SEDARKAN DIRI


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Sekarang on the way menghampiri pukul 12. Nampak gayanya peluang untuk jerawat tumbuh subur meliar kat muka aku ni sangat cerah. Ah..bencinya..Aku benci ko jerawat. Isk. Isk.

Sekarang ni aku tengah bengang ngan sikap "boy freind" aku, sebab tu aku dah melanggar disiplin diri yang aku telah senaraikan senyap-senyap dalam hati. Aku tidor lambat ! Bengang tersangat bengang aku bila...ah, lupakan je la..-..-'

Memandangkan aku belum tido lagi ni, jadi aku nak syer sebuah cerita hari isnin yang lepas. Mungkin dah basi dah cerita ni, tapi tak basi pun dalam ingatan aku ni.

Ceritanya begini,

Hari isnin lepas seperti biasa aku cuti. Dan setiap kali cuti, aku mesti ada plan nak buat. Hari isnin tu aku takde plan apa-apa. Jadi aku plan nak dok kat rumah je. Rehat-rehatkan diri. Tapi kawan aku ajak aku temankan dia. Disebabkan aku ni sememangnya suka berjalan, jadi aku batalkan plan nak dok kat rumah sepanjang hari tu.

Jalan punya jalan perut pulak kelaparan. Aku ingatkan aku sorang je tgh kebulur. Rupanya kawan aku macam tu jugak. Jadi kitorang pun singgah kat kedai makan & order makanan. Sambil kitorang tengah dok menunggu makanan kesampaian kat meja kitorang, sambil tu kitorang borak-borak la. Dalam masa kitorang borak, aku tertengok sorang uncle tua duduk tak jauh dari tempat aku ngan kawan aku. Sambil aku borak ngan kawan aku, sambil tu jugak aku dok perhatikan uncle tua tu.

Dari pemerhatian aku, uncle tua ni nak mintak makan. Sebab tu dia duduk kat meja tu. Dari segi pemakaian uncle tua tu tak macam orang tak betul. Tapi tengok gaya dia macam orang tak betul pulak. Sambil aku duk tengok uncle tua tu & borak ngan kawan aku, jadi makanan order kitorang pun sampai. Masa makanan kitorang dihidang aku tengok uncle tua tu tengok orang sekeliling dia yang tengah syok makan. Serius. Kesian aku tengok uncle tua tu. Walaupun dia tak betul, tapi aku tetap kesian tengok dia.

Aku makan sambil dok perhatikan uncle tua tu. Uncle tua tu mintak makan lagi ngan tauke kedai makan. Tapi tauke kedai buat tak tau je ngan uncle tua tu. Bila dah tengok macam tu lagi la aku kesiankan uncle tua tu. Dalam diam sambil aku makan aku terfikir nak suh tauke kedai tu bagi makan kat uncle tua tu dan aku tolong bayarkan. Tapi tak kesampaian sebab ada sorang pak haji yang sangat baik hati telah pun mendahulukan hasrat aku tu.

Bila ingatkan balik peristiwa tu, aku dapat rasakan yang peristiwa tu telah memberi kesedaran kat aku. Kesedaran ape? Ntah la..aku pun tak tau camne nak terangkan ape kesedaran tu..yang pasti aku dapat merasakan yang aku baru tersedar....


stress kerana jerawat


Hai alls..

Hari ni aku takde masalah sangat dah nak online. Jadi, dapat lah aku online sepuas-puasnya. Kalo hari lain tu, memang tersangat la susah nak online. Yela, orang tak senang tengok kita beronline kan, jadi ade-ade je cara orang tu nak buat kita tak dapat online seperti biasa. Jadi, bila berdepan dengan orang macam ni, terpaksa je la aku bersabar..selagi aku mampu bersabar.

2 3 hari ni aku stress giler gara-gara jerawat tumbuh kat kulit muka aku ni. Eh. Bukan ke disebabkan stress jerawat tumbuh..ape-ape je la. Dulu, aku takde masalah camni. Jerawat tak sudi pun nak singgah kat kulit muka aku ni mase tu. Memang licin putih melepak kulit muka aku masa tu. Siap ade kawan yang tanya tentang produk yang aku gune.

Aku tak tau nape sekarang jerawat seakan-akan berpakat nak datang ramai-ramai kat kulit muka aku. Nak cakap aku tak cuci muka, memang aku pagi malam dok tonyoh pencuci muke kat muka aku ni. Nak cakap aku gune make up tempek bermacam-macam kat muka, takde pulak rasanya. Ok, takmo cakap penyebab lagi la ye..Nanti bertambah stress pulak aku, semakin banyak pulak jerawat beranak-pinak kat muka aku ni.


