Tips : Ubat gigi dan garam hilangkan bintik hitam


Hai alls..

Tak tau pulak aku ubat gigi ngan garam boleh hilangkan bintik-bintik hitam. Tips ni aku terjumpa kat Yahoo news waktu aku nak check email aku tadi. Nampak macam menarik. Dengan tanpa segan silu malu-malu, aku pun copy paste kat sini. Hehe!

Check it out ;

Siapa suka apabila bintik hitam muncul kembali? Hendak hilangkannya cukup susah. Mungkin anda sudah buntu dengan pelbagai cara dan produk.

Tahukah anda campuran ubat gigi dan garam dapat membantu menghilangkan bintik hitam? Cuba tips di bawah dan lihat sendiri hasilnya.

1) Campurkan ubat gigi berpudina bersama sedikit garam dan sukatannya harus sama rata.

2) Apabila ramuan sudah sebati, sapukannya di serata muka dan juga di tempat – tempat yang mempunyai bintik hitam. Elakkan menyapu terlalu rapat pada mata kerana kesan pudina membuatkan mata anda pedih. Selesai meratakan ramuan, biarkan selama 5 minit.

3) Kemudian, urut wajah ada menggunakan dua jari dalam gerakan membulat kemudian bilas dengan air suam.

4) Akhir sekali, ambil air batu dan balutkan bersama tuala dan sapukan ke seluruh wajah terutama di hidung, ini bertujuan untuk menutup liang-liang roma yang terbuka.

Lakukannya seminggu sekali dan lihat perubahannya. Di samping itu, kulit anda akan berasa lebih lembut dan segar.



#Aku pun nak cuba jugak ah kalo camni..korang pun cuba la jugak, mana tau kot-kot tips ni berkesan.. ^__^


Sakitnya hati


Hai..salam 1 Malaysia..

Hari ni jenjalan ngan mak. Saja jenjalan jugak memandangkan tak selalu sangat bawak mak jenjalan time aku cuti camni. Jenjalan tu sambil beli bahan nak buat kek. Erk...orang lain sebok buat kek raya, kitorang pun menyebok jugak..hehe..takpe nye tu..tumpang abang aku beraya katakan..hikhik..

Ade 1 cerita yang sememangnya aku nak kongsi-kongsi kan kat sini, waktu kitorang sampai je kat 1 mall, ade la sorang minah ni..Minah jaga kaunter barang. Aku tak tau la, minah ni tengah kerja ataupun tidur kat kaunter tu. Dengan secara sengajanya aku hentak sedikit meja kaunter tu..pastu minah tu terkejut beruk..pastu muka pun "hitam-hitam" je bila tengok aku. Bagi nombor, pastu simpan barang. Simpan barang pun muka masam-masam. Ntah pa pa la minah macam ni.

Lepas kitorang simpan barang, kitorang pun masuk la bahagian supermarket..Nak beli barang katakan..jadi tak sah kalo tak jeling-jeling barang lain..hehe..Abis je 1 supermarket tu kitorang belek-belek..barang pun dah dibayar kitorang pun pergi la kat kaunter simpan barang tu balik sebab nak ambik barang yang disimpan tadi. Waktu kitorang kat kaunter tu, minah tadi jugak buat perkara yang sama macam kitorang mula-mula sampai. Aku ketuk sikit meja tu, pastu minah tu cepat-cepat bangun dengan muka nya yang semakin "hitam-hitam" tu. Ade ke patut dia baling nombor yang aku bagi tu! Ish..dah melampau pulak minah ni. Rasa nak maki-maki je aku tengok perangai minah tu. Sebijik ah macam beruk datang bulan..Nak marahkan orang suka hati mak bapak dia..Tapi aku sabarkan hati jugak waktu tu. Kalaulah barang yang kitorang simpan tadi dia buat macam tu, memang hilang kerja minah tu aku kerjakan. Huh..

Aku tak kisah la kalo dia nak tidur @ curi tulang..tapi kalo dah sampai barang dia baling tu yang buat aku naik angin 1 badan. Sempat jugak aku sindir dia sebelum berlalu dari kaunter tu.. "Kalo rasa takmo kerja, jangan kerja..."



# "hitam-hitam" tu gelaran orang cina kat orang yang tengah marah..hehe..



Sometimes...


Hai alls..

Hari ni punya cerita tak banyak sangat..

Cuma nak bermuhasabah diri melalui gambar.. ^_^


Have a nice day~



Pilihan dalam tangan


Hai alls...

