku tu. Jadi aku pun cepat-cepat bukak akaun email baru. Akaun email lama aku tukarkan dengan akaun email baru. Tak lama pastu siap. Hati pun banyak suka.

Tapi.................................................................

Bila aku check balik semua yang aku tukarkan tadi, aku seolah-olah dapat merasakan ada something wrong ngan blog aku. Jadi aku pun belek-belek blog aku tu. Belek punya belek, tak bernafas aku untuk seketika. Ye la, tengok semua setting dalam blog pun tertukar jugak mane tak bikin hati cuak. Dah pulak tu aku mane reti sangat pasal setting-setting bagai. (tapi tangan aku gatal pulak nak tukar tu tukar ni)

And then, aku cuba kembalikan keadaan tersebut menjadi seperti biasa. Lama jugak aku nak pulihkan keadaan blog aku tu. Sampaikan otak aku seolah-olah kondem akibat terlalu kebingungan.


Duck face & IC


Hai alls...salam 1 Malaysia...

Hari ni aku kembali bekerja seperti biasa. Rupanya hari ni orang masih bercuti sakan., patut la lengang semacam je aku tengok keadaan persekitaran di bandar tadi. Apa-apa pun aku masuk kerja hari ni masih dalam keadaan mood bercuti. Hehe.. =D

Apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah mengenai IC / IDENTITY CARD / KAD PENGENALAN. Sekarang aku tengok baby yang baru lahir pun dah ada IC jugak. Tapi kalo tak silap aku IC diorang dikenali sebagai MY KID. Berwarna pink pulak tu. Dulu zaman kitorang takde lagi kan. Yang ade pun cuma nombor sijil lahir je. Pastu abis je darjah 6 baru boleh tukar. Tak macam zaman budak sekarang, keluar je dari perut terus dah dapat IC. Almaklum lah kan, zaman dah berubah kata kan !

Kalo IC untuk orang dewasa, yang terbaru nya pulak ada 2 wajah kita kat IC tu. 1 gambar kecik, 1 gambar besar. Dengar kata, sape-sape yang masih menggunakan IC lama boleh tukar yang baru. Tu aku tak pasti sangat lah, sebabnya aku cuma dengar cerita orang je.

Sambil aku terfikir pasal IC baru tadi, aku tertanya-tanya kat aku sendiri..gambar IC tak boleh buat muka 'duck face' ke? Tak pun senyum sokmo ke. Bukan ape la, setahu aku gambar IC kebanyakkan muka serius habis. Ada jugak muka yang seolah-olah menahan bijik mata yang hampir nak terkeluar sebab terkena pancaran cahaya dari kamera.

Bayangkan kalo IC boleh buat gaya-gaya mimik muka yang bermacam bagai. Rasa-rasanya mungkin IC tu dah tak macam IC dah. Hahaha.




*dua-dua pic ni aku pinjam dari google ye

p/s : Ade yang cakap, kalo nak tengok muka yang sebenar tengok je kat IC. -_-'



sotong terbang?


Hai alls...feel in good to meet you all again..hehe..

Hari ni aku kerja half day. Ahad cuti, isnin pun cuti. Ah. Masyuknya apabila dapat bercuti biarpun tak banyak hari. Sekarang aku tengah menahan sakit perut akibat terlalu kenyang. Gara-gara makan tak henti-henti menyebabkan aku dah tak berdaya dah nak buat apa-apa sekarang selain baring & menaip isi cerita yang aku memang nak ceritakan kat sini. Tu la kan, seharusnya berhenti sebelum kenyang, tapi aku main belasah je bila dah tengok makanan. Nak tambah isi badan katanya. Tapi tak jugak pandai berisi. Yang berisi pun hanyalah lemak di perut. Misteri kan..>_<

Memandangkan aku kerja half day je hari ni, jadi kerja aku hari ni hanyalah membelek toilet paper newspaper sementara menunggu jam nak balik. Belek punya belek newspaper tu aku terbaca pasal cerita sotong yang boleh terbang. Korang percaye ke sotong boleh terbang? Aku mulanya memang tak percaya. Tak pernah tahu pun aku yang sotong ni pandai terbang. Yela, bila fikir selogiknya, sotong mane ada sayap macam burung kan. Apsal pulak boleh pandai terbang kan. Cuba korang tengok gambar kat bawah ni. Nak cakap macam kapal terbang tak jugak. Nak cakap burung terbang macam bukan burung jugak.

gambar ni aku kutip dalam newspaper online.

Mengikut sumber yang aku baca, sotong ni boleh terbang lebih daripada 30 meter melalui udara pada kelajuan yang lebih cepat disebabkan ingin melarikan diri daripada pemangsa.

Nak tahu lebih lanjut sila klik SINI ~

Mula-mula aku baca tadi macam pelik je. Yela, sotong mana boleh terbang kan. Rupanya dia hanya dapat melompat je. Aku ingatkan dia terbang macam burung tadi. -_-'






Depan baik, belakang macam beruk


Hai sume.....salam 1 Malaysia..

Rasanya dah lama dah aku tak buat entry. Lepas je aku buat entry yang ni aku memang sangat sibuk memanjang. Jadi nak jenguk-jenguk blog memang payah sebab takde masa. Tapi sekarang aku dah tak sibuk sangat lagi dah.

Sepanjang kesibukan aku melanda, macam-macam je perkara yang berlaku. Salah satunya perkara yang berlaku tu moto aku "dijahanamkan" oleh seseorang yang kononnya depan aku tunjuk baik, tapi belakang aku sebijik macam beruk yang baru dilepaskan dalam hutan. Dah pulak tu orang tu kerja sekuriti. Sepatutnya sekuriti tolong tengokan harta benda kita kat tempat awam, tapi dia pulak tolong jahanamkan harta benda orang pulak. Sekuriti ke ape tu? Macam taik je..

Nak cakap aku ade buat salah ngan dia, takde pulak. Sebab aku tak rapat sangat pun dengan dia. Kalo nak cakap dia iri hati ngan aku, aku tak tau pulak benda ape yang dia irikan sangat ngan aku. Tak sangka jugak aku ade manusia macam ni dalam dunia ni. Kita baik ngan dia, pastu dia pulak buat perangai beruk dia kat kita.

google pic

p/s : aku sememangnya bersabar~








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013