Aku dah tak tau dah produk ape lagi yang boleh tolong aku untuk memulihkan jerawat aku ni. Terlalu banyak dah produk yang aku cube, tapi semuanya macam takde makna je. Dan satu pembaziran telah dilakukan untuk membeli kesemua produk-produk tersebut apabila tidak digunakan. Nak gune produk mahal, rasanya buat masa ni aku belum mampu lagi nak memiliki. Even aku dah bekerja, tapi bajet aku belum stabil lagi untuk semua tu. Apalagi untuk aku membuat rawatan melalui specialist. Confem kebulur aku hujung bulan.

p/s : sekarang ni pun tengah dok survey produk apa yang boleh tolong aku hapuskan jerawat ni~


Nuffnang pilih aku???


Hai korang..

Lame pulak rasanya dah tak buat entry ni ye..Jenguk-jenguk blog tu ade, cume nak buat entry tu keadaan sangat dengkikan aku. So, ape nak buat la kan, terpaksa la jenguk intai-intai je blog aku ni. Hehee..

Tadi aku check email aku. Mane la tau ade email bagitau yang aku menang duit RM 100,000..Gila ape orang nak bagi percuma duit banyak tu..hahahaha..Berbalik kepada cerita check email tadi, aku ade terima offer dari Nuffnang. Nuffnang offer aku untuk ambil bahagian dalam kempen Blogbuster. Kiranya aku ni salah sorang insan yang dipilih diorang untuk join kempen ni. ^_^




bukti*
 
Menurut butir-butir yang aku baca tadi, sekiranya aku nak menjoinkan diri ;

1. aku perlulah membuat video pendek (10 saat) berdasarkan ringkasan diberikan dalam tab Blogbuster.


2. Pastu, video tu haruslah diupload di ruang yang disediakan.


3. Dan sekiranya video tu dipilih untuk mengikuti kempen tersebut, so video tu akan dipaparkan dalam ruangan iklan blog kita. Sekiranya tak terpilih, makanya video tu pun tak dipaparkan la ye..

Bila dah ade offer macam ni teringin jugak nak join. Mane la tau, ade lucky pulak melekat kalo join. Bak pepatah, tuah ayam nampak dikaki, tuah aku ni takde sape yang boleh nampak..hihihi..Kalo aku join terfikir pulak camne nak buat video tu. Pastu nak kene edit-edit bagai. Pasal edit-edit ni aku mane reti sangat.

Emm..camne eh, nak join ke tak ni.. -_-'





#wordless wednesday


Hai alls...salam 1 Malaysia...





# i think i'm in love.. -_-'


perasaan "berhantu" datang kembali + cirit birit !


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Sedar tak sedar rupanya sekarang dah masuk bulan Mac eh. Tak terasa pulak masa berjalan sangat pantas. Dan kebelakangan ni aku dah tak aktif sangat nak "menghidupkan" blog aku dengan membuat entry baru, melainkan menjadi silent reader je.
 
Beberapa hari ni, perasaan "berhantu" tu kembali lagi. Kembali untuk membuat gangguan dalam jiwa aku. Semakin aku elakkan, semakin dekat pulak datang untuk mengganggu ketenteraman jiwa aku. Semenjak gangguan ni kembali mengganggu jiwa aku, aku dapat rasakan yang aku dah tak setenang seperti sebelum ni. Kadang-kadang aku seringkali terfikir, kenapa aku perlu menanggung beban perasaan "berhantu" ni. Semakin ditahan, semakin terseksa la jawapnya. Semakin terasa sakitnya bila lama-lama tersimpan dalam hati hingga menyebabkan jiwa kucar-kacir..dan akhirnya menyebabkan cirit birit. Erk..apakah? =,='

Bercakap pasal cirit birit ni, hari tu aku baru je kena. Cirit birit sekali ngan muntah-muntah. Kata sis aku, kemungkinan aku keracunan makanan. Tapi seingat aku, takde pulak aku makan benda-benda yang pelik. Dan seingat aku, aku cuma makan seketul ayam kepci je. Bila fikir balik, takkan disebabkan ayam kepci tu aku boleh keracunan makanan. Tapi kan, aku rasa mungkin disebabkan aku tak makan langsung..pasal tu boleh jadi camtu. Em.. -_-?

Oleh kerana dalam masa yang sama perasaan "berhantu" atau lebih dikenali sebagai perasaan rindu tu datang menerjah jiwa aku, jadi aku anggap aku sangat merindu 'orang tu' sehinggakan boleh menyebabkan cirit. Isk. Ade ke sampai macam tu sekali? =_='

Apa-apapun untuk kesimpulan cerita, aku sangat merindukan 'orang tu'. Aku dah pi luahkan, dan 'orang tu' pun macam aku jugak. Lepas je dapat tau, aku gembira sangat....tapi takde la gembira sampai tercirit pulak. Isk. Tiada yang mustahil eh?? Haha. =D



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013