Salam 1 Malaysia & salam blogger..

Sekarang ni banyak benda yang aku fikirkan. Salah satunya, aku teringin untuk mengubah hala tuju hidup. Mengubah keadaan sekarang kepada keadaan yang lebih baik. Dan dalam masa yang sama membalas jasa mak bapak aku. Bukan aku nak cakap yang aku ni tak reti nak bersyukur, cuma aku rasa mungkin apa yang aku ingin lakukan sedikit sebanyak mungkin boleh menyenangkan kehidupan aku di kemudian hari.

Hampir 4 tahun aku meninggalkan zaman persekolahan aku, banyak kawan-kawan sebaya aku dah berkeluarga, baru habis menamatkan pengajian di U dan lepas ni dapat kerja yang bagus. Dalam tempoh itu, aku bekerja..bekerja..bekerja..Dan sekarang ni, timbul pulak rasa ingin belajar. Huh, orang lain dah habis belajar, aku pulak baru terfikir nak sambung belajar.

Sekarang ni aku masih dalam kekeliruan & kebingungan nak sambung belajar. Nak sambung ke tak..kadang-kadang aku terfikir kalo aku belajar, lepas graduate nanti mungkin aku tak dapat kerja seperti kelulusan yang aku dapat. Lagipun sekarang kan nak dapat kerja tak macam dulu.

Pilihan dalam tangan sekarang ni. Nak belajar lagi atau terus bekerja...


Tolong klik ---> SINI & SINI  ^_^



orang tua main pondok-pondok


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Amacam tajuk? Ada bangang sikit tak..hahaha..

Bukak je blog terus berangan kejap...eh, rupanya blog aku tak ubah macam rumah yang dah tak berpenghuni je. Ye la, lama sangat terabai..kadang-kadang ada jugak terfikir nak deleted blog, tapi rasa tak sampai hati pulak. Sebabnya, aku takmo nak berpatah balik lepas aku dah berbuat sesuatu. Nak biar macam tu je pun rasanya macam tak sanggup. Kesimpulannya, aku akan teruskan jugak..

Yang tu mukadimah je, sebenarnya nak citer pasal apa yang aku fikirkan dari tadi. Ok, straight to the point. Petang tadi (lepas orang buka pose) aku lepak-lepak la kejap ngan pakwe aku kat mall. Sambil duduk-duduk kat bangku, sambil tu makan aiskrim. Sambil tu jugak dok peratikan orang lalu lalang depan kami dua. Sambil tu jugak borak-borak kosong. Tak jauh dari tempat kami dua duduk tu ada la 1 pondok pak guard dengan pak guard sekali. Emm..pondok. Nak cakap pondok tapi tak pulak serupa macam pondok. Aku rasa reban ayam lagi ok dari pondok tu. Bila aku fikir-fikir, macam mana pak guard nak duduk dalam tempat macam tu. Lagipun tempat tu memang tempat kerja dia. Misalnya kalo hujan turun, sudah semestinya pak guard tu tak dapat berteduh kat sana. Apatah kalo hari panas. Kesian pulak aku tengok pak guard tu.

Terlalu mengejar keuntungan, kebajikan pekerja diorang boleh main cincai-cincai je. Kata orang, kalo nak bisnes maju, kena la ambik berat kebajikan pekerja.

 

 

 ~Selamat Berpuasa~


Belajar melalui I LOVE YOU


Hai alls..

I must be crazy now
Maybe i dream too much
But when i think of you
I long to feel your touch

To whisper in your ear
Words that are old as time
Words only you would hear
If only you were mine

I wish could go back to the very first day i saw you
Should've made my move when you looked in my eyes
Cause by now i know that you'd feel the way that i do
And i'd whisper these words as you'd lie here by my side

I LOVE YOU, please say YOU LOVE ME TOO
These three words, they could change our lives forever
And i promise you that we will always be together
Till the end of time

So today, i finally find the courage deep inside
Just to walk night up to your door
But my body can't move when i finally get to it
Just like a thousand times before

Then without a word he handed me this letter
Read i hope this finds the way into your heart, it said
I LOVE YOU, please say YOU LOVE ME TOO
These three words, they could change our lives forever
And i promise you that we will always be together
Till the end of time


Sebenarnya yang aku taip ni merupakan sebuah lirik lagu. Lagu ni memang aku minat bagai nak gila sebab penyanyi ni memiliki suara yang sangat lantang. Alangkah bestnye kalo aku dapat nyanyi macam suara dia. Tapi apakan daya, suaraku sangat merdu untuk mendendangkan lagu sehinggakan menyebabkan hujan petir..haha..

Sebenarnya dari dulu aku dah punyai tabiat tulis lirik lagu omputeh especially kalo lagu tu aku suka dengar. Kiranya macam hobi la jugak. Dulu waktu takde komputer bagai, aku dengar lagu kat hp @ radio je. Kadang-kadang tu rakam lagu guna perakam suara kat hp semata-mata nak ambil lagu yang diinginkan. Hehe..macam kelakar pulak bila diingat balik. Sebenarnya, tu merupakan salah 1 cara untuk aku belajar bahasa omputeh. Bagi aku memang sangat berkesan untuk aku belajar bahasa omputeh ni. Sebab tu la aku amalkan sampai sekarang cara cenggini. Tapi takde la terer mana pun. Kalo setakat berspeaking yes no tu  kira ok la..hikhik..>.<

Aku rasa lain orang lain jugak cara belajar bahasa omputeh ni. Ade yang ngadap newspaper omputeh hari-hari. Yang tak faham pun mungkin akan faham jugak. Tu pun kalo ade usaha tekad untuk belajar. Sekarang ni, aku pun cuba-cuba untuk baca newspaper omputeh..walaupun kadang-kadang ade blur sikit..hihihi..tapi takpe la kan, mungkin dengan cara macam tu lama-lama boleh jadi pandai daripada tak belajar apa-apa kan..

Dulu, aku memang tersangat la tak suka nonton citer-citer omputeh. Tapi ada 1 masa tu, aku ubah pendirian aku. Daripada tak suka nonton, boleh pulak aku jadi suka. Sebabnya, aku rasa mungkin dengan cara nonton citer-citer omputeh, mungkin boleh membantu sedikit sebanyak untuk belajar kemahiran berspeaking.

:: Teringat zaman sekolah rendah dulu, "Teacher, may i passed away..?" hahahaha.. =D



Menegur jangan sampai menghina


Hai alls..salam 1 Malaysia..

Rasa-rasanya semua orang pun mesti akan rasa "terasa" kiranya ada orang yang menegur seolah-olah menghina. Orang yang jenis berfikiran positif pun mesti jugak akan terasa walaupun sedikit dengan teguran seperti itu

Tak salah untuk menegur, tapi menegur pun mesti la kena dengan cara yang betul. Kadang-kadang niat baik si penegur untuk menegur boleh disalahertikan oleh si penerima teguran sebagai menghina.Sebab tu sebelum melepaskan teguran kena fikir banyak-banyak kali supaya takde salah faham timbul antara si penerima teguran dengan si pemberi teguran.

Walau kawan rapat sekalipun kadang-kadang menegur dengan cara yang salah boleh menyebabkan secara tak langsungnya hati dan perasaan terluka. Sebabnya hal ini sememangnya tersangatlah sensitif untuk si penerima teguran. Bagi pendapat aku la kan, teguran yang secara "melulu" memungkinkan si penerima teguran boleh hilang keyakinan diri.

:: Jangan merasa diri terlalu sempurna untuk menghina/memandang rendah terhadap orang lain...

#google


DIFFERENCES BETWEEN A GIRL AND A WOMAN


Hai alls.. salam 1 Malaysia..


Semalam bukak FB tertengok tentang perbezaan antara perempuan & wanita..Macam menarik je, sebab tu syer kat sini untuk bacaan sama-sama.. 

»A Girl searches for a rich man.
»A Woman searches for a caring and loving man.


»A Girls envies those who move ahead and hate the players.
»A Woman shares their knowledge and help others move ahead by not hating the players but teaching them the rules to the game.


»A Girl measures her man's worth by the weight of his pocket.
»A Woman measures her man's worth by his level of Wisdom and the fear of God, and how disciplined he can be towards his finances.


»A Girl breaks up with silly excuses.
»A Woman has endurance, knowing that everything happens for a reason.


»A Girl thinks about present.
»A Woman thinks about the future of you and herself.


»A Girl loves to have many guys going after her.
»A Woman knows the law of demand (Cheap things have high purchasers).


»A Girl takes relationship affairs outside.
»A Woman solves the problems within herself and her partner.


»A Girl demands for money to buy make-Ups.
» A Woman demand for money to fulfill her plans.


»A Girl gets hurt by one man and makes all other men pay for it.
»A Woman knows that, that was just ONE man.


»A girl is "learning"...A woman"knows."
 

#google


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Milik Peribadi Alialia/2012-2013